Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Jom Kalendar Hijrah!

Imej
Salam awal Muharram 1442Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik pada tahun sebelumnya.. Jadi bersempena tahun baru ni, semestinya ada promosi tentang kalendar baru. Begitulah piawainya. Kalendar Masihi bila masuk tahun baru, adanya jualan kalendar tahun baru.. Aku yakin kalendar Cina pun sama, tak mestilah kalendar Islam pun sama.. Jadi antara promosi yang terpapar melalui suap-berita media sosial Facebook aku ialah dari laman web rasmi ProductiveMuslim sendiri. Rujuk sini untuk artikel penuh -->  [Artikel] Productive Muslim - Why Islamic Calendar Matters More Than You Think Dari bacaan artikel tersebut, menariknya sejarah suatu masa lalu terdapat cadangan untuk menetapkan "kalendar dunia" agar setiap tahun sentiasa sama. Misalnya 1 Januari sentiasa bermula pada hari isnin tak kira tahun bila, Hari Natal (25 Disember) sentiasa jatuh pada hari yang sama, tiap-tiap tahun.. Kan bagus kalau sistem kalendar sama je macam sistem jam?? Sentiasa kekal dan tak berubah. Mudah untuk beru

[JomBaca] P.K.P - Publish Komik Pertama

Imej
Bacaan buku kali ni ialah yang pertama menggunakan buku digital [e-book]. Ada buat pesanan buku, tapi tak sampai pula. Beli buku digital lebih cepat dicapai  Secara peribadi aku masih tak menggemari kaedah buku digital. Halnya aku ingin mengurangkan masa skrin (screentime) di komputer / TV / fon. Jadi, kalau baca buku digital maka tak tercapai objektif tersebut. Namun begitu, tetap tak dinafikan buku digital tetap mampu menyampaikan ilmu seperti mana buku fizikal.. Buku kelapan (ke-8) tahun ni. JOM! P.K.P! - Publish Komik Pertama #ebook Penulis - Afiq Salam Pelukis komik tempatan sejak 2010 (masih di bangku sekolah lagi katanya masa ni) Menghasilkan banyak komik tempatan : siri MISI, Pengembaraan Ali & Tuah, Detektif Fateh. Juga terlibat dalam penghasilan komik berkala dalam Majalah Dewan Siswa, Berita Harian, majalah Gempak. Penerbit  : Tak pasti. Macam terbitan sendiri. Tapi susun atur / rekaan dalaman sangat cantik dan tersusun Bil halaman/ muka surat : 57  Deskripsi (kulit bel

[JomBaca] Fotografi Gaya Mukmin

Imej
"اکو ڤراسن کالاو باچ بوکو برکنأن فکتا، کنا توليس چاتتن سيکيت بارو علمو لبيه ماسوق اڤ يڠ کيت باچ. جادي کنا بوات نوتا سيکيت٢ سمبيل ممباچ. Baiklah, buku yang ketujuh (ke-7) untuk tahun ni.. JOM  Fotografi Gaya Mukmin - Panduan Fikah Seni Foto Penulis  1) Ustaz Azhar Idrus Seorang tokoh agamawan yang dikenali ramai. Berwatakan bersahaja, menjadikan beliau disukai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda. Beliau juga menulis beberapa buah buku antaranya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat, Deme Wasap Ambe Reply, Tazkirah senafas, dan yang terbaru Jihazul Madihah (= persiapan yang terpuji) Selain berdakwah, beliau juga aktif dalam bidang fotografi.  2) Imran Burhanuddin Lepasan dipoma dalam bidang pengajian Tahfiz Al-Quran. Baru menjinakkan diri dalam bidang fotografi sejak tahun 2010 dan berminat dengan fotojurnal, potret dan kandid, serta berminat dalam bidang penulisan Menjadikan kedua-dua platform dalam menyampaikan Islam secara santa

[JomBaca] Bahasa Melayu - Kelebihan dan kekurangannya

Imej
Dah masuk bulan 8. Aku dipanggil lagi untuk menyertai barisan hadapan lantaran Kuching masih lagi zon covid yang belum reda. Jadi, jadual "membaca aku semasa rehat tengah hari" tergendala juga. Kena fikir jadual membaca di rumah pula.. Hm.. Apa-apa pun, ini buku ke-6 aku tahun ni (2020).. JOM BACA! BAHASA MELAYU - KELEBIHANNYA DAN KEKURANGANNYA بهاس ملايو کلبيهنڽ دان ککورڠنڽ Penulis : Za'ba  "Za'ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad (1875 -1973) ialah pendeta bahasa dan persuratan Melayu. Anugerah Pendeta disampaikan oleh  Menteri Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu, Dato' Abdul Razak Husin dalam Kongress Bahasa & Persuratan Melayu ketiga di Johor Bahru dan Singapura pada tahun 1956. Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang bersepadu kerana menggarap beberapa bidang sekali gus iaitu bahasa, sastera, ekonomi, agama dan politik dalam kehidupannya. Penerbit     : Akademi Jawi Malaysia