Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

KKA Skop Kerja ED

Assalamualaikum, nama aku Syed Hazran. Jadi bermula April 2021 aku bertugas di KKA. Ini adalah sekadar diari sepanjang aku kerja di pelbagai cabang tempat tugasan dari KKA 22 Nov - 3 Dis 2022: cover ED (buat kali pertama) Istilah setempat KKA bagi ED ialah Emergency Department , bertempat di gabungan bilik 20-21 di klinik tersebut. Tapi aku lebih nampak tempat ni sebagai bilik prosedur, bilik rawatan akut, bilik pemeriksaan ECG, juga perhentian mana-mana pesakit yang perlu dihantar ke hospital secara kecemasan.  Antara pemberitahuan yang aku dapat tentang skop kerja di sini 1) Head of ED 2) acute patient care- semua patient yg masuk ED haruslah disaring oleh MO dahulu. "Ini merujuk kepada pesakit yang dihantar dari pelbagai unit di klinik: OPD, NCD, Kaunter Triage, URTI. Selalunya pesakit ni perlu rawatan akut. Selalunya bacaan tekanan (BP) atau gula tinggi yang perlukan rawatan" 3) to monitor blood taking "Staf kat sini: Pembantu Pegawai Perubatan dan jururawat, kat si