Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

Komen aku tentang [Wayang] Didi & Friends

Imej
Filem Didi & Friends The Movie dah keluar 23.2.2023! Disebabkan Didi & Friends secara umum ialah bertahap kanak-kanak toddler (sesuai dengan Haniya) tapi dijadikan filem agar sesuai dengan dewasa, kali ni aku ajak semua adik-beradik aku untuk tonton beramai-ramai.. Hehe, kali pertama outing ramai-ramai.. --- Ada apa dengan cerita Didi & Friends ini? --- Didi & Friends ialah sebuah siri animasi CG pendidikan kanak-kanak. Pada peringkat awalnya siri ini berupa lagu-lagu kanak-kanak versi bahasa (Bapaku pulang dari kota, Semut berkawad, dll), kemudiannya dikembangkan menjadi siri kisah nasihat.  Terbaru mereka melancarkan siri Didi Rescue Squad (2022) berkenaan Didi dan kawan-kawan dalam misi menyelamat kawan-kawan dalam pelbagai jenis kemalangan.  Tapi buat julung kalinya pasukan produksi menghasilkan Filem Pengembaraan Tersendiri..    Beberapa isi (keypoint) penting sebelum tengok Movie - bagi penonton baru Episod-episod terdahulu langsung tak menyumbang kepada babak dal

KJR

Imej
  لوݢو ڤروجيک Ya, aku masih melukis lagi dan kini berpindah ke melukis digital. Namun, aku melukis secara sampingan sebagai hobi masa lapang sahaja (bila ada kesempatan).  Karya Jawi Rumi [KJR]  adalah projek terbaru aku, projek ini mencakupi tiga siri komik yang berbeza, tapi semuanya berkongsi beberapa ciri yang sama iaitu.. Penggunaan tulisan Jawi  sebagai tulisan utama - selalunya dialog antara watak atau pun naratif. Pada mulanya aku nak buat Jawi penuh (tanpa rumi), namun realitinya semakin kurang pembaca tegar tulisan jawi (dengan kata lain, bila nampak je tulisan jawi tanpa rumi terus tak nak baca - tak pasti disebabkan malas/ego/tak pandai) maka perlunya aku sertakan juga alih-tulisan rumi.  نامون باݢي نق مڠݢالقکن جوݢ اورڠ ممباچ توليسن جاوي، سڠاج اکو ڤودرکن اليه توليسن رومي. سچارا ڤسيکولوݢيڽ، اورڠ لبيه مميليه اونتوق ممباچ مان يڠ مڽوسهکن. کالاو توليسن جاوي سربا هيتم ايت نمڤق لبيه موده باݢي مريک مک سچارا اوتوماتيکڽ مريک اکن باچ جاوي ترلبيه دهولو. Komik dakwah/nasihat  - pada awa

kontroversi PreP

Imej
Apa khabar kau kat ID (infectious disease) rotation sekarang? Mesti best kan? - tegur aku kepada seorang batchmate GCFM di KK Ampang  Takdelah. Aku dah berhenti ID dah sekarang.. Eh kenapa?  Sebab aku tak nak bersubahat dengan klien PreP dalam aktiviti mereka  Fokus - kontroversi PreP Baru ni (awal tahun), KKM dalam usaha melaksanakan program rintis, iaitu pemberian rawatan PreP kepada golongan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan HIV Golongan berisiko tinggi yang disasarkan dalam program ini ialah el-jii-bi-ty. Mereka antara yang paling terdedah kepada risiko jangkitan HIV melalui aktiviti mereka.. Rawatan HIV sebenarnya telah sedia ada dan diberikan kepada golongan suami isteri yang telah terjebak. Cuma program rintis ini membuka kepada golongan bukan suami isteri.  ---- Kebetulan jumpa dalam media sosial juga tentang hal ini Hangat dibincangkan berkenaan isu hukum pemberian PreP kepada golongan ini..  Aku faham tujuan utama KKM - nak sasarkan HIV kosong. Jadi program ini semes

blogging syedzran

Imej
Sejak 2021 ni aku beralih untuk blogging guna akaun blogspot baru - syedzran . Perihalnya blog wix yang dulu (baca entri  stream of thought 2.0 ) yang aku cuba nafas baru dulu ada masalah. Bila nak view siaran bergambar (aku post tentang komik Wanted), tapi gambar tak optimize resolution. Jadi tak jelas Sekarang orang beralih ke teknologi layari internet melalui handphone. Walaupun paparan dah gempak aku susun, tapi rupanya itu hanya desktop view sahaja. Bila 'mobile view' semua susunan ke laut ^-^! penatnya. Wix ialah produk negara jahat rupanya. Tak naklah aku guna produk mereka atau langgan apa-apa. Atas beberapa sebab tersebut, maka aku pun hentikan blogging di Wix. Tutup akaun selama-lamanya. Kemudiannya aku cuba-cuba jelajah beberapa laman web blogging yang lain (wordpress dll). Semua nampak biasa, dan tak menarik (atau aku yang tak minat).  Akhirnya aku kembali semula ke blogspot. Lepas baca-baca buku  Blogspot dalam Sehari , baru aku tahu ada cara untuk ubahsuai interfa

Cuti Umum Pun Kena Kerja..

Imej
5.2.2023 ialah hari Thaipusam. Yang mana untuk negeri Selangor ialah cuti umum. Disebabkan ia jatuh pada hari ahad, jadi isnin diberikan cuti ganti.. Yay! Dapat cuti.. ..hinggalah.. Aku dapat  mesej dari ketua.  Arahan suruh kerja hujung minggu klinik NNJ pula.. Pertamanya hakikat kena kerja ni dah ganggu rancangan isteri pergi kenduri keluarga. (Gaduh sehari pasal ni sebab terpaksa batalkan hotel mahal. Maaf ya sayang. Tapi nasib baik boleh tuntut bayaran) Keduanya, kerja hujung minggu (kebetulan cuti umum) ini takde apa-apa 'saguhati'. Kira kerja percuma untuk majikan.. yay la mereka.. Dua tiga hari sebelum tarikh ni, Isteri (dah berbaik dah) pun tanyakan berkenaan hal tersebut (isi kedua) mengingatkan aku tentang hal kecewa tersebut  Bukanlah aku gilakan duit sangat, minta tuntutan kerja lebih masa. Cuma tak senang rasanya kena turun kerja ketika orang lain bercuti. Dah tu takde apa-apa kelebihan pun berbanding kawan aku yang tak turun kerja. Elaun takde, time off pun tak da