Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Kartunis Karya Tulen

Imej
Sedang aku melayari media sosial Facebook, aku jumpa tulisan oleh seorang kartunis Gayour Gayour (ni salah seorang daripada kartunis komik Ujang, tapi aku tak minat sangat gaya lukisannya) Tapi aku setuju dengan apa yang dia tulis dalam Facebook tersebut.. Fokus - Kartunis Karya Tulen Karya Tulen maksudnya hasil karya ciptaan sendiri. Watak, jalan cerita, gaya lukis adalah idea sendiri . Sebab apa yang berlaku ialah ramai kartunis yang melukis tapi karyanya hanya sekadar fanart.  Contohnya buat komik jalan cerita sendiri tapi guna watak terkenal macam Goku (Dragon Ball), Ali (Ejen Ali), BoboiBoy (BoBoiBoy) dan superpower mereka. Kenapa buat macam tu? Alasan pertama semua orang termasuk aku ialah sebab nak berlatih melukis.  Alasan kedua yang aku rasa paling kuat orang pegang untuk kekal dengan kartun tiruan ialah populariti pantas. Misalnya komik Dragon Ball komik popular (walaupun siri asal dah habis) ada banyak fan art yang timbul sebab orang minat lukis Goku. Dan ramai pula orang su

Komik Puasa tapi langgar puasa

Imej
Cetusan idea timbul bersempena aku sertai pesta digital InkRamadan (baca coretan syedzran  Ink Ramadan 2023M/1444H )  "Dalam usaha aku buat komik Ink Ramadan ini, sempena mencari idea, aku juga tengok-tengokkan hasil karya orang lain. Ini ialah percubaan tahun kedua, setakat dua tahun ni aku baru perasan satu hakikat yang tidak menyenangkan. Itu pun setelah ada orang nyatakan isu tersebut dalam berseloroh.." Benar sungguh admin ni cakap (dia bukan pengkarya)   Fokus - komik bulan puasa tapi tentang perlanggaran puasa Langsung dari contoh (gambar) yang aku sisipkan. Setakat 2 kali aku sertai inkramadan ni dengan tema-tema harian yang berbeza, satu perkara yang aku berat hati untuk aku nyatakan.. Ramai dari peserta-peserta menghasilkan komik genre lawak edisi masing-masing. Untuk tema bulan puasa, antara yang paling hangat dipersembahkan ialah komik lawak orang tak puasa. Ada 2 implikasi yang aku tak sedap nak fikirkan: Menimbulkan satu fitnah kepada golongan bukan islam betapa