Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Game retro

Imej
(Nota - entri ni bersifat santai, lebih berkenaan game retro suatu masa dulu ^-^) "WiFi dah ada ke belum?" - tanyaku sebaik sahaja pulang bekerja  "Tak ada.."   Sejak kebelakangan ni, rumah aku takde WiFi sebab modem dek kilat petir mutakhir ni. Jadi kesannya, bila balik kerja tu tak tau nak buat apa pulak ^-^! Pada kala kebosanan ni, buatku teringat akan satu hobi aku dan Nawar (adik kandung aku) terutamanya masa kecil dulu-dulu - main game 2-player "Jom main Bare knuckle.." Ya, pada satu masa dulu aku dan adik memang kamceng dan selalu main game bersama. Antara game kegemaran kami dulu dan kini ialah; (1) Siri Bare Knuckle (JAPAN) / Street of Rage (ENGLISH)  Game ni adalah dari genre Beat'em up (Action), berkisar tentang sekumpulan penegak keadilan yang menentang organisasi jahat. Ada 3 siri game ni, yang mana pengakhiran tetap menentang boss jahat Mr. X "Kalau masa kecik-kecik dulu, objektif main adalah supaya menang (maka s

Trust

Imej
Baik, entri kali ni topik serius sikit walaupun activating story lebih kepada retrospektif.. Jom tengok situasinya.. Ada seorang sahabat ni aku kenal dah bertahun lamanya. Sepanjang perkenalan kami memang sungguh eventful - ada masanya kami tolong-menolong di saat memerlukan dan ada masanya juga kami bergaduh dan sakitkan hati sesama sendiri. (Nota - UMUMNYA setiap kali bergaduh pastinya aku rasa bersalah dan kalau boleh tak nak lagi sakitkan hati berulang kali. . jadi untuk tujuan tersebut, aku bertindak membina jurang agar tak terlalu rapat sangat --> tak nak berlaku gaduh lagi..). Tapi apa yang berlaku ialah.. "Syed, aku nak minta tolong ni boleh tak??"

Recovery time from stress

Imej
Sebagai permulaan, ingin sekali aku guna semula karya aku dalam entri  defence mechanism  to stress.. jenis-jenis reaksi terhadap tekanan (idea berdasarkan Oxford Psychiatry Book 3rd edition) Cuma persoalan yang ingin ditimbulkan dalam entri kali ni ialah: "Tak kira la apa jenis reaksi yang kita selalu tunjukkan ketika menghadapi sesuatu stress, namun berapa lamakah kita akan berada dalam mood sedemikian dan berapa lamakah yang kita perlukan untuk recover dan tenang diri?"  Fokus - Recovery time Aku rasa setiap orang pastinya berbeza dalam menangani sesuatu stress, dan masa yang diperlukan untuk kembali pulih juga pastinya berbeza. Selalu aku dengar akan kata-kata di saat seseorang menghadapi stress, kawan-kawan yang memahami akan berkata.. "Leave him alone, let him have his time..." Dan aku juga, tidak lari dari hakikat tersebut. Aku juga menghadapi stress dalam kehidupan dan juga memerlukan masa untuk recover bagi setiap jenis stress (gaduh/ fail ex

Goofy movie

Entri kali ni hanya santai semata-mata berkenaan salah satu kartun (movie) kegemaran, bagi aku padanya terdapat mesej nasihat untuk diri sendiri sempena konflik yang berlaku terbaru ni.. Semoga mesej ni juga boleh memberi kesan kepada sahabat handai yang menghadapi situasi yang sama, suatu masa akan datang... Insya-Allah~ Aku pasti ramai sangat kenal dengan watak Disney bernama Goofy. Umumnya dalam trio Mickey-Donald-Goofy, watak ni digambarkan sebagai seorang pelawak, clumsy serta pendek akal yang sering membuatkan penonton geli hati dengan telatah yang ditunjukkan. Namun, bukanlah aksi lucu tersebut yang ingin aku kemukakan.. Aku begitu tertarik dengan filem solo Goofy ni yang bertajuk The Goofy Movie.. Ia berkisar tentang anaknya Max yang kian membesar remaja, kononnya ingin meluangkan masa sebagai remaja. Mengikuti aktivti anak muda (jamming, party etc) dan malah mempunyai teman wanita sendiri.. Namun konflik berlaku melibatkan salah faham si ayah terhadap anaknya. Yang ma

Introvert

Imej
Baru-baru ni aku tertarik dengan salah satu perkongsian di laman sosial Facebook, maka sekali lagi ingin aku kongsikannya dalam blog ni juga --> lihat gambar sisipan Fokus - aku seorang introvert Kalau diamati penjelasan yang diberi dalam gambar sisipan, aku dapat rasakan ada benarnya penjelasan tersebut. Aku akui diri sendiri adalah seorang yang introvert. Mungkin penemuan ini dapat menjelaskan perangai aku yang selama ini menjadi misteri bagi khalayak ramai.. Situasi A Suatu masa di universiti dulu, apabila hang out dan makan malam beramai-ramai kat kedai makan, aku tetap akan ambil masa bersendirian.. "Jom makan kat Am Junction?!" - ajak seorang sahabat "Boleh, tapi aku nak pergi sendiri (naik motor) eh .." "Ala, jomlah naik kereta sekali, bukannya kereta penuh pun.." - ajak seorang kawan lain yang turut serta  "Err.. aku ada nak singgah tempat lain jugak la masa balik nanti.." <-- alasan yang sering digunakan..  T

