Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

Bukan senang perkahwinan

Imej
Baru ni aku dapat sepina arahan untuk  menghadiri perbicaraan kes sebagai saksi Jadi kali pertama aku datang ke Mahkamah Syariah sepanjang hidup ini. Dan mahkamah syariah wilayah persekutuan ialah mahkamah pertama aku. Bertempat di dewan 9 (mahkamah rendah), persidangan bermula pukul 9 pagi. Ada 3 kes perbicaraan (mahkamah syariah berkenaan kes tuntutan penceraian) 1) Pasangan berumur 40-50 tahun, berkahwin 22 tahun, ada anak 2 orang. Isteri tuntut cerai sebab suami tak bagi nafkah yang cukup untuk sekeluarga. 2) pasangan berumur 20 tahun, terjadi penceraian sebab suami minda tak tenteram sehingga tersebut lafaz. Kebetulan ada masalah kesihatan, jadi aku la yang kena beri penjelasan kepada tuan hakim.  3) ni aku tak pasti sebab aku dah beredar.. yang datang cuma suami sahaja. Pun kes cerai juga Fokus - Cabaran Perkahwinan  Bukan senang mengharungi bahtera perkahwinan. Suami & isteri akan mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam rumah tangga. Nafkah tak cukup, pasangan curang, ke

Kita semakin berusia..

Baru ni aku ternampak hantaran (posting) oleh seorang kawan lama, Ali. Hantaran tersebut berkenaan dia masuk hospital lagi sebab cedera. Alang-alang aku takde apa nak buat kat rumah (rumah masih takde orang rumah) jadi aku pun datang melawat.. Nasib baik hospital tersebut beri masa melawat sampai pukul 10malam, jadi aku bolehlah datang lepas habis kerja  35 tahun, kawan sebaya masa sekolah menengah dulu, kerjaya doktor klinik persendirian. Diperihalkan dia diuji dengan pelbagai penyakit - Gout, Heart block, dyslipidemia, sports injury. Bahkan dah pernah buat pemeriksaan scope OGDS, dan colonoscopy. Sementara lain, kawan aku yang lain, Afiq baru menjalani laparoskopik cholecystectomy (pembedahan buang hempedu sebab batu hempedu). Sementara yang lain lagi, ramai dari kawan sekerja aku yang beritahu ada appointmen pelbagai - PSY, Cardio, neuro, ortho, Eye, Skin dll. (Bukan orang yang sama) Satu mesej nasihat buat aku - pada kesempatan belum berpenyakit ni agar lebih menjaga kesihatan dan

Tamak Slot EH

Entri ni bersifat retrospektif iaitu bermula masa aku ambil alih tampuk kerja pengurusan (admin) KK Ampang.. Masa proses serah tugas, antara tugasan aku diberi ialah jadual kerja Klinik Rintis untuk Julai 2023 Klinik Rintis ialah program terbaru Jun 2023 - Sep 2023, yang mana KK Ampang beroperasi penuh 9am-93omalam, untuk meringankan beban kerja Hospital Ampang. Cuma anggota yang terlibat ialah staf dari pelbagai klinik, dibahagikan kepada 2 shift (pagi & petang). Apa yang menariknya klinik rintis ialah Kerja ini dibayar extended hour RM80 sejam.  Bilangan pesakit kat sini tak sampai 4 per jam (dengan kata lain, agak relax)  Jadi PKD Hulu Langat menetapkan sebilangan slot untuk pegawai KK Ampang bekerja klinik Rintis. Kalau ikut amalan ketua klinik sebelum ini (dan juga klinik Kesihatan lain), slot dibuka secara "siapa cepat dia dapat" Apa yang berlaku, pada saat aku umumkan slot tersebut, berlakunya kejadian bolot membolot slot. Ada satu geng F-A-I-N-A (5 orang), tiap-ti

