Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Don't Judge Others..

Imej
Baik, dah lama tak tulis entri pasal nasihat. Jom kita mula lagi.. Baru ni aku jumpa satu video nasihat di laman facebook. Yang mana di YouTube pun ada juga video yang sama, maka sampailah hasrat aku untuk kongsikan di sini. Jom tengok video pendek ini.. "Video ni ada subtitle maka tak perlu la aku tulis sinopsis spoiler. selamat menonton, 3 minit.." Jadi dari video itu tadi, pengajarannya; Jangan terlalu cepat menilai (pandang rendah) seseorang dari paras rupa. Boleh jadi orang yang dinilai itu sebenarnya lebih baik dari mereka.

Break out!

Imej
Dah agak lama, isteri saja-saja menyertai peraduan Tanjung Golden Village ( TGV ) di internet. Kebetulan pada masa itu, peraduan adalah berdasarkan filem wayang Escape Plan 2 : Hades iaitu berkisar tentang watak utama yang dipenjarakan sedang merancang lari dari penjara tersebut. (alang-alang tengok wayang cerita tersebut, maka ikut saja la sertai peraduan tersebut mana tahu menang ke..) تيكت ڤرچوما أونتوق 4 أورڠ "Rupanya memang rezeki kami menang ^-^! Alhamdulillah.. Jadi selang beberapa masa, kami dapat pos kiriman surat dari TGV berupa jemputan (tiket) percuma untuk satu game di Break out.." Kena kumpul 4 orang. mulanya aku nak ajak bermain sesama adik-beradik lelaki saja nak bonding usia dewasa. Tapi abang ngah & adik kerja pula pada hari tersebut. Jadi ubah rancangan 4 orang pemain kali ini ialah aku, Ayin (isteri) , Abang Chik (abang) , kak Fiza (kak ipar) je.. Fokus - Breakout (boleh rujuk laman web rasmi Breakout untuk perincian rasmi)

Main Kad Pokemon

Imej
Balik kampung dan bercuti kali ini.. Jauh dari kediaman sendiri, maka aku berjauhan dengan konsol game PS4 di rumah, dan pada masa ini game portable PSVita pula sedang 'dormant' (tiada game menarik, malas nak re-play game lama nanti sangkut teruk) .. Sementara game handphone (smartphone) aku tak begitu main sangat atas faktor peribadi.. Yang ada padaku hanya sekadar laptop sahaja..Tiba-tiba aku teringat akan satu permainan kegemaranku suatu masa dahulu. Jom install dan main^-^! "Eh kejap, imbau kenangan & sejarah aku dengan permainan ini dulu.." سياڤ إيڠت لاݢي تنتڠ كد إين؟ Ni adalah permainan kad berasaskan makhluk pokemon. Aku ingat lagi kali pertama didedahkan kepada permainan ini semasa tingkatan 2 di sekolah berasrama dulu. Entah siapa jiran bilik sebelah bawa kad game ini untuk dimainkan. Maka aku mula mengenali dan mempelajari cara permainannya. "Tapi masa dulu, aku setakat pinjam kawan punya kad saja. Tak terlintas untuk memiliki sendiri p

Bumerang kebaikan

Imej
catatan kemas kini 26.9.2018 - tambahan fokus B kebetulan jumpa ayat (Al-An'am 6:160) dalam Al-Quran 4.2.2019  - antara salah satu usaha aku memupuk jawi dalam diri dan juga pembaca, maka aku tukarkan beberapa isi penting ke tulisan jawi. Selamat berusaha menelaah jawi ;) - baca-baca Al-Quran sampai lagi ayat yang sama tapi ada penerangan baru lagi iaitu tambahan hadith Qudsi sebagai sokongan terhadap ayat al-Quran 6:160 13.5.2019 - tambahan satu ayat Al-Quran 4:40 9.10.2019  - tambah sikit isi fokus A beserta gambar Meme, dan ayat Al-Quran 21:47 ------- blog, mulai! - ------ Lagi, aku terjumpa satu perkongsian di facebook lagi dan aku dapati ianya menarik. Maka ingin sekali aku kongsikan di sini pula menjadi ingatan diri dan pembaca sekalian. Jom tengok video klip ini; Spoiler alert ! Berlatarkan di perkarangan jalan kedai yang sibuk, dimulai dengan budak pelajar sedang main skateboard lalu terjatuh, maka datangnya lelaki vest oren membantunya bangun (sambi

