Kita semakin berusia..

Baru ni aku ternampak hantaran (posting) oleh seorang kawan lama, Ali. Hantaran tersebut berkenaan dia masuk hospital lagi sebab cedera. Alang-alang aku takde apa nak buat kat rumah (rumah masih takde orang rumah) jadi aku pun datang melawat..

Nasib baik hospital tersebut beri masa melawat sampai pukul 10malam, jadi aku bolehlah datang lepas habis kerja 

35 tahun, kawan sebaya masa sekolah menengah dulu, kerjaya doktor klinik persendirian. Diperihalkan dia diuji dengan pelbagai penyakit - Gout, Heart block, dyslipidemia, sports injury. Bahkan dah pernah buat pemeriksaan scope OGDS, dan colonoscopy.

Sementara lain, kawan aku yang lain, Afiq baru menjalani laparoskopik cholecystectomy (pembedahan buang hempedu sebab batu hempedu).

Sementara yang lain lagi, ramai dari kawan sekerja aku yang beritahu ada appointmen pelbagai - PSY, Cardio, neuro, ortho, Eye, Skin dll. (Bukan orang yang sama)

Satu mesej nasihat buat aku - pada kesempatan belum berpenyakit ni agar lebih menjaga kesihatan dan menjalani kehidupan sihat. Alhamdulillah, aku juga kena ditimpa beberapa penyakit (PTB, covid) tapi setakat ini takde komplikasi teruk / penyakit jangka panjang. 

Tapi itulah, kita semua ni akan sampai masa ditimpa penyakit. Kita takkan sihat sentiasa. Sekarang umur 35 tahun. Kalau ikut kajian doktor, umur 40 tahun umur purata penyakit NCD timbul. Kalau kena umur lebih awal itu Innalillah. Kalau kena umur lewat itu alhamdulillah.

Allah nak bagi peluang sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat kesihatan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)