Orang biasa takde layanan istimewa

Imej
kalau baca blog syedzran Poliklinik Amal Medik Kota Damansara , secara ringkasnya: Mak Dah sakit lutut sejak dua menjak ni. Setelah bincang-bincang, akhirnya aku bawa ke klinik tersebut untuk rawatan. Klinik ini dipilih sebab doktornya ialah junior masa aku sekolah Rawang, namun dari mula sampai habis sesi rawatan doktor aku memilih untuk tutup identiti aku (aku hanya dikenali sebagai "anak pesakit" sahaja) Fokus - Orang biasa takde layanan istimewa Entah, sepanjang tempoh aku membesar dan menjadi dewasa, dah banyak kali dah nampak contoh-contoh orang ambil kesempatan - gunakan orang dan pangkat untuk dapatkan kelebihan  "Suka hati la saya tak nak buat appointment. Saya kawan baik ketua klinik sini. Dia cakap boleh walk in sahaja." "Saya pakar kat hospital XXX. Kamu kena prioritikan saya dulu. Orang lain tak penting" "Saya kawan baik pemilik kedai ni. Bagilah harga member-member" Dari dulu sampai sekarang, aku sangat menyanjungi Raja Jordan, Sult

FQE Duit Dia, Dia punyalah

Imej
Lama tak tengok video FQE. Dan blog pula tiba-tiba keliru aku patut kongsi dalam blog mana satu. Dan akhirnya aku sampai pada ketetapan bahawa Stream of Thought seharusnya jadi blog untuk munasabah. Jadi video/siaran nasihat masuk sini la ye.. Setakat tarikh hari ni, aku dah 7 tahun lebih mendirikan rumahtangga sendiri. Alhamdulillah, nasihat ini antara yang aku masih pegang kuat Fokus - Duit dia, dia punyalah Dia dalam tajuk ini merujuk kepada pasangan kita. Atau lebih tepat lagi isteri sahaja.  Setelah berjayanya akad nikah, suami bertanggungjawab penuh terhadap nafkah isteri. Dalam konteks ayat ni aku merujuk kepada nafkah zahir. Ada lima keperluan isteri yang suami perlu tanggung sepenuhnya (aku pernah siarkan dulu tapi nanti cari balik): 1) makan 2) tempat tinggal 3) pakaian 4) ok aku dah lupa.. maaf.. Walaupun isteri kaya dan banyak duit, tapi perkara ini kau kena tunaikan guna duit gaji kau sendiri.. Alhamdulillah, aku dikurniakan isteri yang tak demand banyak. Tapi memang! Aku

Jangan Berhenti Memberi

Imej
 Lama tak tulis blog lama ni.. Blog ini khas untuk muhasabah la ye.. Dah agak lama aku terjumpa satu video pendek nasihat oleh One Path Network di laman sosial Facebook.  One Path Network ni NGO antarabangsa yang menyampaikan video dakwah islamiah. Sama macam FQE je sebenarnya tapi pasukan lain, video lain, penceramah tak sama. Aku tetap tertarik pada kebanyakan video tersebut, sebab masih menyampaikan mesej dakwah.. Sebelum aku sambung sembang, jom tengok dulu. Aku kongsikannya di sini.. (tak sampai seminit pun) Fokus - Jangan berhenti Memberi! Mesej nasihat utama yang ingin disampaikan oleh penceramah ini ialah Jangan Berhenti Memberi, beri saja kepada sesiapa. Sama ada layak dapat atau tak layak dapat. Beri saja.  "Kalau anda HANYA berbuat baik kepada orang DISEBABKAN dia yang (telah berbuat) baik kepada anda, jadi apa yang baiknya pasal anda?" Mendalam betul mesej ini. Secara fitrahnya aku hanya baik kepada orang yang baik kepada aku. Orang yang bermasalah, maka aku pun

