Jam Tangan

kalau mcm ni kena baca 'jarum jam'
Babak 1 
"Eh, Syed! Dah pukul 10 ke sekarang?" - tanya seorang rakan sekerja apabila sekilas melihat jam tanganku
"Err, bukanlah.. Sekarang baru pukul ...." - balasku sambil memberikan bacaan sebenar jam tangan.. 
"Apsal jam kau ni? Rosak ke? Beli baru je la.. "
"Mana ada ^-^! Yang kau nampak tu timer 10 minit sebenarnya.."
Demikianlah halnya. Kalau tentang jam tangan, aku lebih gemarkan jam tangan hybrid digi-analog (iaitu gabungan jarum jam dan paparan digital sekali gus ^-^!) berbanding dengan hanya salah satu kategori asal. Aku sukakan jarum untuk membaca masa sedangkan paparan digital boleh digunakan untuk fungsi lain..
"talk about multi-objective ^-^ kat jam tangan pun boleh apply~"
Babak 2
Tengah-tengah sibuk menjalankan tugas tiba-tiba kedengaran bunyi..
"Tenet-Nenet~ ~ ~ " (pandai-pandai korang la bayangkan macam mana bunyi timer jam tangan ^-^!)
"Apa kejadahnya bunyi jam tu..? Alarm clock ke apa?" - tanya orang terutamanya bila tiba-tiba berbunyi pada masa yang tak dijangka..
"Tak la ^-^! tu timer, tadi count time 10 minit kejap"
 "Oh, kau ni memang jenis punctual eh?"
"Punctual?" 
Fokus - demi masa~
Ya, kalau diteliti kedua-dua babak di atas.. fokus entri kali ini adalah tentang masa. Aku yakin semua pasti tahu tentang satu surah berkenaan masa. Jom ulangkaji kejap,
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah Al-Asr 103:1-3)
Jadi dari firman Allah tersebut, diperihalkan manusia itu dalam kerugian apabila dikaitkan dengan masa (beserta pengecualian untuk sebilangan golongan). Menariknya firman ni bersifat subjektif, dan banyak kemungkinan dan mesej yang boleh difikirkan v_v antaranya yang aku nampak;

  • Betapa manusia itu kebanyakannya lalai tentang nikmat masa yang diberikan. Contoh mudah ialah ingat 5 perkara sebelum 5 perkara 
  • Banyaknya masa diluangkan dengan perkara yang yang tidak bermanfaat
Aku juga tak terkecuali dengan firman tersebut. Banyaknya masa aku terabai disebabkan kelemahan aku dalam mengurus masa. Jadi sebab itulah aku cuba untuk selalu beringat tentang masa.
"Selalunya aku set ingatan 10 minit telah berlalu terutamanya ketika aku sedang melakukan sesuatu. contohnya, kalau nak pergi kedai dan tengok-tengok barangan, aku akan set '10 minit je untuk tengok' agar tak lalai dan kehabisan masa.. (apabila time's up, kalau aku perlukan masa lagi aku akan ulang langkah yang sama dengan mindset 2nd/ 3rd chance) ^-^!
Tapi tentulah, aku masih lagi perlu lebih memperbaik diri.. Insya-allah, semoga perkongsian idea ni membantu kawan-kawan lain mengurus masa juga..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)