Trust

Baik, entri kali ni topik serius sikit walaupun activating story lebih kepada retrospektif.. Jom tengok situasinya..

Ada seorang sahabat ni aku kenal dah bertahun lamanya. Sepanjang perkenalan kami memang sungguh eventful - ada masanya kami tolong-menolong di saat memerlukan dan ada masanya juga kami bergaduh dan sakitkan hati sesama sendiri. (Nota - UMUMNYA setiap kali bergaduh pastinya aku rasa bersalah dan kalau boleh tak nak lagi sakitkan hati berulang kali.. jadi untuk tujuan tersebut, aku bertindak membina jurang agar tak terlalu rapat sangat --> tak nak berlaku gaduh lagi..). Tapi apa yang berlaku ialah..
"Syed, aku nak minta tolong ni boleh tak??"
Fokus - Perihal nilai kepercayaan
Hal ini berkait rapat dengan perkara yang aku 'kaji' setakat ini (kalau lupa boleh rujuk entri ni --> tentang keluarga lagi):
"Sejak zaman sekolah lagi sampai sekarang, aku sedang meng'kaji'  (memerhati) tentang hubungan (bond) sesama manusia merangkumi hubungan kekeluargaan, persahabatan dan termasuk couple sekali pun. Persoalan keduanya, apakah nilai kepercayaan (trust) berperanan mengukuhkan hubungan tersebut dan bagaimanakah nak membentuk nilai kepercayaan ni??" 
Kalau ikutkan gambar sisipan ni, aku bersetuju dengan pernyataan yang diberikan; iaitu nilai kepercayaan itu paling berharga, ia ambil masa yang lama untuk terbina sedangkan amat mudah untuk hilang kepercayaan ni. Dengan pegangan tersebut, aku berasa perlunya berhati-hati agar tak hilang kepercayaan terhadapku..

Jadi kembali semula kepada kisah tadi..
"We had hurt each other a lot.. Aku kira tentunya dia dah hilang percaya atas sebab banyak kali pergaduhan tersebut (sebagaimana aku berasa tak nak lagi gaduh dan sakitkan hati orang berulang kali). Tapi kenapa masih percayakan aku (untuk tolong) lagi?? - satu misteri yang aku memang tak faham dalam hati manusia..
"Umumnya memanglah aku gembira sebab masih diberikan kepercayaan tapi hal ni aku tak dapat nak fahamkan secara logik akal, memang suatu misteri.."  
Pada awal usiaku, aku akui aku memang naif dan lurus - sentiasa percayakan orang lain dalam pelbagai interaksi. Namun apabila usia kian meningkat, aku semakin belajar akan hakikat kehidupan; betapa sikap khianat memang sentiasa berlaku di sekeliling aku. Dan secara peribadinya, aku juga menghadapi episod-episod khianat yang telah berlaku pada masa silamku, lantaran menyedarkan aku agar perlu lebih berhati-hati dan tidak percayakan orang lain.. Pernah aku dinasihatkan;
"Ada 3 perkara dalam hidup ni yang mana kau tak boleh letakkan kepercayaan 100% kepada siapa-siapa pun. Termasuklah ahli keluarga sendiri. Salah satu darinya ialah "pinjamkan wang" - nasihat seseorang
Kesannya, jadilah aku sebegini; walaupun ada masanya aku 'terpaksa' gamble untuk menaruh kepercayaan, tapi banyak kalinya aku akan berhati-hati agar tidak terlalu awal untuk percayakan seseorang. Jadi sebab itulah, melihatkan contoh (situasi) yang ditunjukkan oleh sahabat aku ni buat aku keliru..
"Kenapa sewenang-wenangya meletakkan kepercayaan kepadaku lagi (setelah apa yang berlaku)..? Tak risau ke kalau aku khianat kat kau..??" 
(nota - tidaklah aku membantah sikap kepercayaan, malah aku mengagumi dan hormati sikap tersebut lantaran dalam dunia yang penuh 'bahaya' ni, masih ada lagi yang menaruh kepercayaan secara naifnya. Insya-Allah, bila fikirkan sebegini, aku cuba untuk amanah. Semoga sikap baik ni turut mempengaruhi aku agar dapat percayakan orang lain semula ^-^!) - idea entri efek resonans
"In some way, i feel good to trust people again.. ^-^! it's been a while i felt this way.."  - entri hutang-piutang
"don't wait for me to be trustworthy, show me how" (ataupun sebaliknya don't wait for people to be trustworthy, show them how) 
Some other stream of thought
Entah, terjumpa pula satu nasihat (dari hadith) berkenaan ayat merah tadi... "dan kalau boleh tak nak lagi sakitkan hati berulang kali.. " jom semak..

hadith tersebut mengukuhkan hadith ke-15 dalam koleksi imam nawawi
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan Hakim, daripada Abu Hurairah r.a, ia menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang seorang wanita yang selalu solat malam dan puasa siang hari sedangkan ia menyakiti (hati) tetangganya melalui lisannya, kerana mengomel. Rasulullah menjawab, "tidak ada kebaikan padanya dan ia berada di dalam neraka (pada hari akhirat kelak)." Rasulullah juga ditanya tentang wanita yang hanya melakukan solat wajib dan berpuasa Ramadhan serta bersedekah dengan susu yang telah dikeringkan. Ia tidak memiliki sesuatu (amalan) pun selainnya, tetapi ia tidak menyakiti tetangganya melalui ucapannya." Nabi menjawab, "Ia berada di dalam syurga" 

Astargfirullah~ semoga kita lebih berhati-hati dengan lisan kita..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)