Kartunis Karya Tulen

Imej
Sedang aku melayari media sosial Facebook, aku jumpa tulisan oleh seorang kartunis Gayour Gayour (ni salah seorang daripada kartunis komik Ujang, tapi aku tak minat sangat gaya lukisannya) Tapi aku setuju dengan apa yang dia tulis dalam Facebook tersebut.. Fokus - Kartunis Karya Tulen Karya Tulen maksudnya hasil karya ciptaan sendiri. Watak, jalan cerita, gaya lukis adalah idea sendiri . Sebab apa yang berlaku ialah ramai kartunis yang melukis tapi karyanya hanya sekadar fanart.  Contohnya buat komik jalan cerita sendiri tapi guna watak terkenal macam Goku (Dragon Ball), Ali (Ejen Ali), BoboiBoy (BoBoiBoy) dan superpower mereka. Kenapa buat macam tu? Alasan pertama semua orang termasuk aku ialah sebab nak berlatih melukis.  Alasan kedua yang aku rasa paling kuat orang pegang untuk kekal dengan kartun tiruan ialah populariti pantas. Misalnya komik Dragon Ball komik popular (walaupun siri asal dah habis) ada banyak fan art yang timbul sebab orang minat lukis Goku. Dan ramai pula orang su

Komik Puasa tapi langgar puasa

Imej
Cetusan idea timbul bersempena aku sertai pesta digital InkRamadan (baca coretan syedzran  Ink Ramadan 2023M/1444H )  "Dalam usaha aku buat komik Ink Ramadan ini, sempena mencari idea, aku juga tengok-tengokkan hasil karya orang lain. Ini ialah percubaan tahun kedua, setakat dua tahun ni aku baru perasan satu hakikat yang tidak menyenangkan. Itu pun setelah ada orang nyatakan isu tersebut dalam berseloroh.." Benar sungguh admin ni cakap (dia bukan pengkarya)   Fokus - komik bulan puasa tapi tentang perlanggaran puasa Langsung dari contoh (gambar) yang aku sisipkan. Setakat 2 kali aku sertai inkramadan ni dengan tema-tema harian yang berbeza, satu perkara yang aku berat hati untuk aku nyatakan.. Ramai dari peserta-peserta menghasilkan komik genre lawak edisi masing-masing. Untuk tema bulan puasa, antara yang paling hangat dipersembahkan ialah komik lawak orang tak puasa. Ada 2 implikasi yang aku tak sedap nak fikirkan: Menimbulkan satu fitnah kepada golongan bukan islam betapa

Psikologi kena TB

Imej
Baru ini, aku disahkan keputusan positif pulmonary tuberculosis. Jadi aku pergi jumpa FMS untuk pandangan (semua kes TB perlu bincang FMS untuk mulakan rawatan pun).. "How do you feel now?" " I feel better (symptomatically) if compare to last week" "That is not what i mean. I mean, how do you feel about this (psychologically)?" "(Psychologically?)" Fokus - musibah penyakit TB Aku tak pernah terfikir tentang kesan psikologi sakit TB ni sehinggalah apabila ditanya secara depan. Boleh jadi toksik jadi soalan tersebut (sebab mencetus fikiran yang bukan-bukan). Namun, dari kaca-mata seorang ketua klinik, aku rasa beliau nak pastikan aku tak terganggu secara psikologi sebab kena TB. Depression. Stress. Anxiety. Aku patut tahu kan? Aku berisiko kena TB sejak kerja klinik batuk lagi. Hari-hari berdepan dengan pesakit TB. Tambah-tambah ada perangai tak peka kesihatan (perasan sihat dan tak nak pakai mask walaupun masih dalam rawatan insentif). Tapi itul

Eksperimen Semesta 25

Baru ni aku terbaca semula perkongsian di media sosial, yang mana baca banyak kali pun tetap memberi satu hakikat yang menakutkan pada aku.. Tak acilah sekadar salin tampal je. Meh sini aku terjemah rumi (ikut kefahaman aku) Eksperimen Semesta 25 itu merupakan satu eksperimen yang menggerunkan dalam sejarah Sains. Dilakukan untuk oleh saintis untuk mengkaji respon sosial manusia apabila hidup dalam serba cukup keperluan (makan, minum dan tempat tinggal). Tapi kajian ini dibuat terhadap tikus la (takkan nak eksperimen manusia pula) "Kita manusia sentiasa meninginkan kehidupan yang ideal. Makan minum sentiasa terjaga. Rumah pun ada, senang lenang. Umpama syurga. Mesti seronok, kan?" Jadi dalam eksperimen ini, saintis amerika John Calhoun nak kaji apa yang berlaku kalau tikus diberikan syurga tersebut.  Jadi beliau mencipta "Syurga Tikus" yang mana ada banyak ruang dan banyak sumber air dan makanan diberikan kepada mereka Pada permulaan, hanya 4 pasang (8 ekor) diletak

