Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

[Resepi] Pizza Homemade

Imej
Saja kongsikan menu pizza homemade.. Pernah buat beberapa kali untuk suami. Rujuk resepi orang sebenarnya tapi ubah suai sikit jadi ikut perisa kegemaran suami.. -- [Resepi] PIZZA HOMEMADE --- Doh pizza - Tepung gandum [satu cawan setengah] - Yis setengah [sudu besar] - Susu pekat [satu sudu besar] - Minyak masak [setengah sudu besar] - Garam [secubit rasa] Cara-cara 1. Bancuhkan yis dengan air suam.  2. Uli bersama tepung gandum.  3. Susu, minyak dan garam gaulkan sekali dalam air suam.  4. Dan tuangkan ke dalam tepung gandum.  5. Uli sehingga sebati dan tidak meletak kat tangan.  6. Tutupkan doh tadi kedalam bekas yang bertutup. Tunggu sehingga doh naik. Sos pizza - Sos tomato - Sos cili - Cili blend - Gula & Garam secukup rasa - Bawang merah & Bawang Putih - Isi ayam Cara-cara 1. Tumiskan cili blend bersama bawang putih dan bawang merah.  2. Masakkan sehingga pecah minyak.  3. Masukkan isi ayam dan sos tomato &

Komen aku tentang [Wayang] Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Imej
Baru ini isteri ajak tonton wayang Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal yang baru disiarkan di layar perak seawal 21.3.2019. Selain menyokong industri perfileman/animasi Malaysia, secara peribadinya aku sedikit sebanyak meminati Upin & Ipin ini (baca penulisan  Animasi M'sia (3) ) , jadi aku tak berat hati & lantas bersetuju untuk tonton.. Selalunya cerita upin & Ipin berkisah dua orang kembar dan kawan-kawannya dalam mengharungi situasi-situasi dalam kehidupan. Yang mana, mereka akan diajar oleh warga dewasa ilmu-ilmu serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.. Tapi filem kali ini menggambarkan pengembaraan mereka.. Komen peribadi Filem Animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal [Amaran! Mungkin ada unsur ' pengacau' (spoiler) dalam penulisan ini, jadi mohon jangan baca dulu kalau berniat nak tonton, atau tanggung risiko sendiri ^-^!]

Patapon 3 [PSP]

Imej
Penulisan kali ni bersifat santai sikit. Mengimbau semula laluan memori bermain game. sejak awal bulan ini  PS VITA tidak lagi dikeluarkan (semua perkhidmatan yang berkaitan contohnya kemaskini, beli game digital dihentikan) , jadi perlahan-lahan konsol permainan ini semakin dilupakan. Saat-saat akhir sebelum fungsi PS VITA ditamatkan, aku sempat muat turun satu lagi game kegemaran satu masa lalu.. PATAPON Ini adalah game berunsur gabungan  RPG  + strategi + ritma  (rhythm) . "Aku diperkenalkan game siri Patapon melalui seorang kawan sekolah SBP. Masa itu kami selalu berkongsi game PSP . Salah satu promosinya adalah Patapon 1. Mulanya aku agak kekok sebab game ini menggunakan sistem arahan beritma  (rhythm)  sebagai cara bermain. Namun, disebabkan ada unsur RPG dan strategi jadi akhirnya aku tertarik untuk terus bermain.. Game  PATAPON  ada 3 siri keluaran (1,2,3). Aku hanya pernah main yang Patapon 1 dan Patapon 3 sahaja. Misterinya Patapon 2 tidak didapati di pasaran dal

Perjalanan beli Rumah Pertama [PM2]

