Jerebu

tak nampak latar belakang
Sejak kebelakangan ni, keadaan persekitaran semakin kabur dek jerebu. Dikhabarkan jerebu ni berlaku akibat kebakaran hutan di kepulauan Sumatera sana..
"Teringat aku suatu masa dulu, tahun aku mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pun ada jerebu melanda sehingga sekolahku ditutup ^-^ aku ingat lagi.. masa-masa tu aku ambil peperiksaan percubaan peringkat SBP dan akhirnya pelajar semua terpaksa dibenarkan balik bermalam kerana masalah jerebu ni. Gembira memang gembira, namun aku tak nafikan masalah jerebu bukannya calang-calang yang boleh dipandang ringan.."
Pencemaran udara oleh jerebu ni sangat tidak sihat. Ramai mudah jatuh ketika ni v_v oleh itu sebaiknya kena jaga diri baik-baik agar tak mudah jatuh sakit. Hati-hati ya kawan-kawan.. Sementara itu, jom lihat fokus kali ni;


Fokus - suatu nikmat itu..
Teringat aku akan satu kisah yang pernah aku baca suatu masa dulu. Jom, aku kongsikan semula (nota - aku tak jumpa di media internet, maka teknik penceritaan ni menggunakan ayat sendiri v_v maaf atas kekurangan dan kepincangan yang ada). Anyway, let's go!

--------------------------------------------<story mode>--------------------------------------------------

Diperihalkan pada suatu masa ni, datang seorang yang tak betul bertanya kepada seorang yang alim..
"Tuan, kalau betullah tuan seorang yang bijaksana boleh tak tuan terangkan jawapan terhadap persoalan ni; Pada masa bilakah seseorang itu akan merasai nikmatnya tidur? Adakah sebelum saat tidurnya? atau ketika sedang tidur? Ataupun sesudah bangun semula dari tidurnya.."
Sebelum yang alim itu memberikan jawapannya, pihak penanya cepat-cepat memintas;
"Kalau jawapan tuan 'sebelum saat tidur', saya rasa tak mungkin! Masakan seseorang itu dapat merasai nikmat tidur sedangkan dia belum lagi melakukan (tidur tersebut). Takkanlah seseorang itu boleh merasai nikmat tanpa melakukannya.. "
"Kalau tuan kata 'nikmat tu dirasai ketika tidur', itu pun saya rasa mustahil! Kerana ketika tidur, seseorang tidak akan rasa apa-apa lagi. Macam mana nak dia nak menikmati tidurnya kalau dah tak rasa apa-apa.."
"Kalau tuan berpendapat 'nikmat tidur itu dirasai sesudah bangun dari tidur'. Itu pun pelik juga. Bagaimana seseorang itu boleh merasakan nikmat sedangkan dia telah pun selesai dari tidur.. Mana ada orang baru merasai nikmat setelah tamat melakukannya.. Itu tidak logik tuan. Bolehkah tuan jawab kemusykilan saya ni?"
Mendengarkan jawapan pihak penanya, maka orang alim pun berbisik..
"Memang betullah dia ni tak betul..."
---------------------------------------------<story ends here>---------------------------------------------
Demikianlah kisah tersebut diakhiri secara tergantung tanpa jawapan. Ha, apa pendapat pembaca sekalian? Masa bila sesuatu nikmat tu dirasakan satu nikmat??

Tapi, apa kejadahnya cerita ni? Apa kaitannya dengan jerebu pula ni? Aku yakin pembaca semua mesti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku buka kisah ni yang takde kaitan langsung ni.. Maka penjelasan yang aku dapat berikan;
"Melalui kisah itu tadi, aku mendapat idea bahawa sesuatu 'nikmat' itu akan dirasai dan dihargai apabila ia telah hilang. Jadi kalau dalam cerita tersebut, apabila seseorang itu ditarik tidur maka barulah dia akan sedar bahawa tidur itu adalah satu nikmat. Terpulanglah pada dirinya untuk menganggap nikmat dirasai sebelum/semasa/ sesudah tidur.. tapi pastinya tidur pada waktu itu merupakan nikmat baginya.."
Maka kaitan dengan situasi jerebu ini adalah berapa ramai antara kita yang menghargai nikmat udara bersih? Bila adanya pencemaran udara sebegini barulah kita terhantuk perasan betapa udara bersih itu penting dalam kehidupan...

Oleh marilah kita muhasabah diri; sebanyak mana nikmat yang Allah telah berikan kepada kita? Apakah kita dah cukup bersyukur dengan semua kurniaan Allah..
"Takkan dah terhantuk baru nak terngadah? (ertinya, takkan nak tunggu nikmat ditarik balik baru nak menghargai..)"
Astaghfirullahal-Azim..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)