Butterfly effect

Imej
Baru ini ketika melayari laman sosial meta, aku terjumpa seorang kawan mengongsikan kata-kata motivasi seperti berikut Secara idealnya, memang betul apa yang dinyatakan.. اڤبيلا اورڠ کمبارا کماس سيلم، مريک ريساو تنتڠ مڠوبه سسواتو ترهادڤ ماس کيني دڠن ملاکوکن سسواتو يڠ کچيل  ايمڤقڽ نامون، سيکيتڽ اورڠ يڠ فيکير بهاوا مريک بوليه اوبه ماس دڤن دڠن ملاکوکن سسواتو يڠ کچيل ڤد ماس کيني Kalau setakat ideal semata-mata, aku memang bersetuju dengan konsep tersebut - dengan melakukan sesuatu, sesuatu akan berubah pada masa mendatang.  Namun, terdapat satu perbezaan ketara di antara 2 senario tersebut.. ubah perkara silam akan menyebabkan perubahan pada masa sekarang. Perubahan tersebut ialah instant (serta-merta). Ambil contoh Back to the future, marty tak sengaja halang perjumpaan kali pertama ibu bapanya, menyebabkan (kesan) kewujudan dirinya semakin hilang kalau dia tak buat sesuatu (apatah lagi ketika waktu puncak percintaan mereka). Sebabkan dia sedar kesan tersebut, maka dia pun mula bertindak

Komen aku tentang [Wayang] Didi & Friends

Imej
Filem Didi & Friends The Movie dah keluar 23.2.2023! Disebabkan Didi & Friends secara umum ialah bertahap kanak-kanak toddler (sesuai dengan Haniya) tapi dijadikan filem agar sesuai dengan dewasa, kali ni aku ajak semua adik-beradik aku untuk tonton beramai-ramai.. Hehe, kali pertama outing ramai-ramai.. --- Ada apa dengan cerita Didi & Friends ini? --- Didi & Friends ialah sebuah siri animasi CG pendidikan kanak-kanak. Pada peringkat awalnya siri ini berupa lagu-lagu kanak-kanak versi bahasa (Bapaku pulang dari kota, Semut berkawad, dll), kemudiannya dikembangkan menjadi siri kisah nasihat.  Terbaru mereka melancarkan siri Didi Rescue Squad (2022) berkenaan Didi dan kawan-kawan dalam misi menyelamat kawan-kawan dalam pelbagai jenis kemalangan.  Tapi buat julung kalinya pasukan produksi menghasilkan Filem Pengembaraan Tersendiri..    Beberapa isi (keypoint) penting sebelum tengok Movie - bagi penonton baru Episod-episod terdahulu langsung tak menyumbang kepada babak dal

KJR

Imej
  لوݢو ڤروجيک Ya, aku masih melukis lagi dan kini berpindah ke melukis digital. Namun, aku melukis secara sampingan sebagai hobi masa lapang sahaja (bila ada kesempatan).  Karya Jawi Rumi [KJR]  adalah projek terbaru aku, projek ini mencakupi tiga siri komik yang berbeza, tapi semuanya berkongsi beberapa ciri yang sama iaitu.. Penggunaan tulisan Jawi  sebagai tulisan utama - selalunya dialog antara watak atau pun naratif. Pada mulanya aku nak buat Jawi penuh (tanpa rumi), namun realitinya semakin kurang pembaca tegar tulisan jawi (dengan kata lain, bila nampak je tulisan jawi tanpa rumi terus tak nak baca - tak pasti disebabkan malas/ego/tak pandai) maka perlunya aku sertakan juga alih-tulisan rumi.  نامون باݢي نق مڠݢالقکن جوݢ اورڠ ممباچ توليسن جاوي، سڠاج اکو ڤودرکن اليه توليسن رومي. سچارا ڤسيکولوݢيڽ، اورڠ لبيه مميليه اونتوق ممباچ مان يڠ مڽوسهکن. کالاو توليسن جاوي سربا هيتم ايت نمڤق لبيه موده باݢي مريک مک سچارا اوتوماتيکڽ مريک اکن باچ جاوي ترلبيه دهولو. Komik dakwah/nasihat  - pada awa

