Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

FQE - Cegah Burnout Syndrome Amal ibadah

Imej
FQE. Kena istiqamah dalam tengok video yang baik ni. Dah la tak selalu turun kuliah masjid. Khutbah Jumaat pun banyak tidur pula..  FQE - "Anak saya banyak sangat buat amal ibadat" Video 3 minit lebih ni menyentuh 2 fokus utama 1) risiko burn out syndrome buat ahli ibadah. Maka adanya garis panduan buat ibadah sunat  - baca Al-Quran - puasa sunat - Qiamullail Paling penting tujuan agar sentiasa istiqamah, dan nak elakkan burn out syndrome. Sebabnya hasil ibadah ni tak nampak oleh mata fizikal, maka sering kita jadi salah sangka dan cepat terpengaruh 2) secara sampingannya menyentuh isu keibubapaan dalam mendidik anak-anak. Zaman sekarang bila anak perangai tak elok, mulalah bawa jumpa ustaz suruh doa .

FQE - Sabar & Ganjarannya

Imej
 Video kali ini bertemakan sifat sabar. Jom tengok FQE - Sabar dan ganjarannya Antara kalimah yang berulangkali disebut dalam video ialah ucapan انا لله وانا اليه راجعون (inna lillah) yang menjadi teras utama kesabaran

FQE - Jadilah sahabat kepada anak anda

Imej
 Video kali ini bertemakan keibubapaan (parenting). Jom tengok FQE - Jadilah sahabat buat anak anda Antara mesej penting dari video ni ialah ibu bapa perlu hands on luangkan masa bersama anak terutamanya zaman mereka perlukan perhatian.  Hubungan yang terbina akrab masa kecil akan membuatkan mereka beri perhatian kepada kita  pada usia dewasa. 

FQE - Google lebih mengenali anda

Imej
 FQE. Hari ni nak kongsi satu video yang agak klise FQE - Google mengenali anda lebih daripada anda sendiri Perkara ini agak mengejutkan ramai. Di sebalik kita bebas gunakan internet secara percuma, rupanya "internet" tersebut mengkaji pemikiran kita secara percuma melalui perisian dan peranti telefon tanpa kita sedar Tapi apa yang video ni cuba sampaikan sebenarnya ialah di sebalik kita gempar bahawa Google boleh mengenali kita melalui interaksi digital, rupanya kita perlu lebih gempar bahawa Allah Maha Mengetahui semua dan apa sahaja berkenaan kita, baik interaksi digital mahupun fizikal..

FQE - Pengikut yang buta

Imej
 FQE lagi.. Jom tengok video kali ini FQE - Pengikut yang buta Video kali ini menegur kebanyakan sikap kita (termasuk saya) dalam mengikuti sesuatu ajaran. Misalnya apabila kali pertama diajarkan sesuatu ilmu berkenaan agama (Al-Quran dan As-Sunnah), kita tak boleh sekadar ambil maksud pada nilai muka sahaja. Kena fahamkan juga apa senario asal yang mencetuskan dalil tersebut (muhasabah apakah sama sebiji macam senario kita) Bagaimana reaksi para sahabat dengan hadis tersebut Apa pula norma masyarakat pada masa tersebut Apakah hikmah yang telah berlaku disebabkan dalil tersebut?  Apakah kita faham sebagaimana para sahabat zaman nabi faham berkenaan dalil tersebut.. Sebab itu, perlunya mendalami ilmu agama lagi. Bukan setakat tengok YouTube dah boleh bahas-bahas hukum..

FQE - Jangan impikan kehidupan orang lain

Imej
Masa untuk FQE lagi. Dah dewasa ni selalu kita disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Alhamdulillah adanya teknologi serba canggih dan ikhtiar dari pendakwah hasilkan animasi video tazkirah Tanpa membuang masa, jom tengok video kali ni. FQE - Jangan impikan kehidupan orang lain Terdapat hadis berkenaan bahawa jangan melihat orang yang lebih atas dari kita, tapi sebaliknya lihat orang yang lebih bawah dari kita, nescaya kita akan lebih bersyukur Tapi video ni bukan tentang hadis tersebut. Penjelasan lebih uniknya setiap orang telah diaturkan senang dan susah masing-masing (hanya sesuai dengan individu tersebut sahaja). 

FQE - Jadikan dosa anda satu rahsia

Imej
 FQE datang lagi.. FQE - Jadikan dosa anda satu rahsia daripada sesiapa Betul sangat. Bila kita buat dosa selalunya dosa tersebut dalam keadaan tertutup, iaitu orang luar tak tahu pun dosa tersebut.. melainkan mereka terlibat sebagai mangsa atau saksi atau rakan dosa.. Contoh.. Bila kita mencuri duit seseorang, hanya kita (pelaku) sahaja yang tahu.. atau mangsa yang mungkin tahu.. kawan baik (pihak luar) tak tahu pun.. Anda boleh fikir contoh lain.. Hakikatnya, fitrah asal kita apabila buat dosa, kita tak nak orang lain tahu. Tapi berbeza golongan muhajarah ni apabila melanggar fitrah tersebut, bahkan bangga memberitahu orang lain.. Jom semak diri kita masing-masing. Sebab dunia digital ni, banyak kita menyangka kita bebas tulis apa saja

FQE - Jangan Putus Asa dalam laksana jihad yang baik

Imej
Baru ni aku terjumpa video animasi comel tazkirah hasil oleh FQE (Free Quran Education). Ada pelbagai video dengan aneka mesej nasihat agama. Jadi saja aku nak tuliskan nota dalam ni sebagai panduan.. Jom tengok video FQE - Jangan putus asa dalam jihad yang baik hanya kerana beberapa ancaman Watak Abu Haitham merupakan seorang penjenayah yang telah ditangkap dan diberi hukuman tapi masih degil. Dalam pada itu, dia masih ber"degil" untuk tidak berubah. Siapa sangka dia ni yang beri nasihat berguna kepada Imam Ahmad Hambali..