Jom Main Game "Overcooked! 2"

Imej
Catatan kemaskini 14.4.2019 penamaan semula tajuk entri "Jom Main Game Overcooked!2", tambah ulasan isi kandungan DLC Tatkala aku bermain game bersendirian, terkadang aku rasa kasihan juga isteri tak merasai keseronokan bermain game. Jadi cuba-cuba juga la aku google search untuk cari game yang boleh dimainkan berdua. Maka sampailah aku ke game ini.. Overcooked?! "Dengarnya game ini boleh bawa gaduh ^-^! Jadi memang aku risau dan fikir banyak kali dulu baru beli.. "  Kebetulan siri nombor 2 baru diterbitkan Ogos 2018, jadi ambil kesempatan beli yang ni dulu. Nanti baru cari siri lama.. Overcooked! 2 wallpaper Game ini adalah terbitan Team17 Digital iaitu berkisar sekumpulan chef mengembara dan memasak resipi. Game ini lebih kepada jenis casual tapi strategical, lebih seronok dimainkan 2-4 orang serentak. Plot - berkisarkan Raja Bawang (nama watak) sedang mencuba satu resipi baru daripada satu buku lama. Jadi, hasil percubaan tersebut ternyata tel

The curious-killer

Imej
Baru ni secara rawaknya aku terjumpa satu perkongsian di laman sosial Facebook yang agak menarik perhatian aku. Jadi aku kongsikan semula di sini untuk difikirkan bersama.. -------------------------- di'petik' dari laman facebook  The Science Explorer  --------------------- [nota - kalau paparan di facebook terdapat beberapa siri gambar dengan ayat persoalan yang berbeza, tapi di blog ni aku hadkan satu je la, yang bakinya aku salin tampal quote padanya..] چوبا تاڽ بودق تاديكا, مستي راماي يڠ راس إيڠين تاهو "And they ask deep question.." "They ask, what is dream? Why do we have toes? what is the birthday of our world? Why the moon round, why is grass green?" "These are profound, important question. They just bubble right out of them.." " You go talk to 12th grader (18 years old) and there is none of that. They've become incurious. Something terrible has happened between kindergarten and 12th grades" -----------------

Sonic Mania [Game PS4]

Imej
Ingat tak aku pernah tulis entri pasal game Sonic 3 & Knuckles [Game Sega]   (aka S3&K) ? Jadi entri kali ini adalah kesinambungan perjuangan Sonic tersebut (aku rasa la). . "Sebenarnya ada banyak universe Sonic ada banyak sangat game sambungan (misalnya Sonic 4) atau siri selingan selepas terbitan S3&K dengan pelbagai cuba-cuba teknologi pembuatan serta aneka jalan cerita, namun sayangnya kebanyakan game tersebut tidak mendapat sambutan hangat seperti mana game S3&K .. Maka sampai la satu masa, sekumpulan peminat setia kini menjalin usahasama dengan penerbit SEGA untuk buat semula game berasaskan cara & design lama.. Hasilnya terjadilah sonic Mania.. Sonic Mania [SEGA dalam PS4/XBox One/Switch] Jadi kalau berdasarkan trailer, game ini adalah episod ke-5 dalam garis masa ( timeline ) Sonic Classic (iaitu ikut urutan 1,2,3,K dan M). Seperti game terdahulu (S3&K) , ada 3 watak utama yang klasik iaitu; Tails - watak paling senang nak guna sebab