kontroversi PreP

Imej
Apa khabar kau kat ID (infectious disease) rotation sekarang? Mesti best kan? - tegur aku kepada seorang batchmate GCFM di KK Ampang  Takdelah. Aku dah berhenti ID dah sekarang.. Eh kenapa?  Sebab aku tak nak bersubahat dengan klien PreP dalam aktiviti mereka  Fokus - kontroversi PreP Baru ni (awal tahun), KKM dalam usaha melaksanakan program rintis, iaitu pemberian rawatan PreP kepada golongan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan HIV Golongan berisiko tinggi yang disasarkan dalam program ini ialah el-jii-bi-ty. Mereka antara yang paling terdedah kepada risiko jangkitan HIV melalui aktiviti mereka.. Rawatan HIV sebenarnya telah sedia ada dan diberikan kepada golongan suami isteri yang telah terjebak. Cuma program rintis ini membuka kepada golongan bukan suami isteri.  ---- Kebetulan jumpa dalam media sosial juga tentang hal ini Hangat dibincangkan berkenaan isu hukum pemberian PreP kepada golongan ini..  Aku faham tujuan utama KKM - nak sasarkan HIV kosong. Jadi program ini semes

blogging syedzran

Imej
Sejak 2021 ni aku beralih untuk blogging guna akaun blogspot baru - syedzran . Perihalnya blog wix yang dulu (baca entri  stream of thought 2.0 ) yang aku cuba nafas baru dulu ada masalah. Bila nak view siaran bergambar (aku post tentang komik Wanted), tapi gambar tak optimize resolution. Jadi tak jelas Sekarang orang beralih ke teknologi layari internet melalui handphone. Walaupun paparan dah gempak aku susun, tapi rupanya itu hanya desktop view sahaja. Bila 'mobile view' semua susunan ke laut ^-^! penatnya. Wix ialah produk negara jahat rupanya. Tak naklah aku guna produk mereka atau langgan apa-apa. Atas beberapa sebab tersebut, maka aku pun hentikan blogging di Wix. Tutup akaun selama-lamanya. Kemudiannya aku cuba-cuba jelajah beberapa laman web blogging yang lain (wordpress dll). Semua nampak biasa, dan tak menarik (atau aku yang tak minat).  Akhirnya aku kembali semula ke blogspot. Lepas baca-baca buku  Blogspot dalam Sehari , baru aku tahu ada cara untuk ubahsuai interfa

Cuti Umum Pun Kena Kerja..

Imej
5.2.2023 ialah hari Thaipusam. Yang mana untuk negeri Selangor ialah cuti umum. Disebabkan ia jatuh pada hari ahad, jadi isnin diberikan cuti ganti.. Yay! Dapat cuti.. ..hinggalah.. Aku dapat  mesej dari ketua.  Arahan suruh kerja hujung minggu klinik NNJ pula.. Pertamanya hakikat kena kerja ni dah ganggu rancangan isteri pergi kenduri keluarga. (Gaduh sehari pasal ni sebab terpaksa batalkan hotel mahal. Maaf ya sayang. Tapi nasib baik boleh tuntut bayaran) Keduanya, kerja hujung minggu (kebetulan cuti umum) ini takde apa-apa 'saguhati'. Kira kerja percuma untuk majikan.. yay la mereka.. Dua tiga hari sebelum tarikh ni, Isteri (dah berbaik dah) pun tanyakan berkenaan hal tersebut (isi kedua) mengingatkan aku tentang hal kecewa tersebut  Bukanlah aku gilakan duit sangat, minta tuntutan kerja lebih masa. Cuma tak senang rasanya kena turun kerja ketika orang lain bercuti. Dah tu takde apa-apa kelebihan pun berbanding kawan aku yang tak turun kerja. Elaun takde, time off pun tak da

