Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Jawi Phonetic Keyboard

Imej
Baru-baru ini aku disapa oleh seseorang di laman Facebook, halnya kerana beliau sedar bahawa aku menggunakan tulisan jawi sedikit sebanyak dalam penulisan blog ini. Jadi dengan itu, beliau memperkenalkan satu perisian (software) tentang papan kekunci jawi yang baru untuk dicuba. Terdahulu dalam karangan Panduan Setting Tulisan Jawi di Komputer (Windows 10) dan Telefon Pintar (Android) , aku berkongsi cara-cara untuk menetapkan (setting) tulisan jawi di komputer & telefon pintar. "Cuma timbul sedikit masalah untuk sistem komputer, iaitu susunan huruf-huruf jawi/arab adalah tetap (fixed) . Jadi bagi yang tidak biasa dengan papan kekunci huruf hijaiyah ini, perlukan sedikit usaha untuk hafal susunan huruf (iaitu nak ingat di mana posisi huruf ث, ظ, ض,ش bila diperlukan) . Alternatif lain ialah, perlu menampal label jawi bagi pengguna tegar jawi.. Tapi setakat ini aku hafal dan rujuk sahaja.." Sehinggalah beliau menyapa aku dan memperkenal satu perisian papan kekunci jaw

Kalau nak puji orang lain, katakan..

Imej
Bismillah.. tak menulis blog pula bulan Ramadhan ini ^-^! tapi sekali-sekala kena kekalkan aktif tulis.. Jadi terbaru aku jumpa satu perkongsian menarik di media sosial Facebook Jadi aku suka untuk kongsikan sekali lagi dalam blog ini. Untuk tujuan tersebut, aku sekadar salin & tampal perkongsian tersebut saja [nota - macam selalu, terdapat sedikit olahan melibatkan perwarnaan perkataan, juga "pendekkan pengikat kata" tanpa ubah penulisan asal] artikel sebenar boleh didapati di pautan ini -->  penulisan asal oleh Ustaz Ahmad Fauzan di Facebook --- Dari media sosial Facebook milik Ustaz Ahmad Fauzan --- Elakkan menyebut gambar-gambar saudarammu, teman-temanmu, tetanggamu dan semua yg mengenalimu dengan mendahulukan...; “Comelnya!...”  “Cutenya anak awak...”  “Muka sebijik saling tak tumpah”  “Cute sungguh budak nih”  “Lawanya ...”  “Hensem telajak”...  “Segak...”  “ terbaikkk..mantop...” Dan byk lagi pujian-pujian kepada insan terutama sekali di media sosi

Modul Ramadhan Juzuk Amma' (Mula)

Imej
Ramadhan kembali lagi. Tahun Hijrah 1440H. Ahlan wa sahlan.. "Macam biasa, pada permulaan bulan puasa, ramai orang semangat berkobar-kobar untuk memperbanyak amal ibadah sepanjang bulan ramadhan sebab nak kejar pahala banyak-banyak.. Dan aku juga tak terkecuali, turut berusaha untuk memperbanyak amal ibadah..  Alhamdulillah, di media internet terdapat usaha dari pelbagai pihak & organisasi menyenaraikan antara amal-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan supaya jemaah mudah untuk capai pahala tersebut. Kalau dulu, aku juga turut menyertai untuk tulis dalam borang senarai semak tersebut (boleh tengok aku pernah post  epilog ramadhan 1434H  &  menjelang syawal 1435H ) , tapi tahun ini ada sedikit kelainan iaitu aku menyusun  (customize) template sendiri menggunakan Microsoft Excel dengan fokus khusus bersempena  Azam tahun 2019  ini..

Kalau Aku Kaya

Imej
Bismillah, kita mulai penulisan ini dengan sesuatu yang bersifat santai. Pertamanya aku nak kongsikan satu lagu karya artis tempatan. Aku rasa ramai tahu lagu ini Ya, betul ini adalah lagu gandingan Altimet & Awi Rafael bertajuk "Kalau Aku Kaya:. Jadi fokus penulisan kali ini ialah: Fokus : Kalau aku kaya [Nota awal - karangan ini bukanlah bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak..]aku agak meminati artis Altimet sebab banyak lagunya mempunyai mesej nasihat tersurat dan tersirat, misalnya Bangkit, Bunga, Amboi dll] موڠكين بنر دالم ستياڤ ديري كيت ڤرنه برايمڤيان كالاوله دبريكن رزقي لبيه نسچاي كيت اكن بربوات عمل كباجيقن دڠن لبيه باڽق لاݢي. نامون بتولكه كيت جوجور دالم ايمڤيان ترسبوت؟ Sedang aku menelusuri bacaan al-Kitab, kali ini aku jumpa lagi ayat nasihat dari surah Asy-Syura 42:27 seperti yang berikut. Jom tengok: