Jawi

Kemaskini 20.1.2019
- Penambahan sedikit tulisan jawi dalam penulisan
- Tambah pautan cara-cara untuk menulis jawi di komputer..

---------- [Blog, mula!!] ---------- 
Hm, apa yang mengaktifkan trigger entri (hari) ni ialah berdasarkan satu iklan promosi di TV sejak kebelakangan ni. Sayangnya, aku ingatkan boleh jumpa semula iklan tersebut di YouTube tapi tak ada pula.. apa-apa pun, jom kita cuba uji kemampuan diri dengan membaca komik berikut ^-^ (nota - komik ni adalah dari hasil usaha insan tertentu, aku sekadar mengongsikannya di sini. sila berterima kasih kepada pengkarya asal)

hendaknya ramai yang dapat membaca komik mudah ini ^-^!
Fokus - tulisan jawi
Batu bersurat juga dalam tulisan jawi
Tulisan jawi merupakan satu sistem tulisan yang digunakan di kepulauan Melayu (Tanah Melayu, Brunei, Indonesia, Sulu dan lain-lain) masyhur pada satu masa dahulu sebelum pengaruh tulisan Rumi diperkenalkan. Sistem tulisan ini ternyata adalah dari pengaruh Bahasa Arab, iaitu menggunakan huruf-huruf Arab (seperti ﺍ ﺏ ﺝ د) namun terdapat beberapa huruf tambahan (seperti چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ ) yang turut diperkenalkan bagi menyesuaikan dengan bahasa tempatan..

Namun sejak tulisan Rumi ABC mula diperkenalkan, maka penggunaan tulisan Jawi kian merudum. Kesannya penggunaan tulisan Jawi dewasa ni hanya terhad kepada perihal keagamaan dan kebudayaan semata-mata dan tidak lagi digunakan dalam urusan rasmi.
"Sayangnya~ aku berpendapat tulisan Jawi ni la antara satu-satunya warisan bangsa Melayu. Misalnya kalau dilihat bangsa Cina dan India, masing-masing mempunyai tulisan tersendiri. Malah negara-negara seperti Rusia, Jepun dan Korea juga mempunyai tulisan tersendiri, seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai identiti dan pendirian yang kukuh (tak perlu nak pinjam tulisan orang).. 
Tentulah, aku percaya ramai yang akan bidas;
"Susah payah la nak belajar macam-macam tulisan.. susah nak komunikasi nanti.. Kan baik kalau diselaraskan satu jenis tulisan sahaja.. " <-- juga apply pada peringkat bahasa (rujuk entri language barrier)
Namun sekali lagi aku teringat dan ingin diingatkan semula tentang Firman Allah yang bermaksud;
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" (Surah Al-Hujurat 49:13) 
Demikianlah halnya. Mereka yang paling bertaqwa sentiasa melihat situasi tersebut secara optimistik ^-^ (baca balik la entri language barrier tu tadi, penat nak salin tampal ayat ^-^!) Oleh itu, jom! Kita sama-sama berusaha memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan bangsa..


Some other stream of thought
Sementara adanya pihak memandang remeh tulisan (huruf) jawi ni sebagai ketinggalan atau kampung dan sebaliknya menginginkan kepada tulisan yang dianggap universal dan lebih bersifat global.. (Cuba taip jawi?)

Namun menariknya, siapa sangka sejarah tulisan jawi (iaitu berkait rapat dengan huruf dan bahasa arab) ni mempunyai pengaruh yang lebih besar nilainya.. Antara yang aku nampak;
  • Secara langsung, tulisan Jawi cuba menerapkan ciri-ciri bahasa Arab yang merupakan bahasa Nabi dan bahasa Syurga ^-^ 
  • Terdapat tulisan dari budaya-budaya lain yang 'kebetulan' mengadaptasikan juga dari bahasa Arab tersebut. Misalnya Aliff = aleph = Alpha, Ba' = Beta, Jim = Gamma.. (*ala aku ada terjumpa perkongsian tentang penemuan 'kebetulan' ni di facebook tapi bila cari balik dah tak jumpa balik dah.. sayangnya~ nanti insya-allah akan dikemaskini lagi bila dah jumpa).. dan mungkin ada lagi penemuan menarik..
يڠ مناريق ڤرهاتيان اكو اياله بهاس جڤون سچارا كبتولن مڠادڤتاسي بهاس" عرب ملالوءي سبوتن بهاس ماسيڠ٢ ايايت همڤير سموا هوروف عراب بوليه دبوڽيكن اوليه اورڠ جڤون دان سباليقڽ. دڠن كات لاءين ليده مريك ترلاتيه اونتوق بهاس جڤون ڤد ساتو چارا ^-^! موڠكين كبتولن سهاج كوت.."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)