Kerja paling susah

Imej
  Salah satu dari episod dari Siri Mina Mila (eksklusif di Durioo) yang membuat aku terkesan ialah "Ketua Pengarah Operasi" Musim 1 Episod 23 berkenaan kembar Mila Mina sedang buat kerja kursus pembentangan tentang pekerjaan. Baba mencadangkan "Ketua Pengarah Operasi" yang disandang oleh Umi mereka - sinopsis aku buat sendiri Iklan kejap - siri TV Mina Mila hanya boleh didapati di aplikasi Durioo sahaja setakat ini. Bagi menghormati hak cipta penghasil dan menghargai penat lelah mereka, maka aku memohon kepada yang berminat boleh langgan secara halal & sah melalui pautan berikut ->  iklan rasmi aplikasi Durioo   Kenapa aku terkesan? Aku dapati episod ini membawakan mesej yang sedikit unik berbanding nasihat tipikal siri TV kanak-kanak.  Ketua Pengarah Operasi  Aku setuju bidang tugas ni antara yang paling susah kalau nak dibandingkan dengan semua pekerjaan yang lain. Dah la susah nak buat.  Tempoh mula dari seawal bangun pagi, hinggalah malam.  Rehat ikut nas

Lepas hak

Imej
 Salah satu episod dari Mina Mila yang berkesan buat aku (sebab mesej nasihat tak kerap sangat. Jadi bila aku tonton episod ni aku rasa macam tak pernah dengar nasihat ini) Nota - ini hanyalah tangkap layar (screenshot). Bukan video Musim 1 Episod 18 ini berkenaan Mila seorang yang sangat menghargai barangan peribadi. Semua barangan dijaga dengan baik, sehinggakan ada rasa sayang untuk digunakan. Hinggalah pada suatu hari, Ummi menasihatkan agar memanfaatkan barang tersebut kepada yang memerlukan, Mila aku secara teragak-agak. Apatah lagi perangai Mina langsung tak menjaga barangan dengan baik. Iklan kejap - siri TV Mina Mila hanya boleh didapati di aplikasi Durioo sahaja setakat ini. Bagi menghormati hak cipta penghasil dan menghargai penat lelah mereka, maka aku memohon kepada yang berminat boleh langgan secara halal & sah melalui pautan berikut ->  iklan rasmi aplikasi Durioo   Ada banyak mesej nasihat tersurat dalam video sepanjang 7 minit ini, namun bagi aku apa yang paling

Anxieti Kerana Perangai Manusia

Dah agak lama sejak aku beli buku Psikologis Imran terbitan Iman Publication. Secara umum, aku rasa itu buku pendidikan yang baik. Dan aku tertarik dengan senario kes yang dibincangkan dalam buku tersebut. Secara ringkas.. Komik tersebut membincangkan watak Damia yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka buat video tutorial untuk kepuasan diri. Lantas masa berlalu, dia menjadi selebriti yang terkenal dan mempunyai banyak pengikut dan tontonan video. Apa yang berlaku, di sebalik keramaian yang menyokong, ada juga yang memberikan komen-komen negatif membuatkannya berasa tidak tenteram. Dia juga cemas kalau-kalau tak dapat memenuhi kehendak pengikut-pengikut yang semakin ramai.. Senario ini membuatkan aku berfikir panjang.. Fokus - Kita tak akan berjaya menggembirakan hati semua manusia..  Ada pepatah inggeris berkenaan hati manusia yang tak semuanya baik - there is always one bad apple in every bunch . Apatah lagi apabila terdapat manusia yang dengki apabila mendengki.. { وَمِن شَرِّ حَ