Efek resonans

(Nota - Ni sepatutnya entri bertarikh semalam tapi disebabkan masa terisi di dunia luar sana maka aku tak berkesempatan untuk tulis tepat pada masa ^-^! maaf, maaf.. )

Hari minggu ni juga ada walimatul-urus rakan seperjuangan aku (kali ni dari zaman SEPINTAR 04/05), sejak sekian lama aku lost contact dengan kawan-kawan dari zaman tersebut (disebabkan aku melanjutkan pelajaran di UNIMAS 5+ tahun lamanya) maka terlintas di hatiku untuk menyertai rombongan kawan-kawan ke majlis tersebut.

Tapi, sekali lagi kalau nak sertai kena libatkan pemanduan lagi >_<! just great~
"i'll just be positive and take it as part of practice.."
Alhamdulillah, dengan niat ikhlas diri serta bantuan kawan-kawan, aku berjaya juga sertai dan diterima semula ^-^! lain je bunyinya.. Maka, seterusnya pertemuan kami diikuti dengan suasana gembira gelak tawa dan gurau senda..

Fokus - efek resonans
Apa dia resonans ni? perkataan ni kali pertamanya aku dengar ia adalah istilah subjek fizik (aku bukanlah ahli fizik dan aku hanya belajar fizik di peringkat sekolah menengah sahaja iaitu salah satu subjek SPM) yang bermaksud (aku dah lupa pengertian tepat, jadi kononnya tengok definition kat internet):
"The increase in amplitude of oscillation of an electric or mechanical system exposed to a periodic force whose frequency is equal or very close to the natural undamped frequency of the system."
Ok, susah pulak nak terjemah ke Bahasa Melayu.. ^-^! Tapi dari pemahaman aku la, (melalui contoh fizik juga) resonansi ni merupakan satu situasi yang mana sesuatu objek akan turut bergetar sekiranya terdapat objek yang bergetar pada suatu frekuensi yang tertentu (dengan andaian masing-masing mempunyai 'gelombang frekuensi' yang lebih kurang sama). Baik, sudah-sudahlah tu dengan teori. Jom kaitkan dengan realiti hari ni..

Jadi fokus kali ni, aku merujuk istilah resonans kepada perasaan dalam diri dan kawan-kawan. Misalnya, dalam majlis perkahwinan, tentulah merupakan hari gembira bagi tuan rumah. Tanpa sedar, perasaan gembira tu seolah-olah mempunyai gelombang frekuensi yang mana kesannya tetamu yang hadir turut sama mempunyai kesan gembira..
"Think of heart (and emotion) in every person has a set of wavelength (frequency) emitted to surrounding.. so those surrounding with equal/ similar wavelength will resonate and react just the same way as the that person"
Maksudnya kalau kita rasa gembira, maka orang lain seolah-olah terkesan dengan perasaan kita dan turut berasa gembira juga. Menarik, kan? Allahu akbar~ dan tentulah, situasi lain seperti sedih/ marah juga boleh apply konsep resonans ni. Terutamanya kalau seseorang itu sangat rapat dengan kita..

"Oh ya, semakin rapat perhubungan kita dengan seseorang, jarak gelombang menjadi semakin sama.. Maka memang nampaklah adanya perkataan sehati sejiwa (iaitu dari perspektif fizik, wavelength seolah dah selaras dari aspek amplitud dan frekuensi..)"

Jadi marilah kita sama-sama berkongsi kegembiraan kita dengan orang lain dan sebarkan gelombang gembira ni ^-^ kalau takde perkara gembira sekali pun, cukuplah dengan senyuman yang menyenangkan mata yang memandang..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)