Bertemu dan berpisah..

Rupanya seminggu lamanya keluarga angkat (dari Sarawak) aku datang ke KL, memang utamanya atas urusan kerja. Namun, alang-alang musim cuti sekolah maka seluruh ahli keluarga pun turun ke sini. Maka aku juga turut meluangkan masa berjumpa setelah sekian lama meninggalkan bumi Sarawak. Oh ya, sedikit pengenalan tentang keluarga ni;
"Keluarga ni senang dikenali dengan nama Syahmie sebab semua watak anak diberi nama tersebut diikuti nama berbeza bagi setiap anak (macam family name pula), sementara si ibu (Ummu Syahmie) dan si bapa pula aku panggil Abu Syahmie (panggilan sendiri-sendiri). Aku kenal keluarga ni pada awalnya atas dasar kerja part-time iaitu aku diupah menjadi guru pensendirian bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pelajaran Jawi dan Matematik. Saja cari pengalaman dan isi masa ketika mengharungi supplement arc (entri cebisan kenangan (vol 1)). Namun, hubungan kami menjadi semakin intim sehingga aku sendiri menganggap mereka macam keluarga aku sendiri juga.."
Dan pada hari (tarikh) ni, mereka kembali pulang. Sedih la pula bila fikirkan takkan berjumpa lagi.. Begitulah yang digambarkan oleh anak-anak keluarga tersebut (merangkap adik angkat aku). Menangis pula pada saat-saat genting ni.. huhu, maka timbullah idea fokus ini;

Fokus - bertemu dan berpisah
Demikianlah adat bersahabat. Ada masanya bertemu, pasti ada juga masa untuk berpisah. Hakikat tersebut apply pada semua situasi dan apa-apa interaksi manusia. Tentulah, perpisahan itu satu perkara yang sedih terutamanya apabila ia melibatkan dengan orang rapat kita (sama ada keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja) --> boleh memberi kesan dalam kehidupan seseorang (terutama dalam jangka masa pendek). Kalau aku, selalunya jadi tak semangat pada hari perpisahan tersebut, namun selalu aku nasihatkan diri agar kuat berusaha dan percaya bahawa perpisahan ini lebih bersifat sementara..
"Pastinya suatu hari nanti kita akan bertemu semula sekali lagi, dan pada masa itu kita akan sama-sama kongsikan kisah menarik masing-masing. Oleh itu, marilah kita (aku) mempersiapkan diri mengumpul kisah-kisah menarik tersebut" - nasihat oleh diri kepada diri.. 
Nasihat tersebut bermaksud; dari bersedih dengan perpisahan itu, apa kata kita cuba lakukan sesuatu yang bermanfaat sambil percaya kita akan bertemu semula suatu hari nanti (supaya pada pertemuan itu kita gembira untuk bercerita tentang kisah kita)..

Cakap pasal bertemu dan berpisah, aku rasa ramai setuju dengan pendapat "bertemu dan berpisah kerana Allah itulah yang paling indah". Jadi di sini aku ingin kongsikan beberapa kisah Nabi yang mengalami situasi bertemu dan berpisah (tapi bertemu semula dengan kekuasaan Allah ^-^ maka tak mustahil untuk kita doakan yang demikian terjadi juga pada persahabatan kita dan kawan-kawan.. Aamiin). Jom; (nota - atas kekangan masa, kisah ni tak lengkap, nanti aku carikan dan kemaskini di sini)
  1. Ketika Nabi Adam a.s. diturunkan ke dunia dari Syurga, beliau telah berpisah dengan Siti Hawa jauhnya. Namun atas usaha dan doa, mereka ditakdirkan bertemu semula setelah menempuh pelbagai dugaan..
  2. Nabi Ibrahim a.s ketika terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di Tanah Suci Mekah, yang mana pada masa itu Mekah belum ada apa-apa petempatan. Siti Hajar terpaksa berlari-lari mencari sumber air untuk menghilangkan dahaga sehinggalah Nabi Ismail menhentakkan kaki lalu wujudnya telaga zam-zam. Dan kemudiannya mereka dipertemukan semula dengan Nabi Ibrahim a.s.
  3. Nabi Musa a.s ketika kecilnya, si ibu terpaksa menhanyutkan bayi kecil dalam bekas di Sungai Nil untuk mengelakkan dari dijumpai oleh Firaun yang ingin membunuh semua anak lelaki. (betapa sedih dan risaunya si ibu apabila terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya. Namun, atas kuasa Allah mereka dipertemukan semula iaitu apabila Nabi Musa diambil sebagai anak angkat oleh Firaun, si ibu ini diupah menjadi ibu susunya)
  4. Nabi Yaakub a.s ketika berpisah dengan anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s (akibat aniayaan adik-beradik yang lain berdasarkan perasaan cemburu terhadap Yusuf), sehingga bertahun lamanya perpisahan malah menyebabkan Nabi Yaakub telah buta penglihatan akibat terlalu banyak menangis. Namun, akhirnya mereka dipertemukan semula (serta beliau dipulihkan penglihatan atas berkat pakaian Nabi Yusuf) 
Jadi demikianlah beberapa contoh. Menarik, kan? Jadi marilah kita (aku) belajar untuk tabah menhadapi perpisahan ini seperti mana para Rasul dan Nabi (aku yakin banyak lagi contoh lain, cuma tak terfikir pula saat ni ^-^! maaf, maaf) kita pada suatu masa dahulu.. Insya-Allah~


Some other stream of thought ^-^! (promo entri lain..)
"The closest person for you to share your good and bad is always your own family. So it's important to have good relationship among each other.. So please work hard for it" v_v - entri hubungan kekeluargaan
"I often look up to this young generation, hoping that they will grow to be good person later in the future. So i will try my best to help them in some way for that purpose. Once they are mature and able to manage on their own, then that will be the time i will leave them without worry" - entri adik angkat 
Misterinya, aku ni bukanlah seorang yang best atau menarik sangat, cuma jadi babysitter je tengok-tengokkan mereka sepeninggalan si ibu bapa pergi berurusan. Tapi kenapa jadi begini juga ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)