Lampu kepala

Imej
"Ok, we got a miner in our ward here.." - superboss B "Doktor, doktor ni macam penoreh getah pulak.." - staf jururawat "Kau ni macam nak masuk gua ke apa aku tengok.." - rakan sekerja  "Kau ingat pakai benda tu, boleh scan patient eh?" - boss "Kau ni siang-siang pun nak bersuluh jugak.." - boss A  "Siap berlampu lagi doktor ni? Gelap sangat ke..?" - pesakit  Fokus - Head-torch, on!  Pada masa kecilku dulu, selalu aku digambarkan bahawa perwatakan doktor akan diiringi dengan lampu suluh kepala.. Rasionalnya lampu ni akan membantu prosedur-prosedur yang dijalankan di wad.. Namun, realiti hari ni, aku tak jumpa pun pula perwatakan tersebut.. "Takpe lah, biar la aku mulakan revolusi ni dulu.. ^-^! Pada mulanya aku tak terlintas untuk memulakan penggunaan lampu suluh kepala ni disebabkan anggapan teknologi sekarang sudah serba cukup dengan lampu di wad-wad.. Namun, tanggapan tersebut aku terlalu naif.. Maka se

jurang sosial

Situasi 1 Ketika aku mendarat di Kuching sempena sidang konvokesyen, kelihatan adanya keluarga angkat aku menyambut ketibaan aku.. (nota - sedikit penjelasan tentang aku dan keluarga angkat ni boleh didapati di entri  bertemu dan berpisah ) "CIKGU!! CIKGU!!" panggil si anak muda dari jauh lagi dengannya nyaringnya "Aih, iboh panggil kamek 'cikgu'.. kamek sikda mengajar kitak lagi, nak? (translate = eh, jangan panggil saya 'cikgu'. Saya dah tak ajar kamu lagi, kan?)  ^-^! dah la panggil kuat-kuat pulak tu. Habis satu airport dengar" jelasku pantas.. "Kenak sik boleh (Kenapa tak boleh) ?" - tanyanya keliru "Senangnya kamek datang tuk sebagai kawan ja boleh sik? (ringkasnya saya datang ni sebagai kawan je, boleh?) "  Situasi 2 situasi berlainan yang berlaku berhampiran dengan kawasan bandar bila mana aku outing untuk shopping, kebetulan pula jumpa pekerja hospital yang dikenali lalu.. "eh, doktor! Doktor nak pergi

Sempena hari konvo

Imej
Nota - Entri ni bersifat retrospektif, sempena hari konvokesyen UNIMAS pada 9 November 2013. Dalam entri ni ada 2 fokus utama.. Fokus A - Hari konvo, hari gembira buat semua ^-^ Re-post luahan diari vol11 (2012) .. Akhirnya dah sampai giliran aku dan kawan-kawan supplement untuk konvokesyen. Oleh sebab tahun lepas, habis exam supplement terus esok konvo, maka aku dan kawan senasib terpaksa sertai konvo 2013 pula.. (rujuk entri  sebelum induksi  untuk ulasan serba ringkas) "Tak kisah la konvo mana-mana pun, yang pentingnya masing-masing berjaya tamatkan pelajaran dengan jayanya ^-^  Pada kala aku melangkah masuk berarak ke dalam dewan sidang, dapatku lihat para ibu bapa telah pun duduk di barisan tetamu yang hadir. Setiap pasangan mempunyai latar belakang yang pelbagai (dari keluarga yang elit dan berada sehinggalah yang miskin lagi sederhana) , namun aku yakin tiap satunya pastinya nampak sinar kebanggaan terhadap hari berbahagia si anak masing-masing.. Melihatkan keadaa

Harvest Moon: Back to Nature [PS]

Imej
Catatan kemaskini 3.3.2019 - tulis komen yang lebih panjang lebar tentang game tersebut --- blog, mula! --- Hmm.. Gaji Ogos dah digunakan beli handphone baru.. Walaupun masih berbaki positif sebelum gaji September, namun aku perlu berhati-hati agar tak berbelanja boros lagi.. ^-^! maka, banyak hari rehat aku telah diluangkan dengan berehat saja di rumah. Nasib baik la ada game untuk dimainkan.. Logo Rasmi siri game ini Harvest Moon (HM) adalah game dari genre simulasi kehidupan terbitan syarikat Natsume. Game ini bertemakan alam pertanian dan perternakan. Terdapat banyak siri keluaran mencakupi pelbagai platform (konsol) game, namun plot utama masih lebih kurang sama - iaitu pemain diberi satu tempoh masa untuk mengusahakan satu ladang yang sudah terbengkalai menjadi satu ladang yang hidup dan meriah. Seperti yang aku kata, game ini terdapat beberapa keluaran game ini, boleh semak semuanya di laman web berikut ->  [Wikia] Senarai Semua Game Harvest Moon . PENGAKUAN