Imej
[nota - penulisan ini retrospektif, sebab bukan berlaku hari ini] Baru ini aku balik bercuti ke kampung halaman di Kuala Lumpur. Tapi tujuan utama balik kali ini ialah untuk merancang pengubahsuaian rumah baru. "Alhamdulillah, aku diberikan rezeki berupa rumah sendiri di Kuala Lumpur. Jadi aku kena rancangan pengubahsuaian menjadi rumah idaman.." Tapi dalam penulisan kali ini aku nak imbau kembali kenangan perjalanan dari mula sampai mutakhir beli rumah pertama aku.. Fokus - Laluan kenangan (memory lane) beli rumah PM2   15.9.2014 - pengenalan oleh Abang Chik tentang satu projek perumahan dalam pembinaan sangat dekat dengan kawasan rumah yang ada. "Ran, nak beli rumah tak? Ada satu projek perumahan sedang dijalankan. Dekat je dengan TESCO Ampang. Beli la satu, tapi harga dalam RM300k juga. Bulanan dalam RM1500 juga, tapi kalau masih dalam pembinaan tak perlu bayar penuh lagi.." Rupanya Abang Chik juga telah membeli satu rumah baru di Puncak Alam. J

[Jom Baca] Lukisan Tarbiah 2 - REFLEKSI

Imej
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal  (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital) "Secara peribadi, kalau buku cerita aku lebih suka buku komik sebab lukisan yang disertakan senang memberi gambaran sebenar apa yang terjadi jadi lebih mudah dihadam & ingat.. Sementara karya cerpen atau novel yang penuh dengan tulisan kurang menarik perhatian aku sebab perlukan imaginasi sendiri. Kalau-kalau adanya ayat berbunga-bunga atau bahasa yang kompleks, satu kerja pula nak mencari kamus dulu.." Jadi buku yang ke-5 bagi tahun ini (2019) ialah dari kategori buku cerita (komik) ^-^!:

AmazFit PACE

Imej
جم  إين ده لام برخدمة دڠنكو Sejak awal tahun ini, aku mula giat semula untuk jogging. Sempena menyertai larian virtual bulanan, aku gigihkan diri untuk jogging. "Baru-baru ini jam lama aku dah 'rosak', dan  fitness tracker aku pakai sementara dah putus (sebab main ganas dengan anak buah ^-^!) . Jadi sebagai tambah motivasi diri, maka aku kali ini ingin hadiahkan pada diri sebuah jam tangan pintar (smartwatch) pula . Semoga lepas ini aku lebih giat dalam berjogging, insya-Allah.. Kenapa nak smartwatch? -> sesuai dengan niat aku untuk pelbagai guna (baca entri  multi-objective ) Jadi, kena la selidik (survey) terlebih dahulu apa yang sesuai. Pada mulanya aku saja tanya pendapat Abang Ngah (sebab Abang Ngah lebih aktif dalam aktiviti jogging, jadi Abang Ngah lebih tahu tentang perihal gadget yang berkaitan) . Maka dicadangkan jam tangan pintar dari jenama Huami (Mi)  AmazFit antara yang murah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain.. Jadi selepas berkira-

kalau makan luar (siri 6)

Imej
Dah lama tak buat penulisan tentang makan luar. Ulangkaji sekejap entri terdahulu agar tak berulang sembang topik yang sama.. Kalau makan luar  (siri 1) tentang menu - nasi goreng - susun pinggan - doa Kalau makan luar (siri 2) tentang makan dengan tangan Kalau makan luar (siri 3) tentang aku dan restoran makanan segera (fastfood) Kalau makan luar (siri 4) tentang berkongsi makanan dengan makhluk lain (misalnya kucing) Makan, priorities (= makan luar siri 5) sedikit tambahan siri 4 tapi tentang lebih kepada giliran yang patut didahulukan.. Baik, nampaknya tak berulang. Jom sambung.. Fokus *9 - Panduan gred Harga (*penomboran adalah berdasarkan kiraan dari mula) Sedikit tambahan dari siri 1 iaitu berkenaan menu digunakan untuk aku untuk menyemak harga makanan. Dan implikasinya ialah seperti mana siri 4  iaitu menyatakan aku tidak begitu nak mencuba restoran bertahap antarabangsa kerana mungkin harganya yang mahal dan tidak mampu.. نامون, سجق ده بركهوين إين اكو ڤجم سب