Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

[JomBaca] Urus Rumah With Hani

Imej
Jom baca! Akhirnya tercapai juga sasaran setahun x 12 buku (sebulan sebuah buku). Tak mudah juga. Tapi tak mustahil, selagi azam tersebut diniatkan kerana Allah (bukan kerana manusia). Buku ke-12 untuk tahun 2020 ialah.. Urus Rumah with Hani #kemasrumahwithhani #tipshanimasak2 #urusduitwithhani Penulis : Dr Hani Mynis  Penerbit : Puteh Press (Open Bridge) Publication  Bil halaman/ muka surat : 247 (berwarna - infografik padat - bacaan mudah faham) Deskripsi (kulit belakang) Tips kekalkan kekemasan rumah Sediakan jadual pembersihan rumah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Simpan log pembersihan untuk setiap barang yang perlu dibuat pembersihan rapi jika perlu Pastikan setiap barang ada "rumahnya". Biasakan selepas ambil barang, letak kembali barang tersebut ke "rumahnya" Buat pembersiahan sambil-sambil. Sambil memasak, basuh sekali pinggan mangkuk yang

[JomBaca] Fikah Perubatan

Imej
JomBaca! Bulan yang terakhir untuk tahun ni. Bulan lepas (november 2020) aku terlepas membaca sebab sibuk dengan kerja di hotel. Sekarang aku dah kembali bekerja biasa, maka insya-Allah, cuba capai juga sasaran 12 buah setahun (12 bulan) Buku kesebelas (ke-11), buku yang agak mendalam perbincangannya.. Fikah Perubatan Penulis Dr Harmy Mohd Yusfoo Ustaz Shamsul Kamal Abdullah Dr Rosediani Muhammad Wan Nor Ainon Wan Abdullah Penerbit - PTS Millenia publication, hasil kerjasama dengan Papisma Bil halaman/ muka surat : 292 ms Deskripsi (kulit belakang) Selagi ada manusia, selagi itulah ada penyakit. Selagi ada penyakit, selagi itulah ada yang mengubat. Kemudian selagi ada perubatan, selagi itulah fikah perubatan wujud dan berkembang Fikah perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam. Buku ini melihat bukan sahaja pada hukum-hukumnya, malahan melihat teras akidah dalam perubatan dan aturan etika mereka yang terlibat Fahami isu akidah dalam perubatan dan Islam. Antaranya Bolehkah

Projek 5912-1925

Imej
logo projek Dah lama habis lukis komik Wanted!, aku masih rindu melukis. Cuma bila fikir-fikir balik aku tak boleh nak lukis kertas lepas tu imbas & muat naik.. Tapi entah kenapa mesin pengimbas tak berfungsi lagi, manakala cubaan guna aplikasi telefon pintar tidak memberikan hasil terbaik.. Tak memuaskan.  Maka cara terakhir ialah melukis secara digital! Bersempena musim beli-belah Shopee 7.7 yang lalu, aku hadiahkan diri sendiri beli tablet melukis. Beli murah je (jenis tanpa skrin, sambung ke laptop/telefon pintar).  Mula-mula sangat kekok melukis. Berlatih sikit barulah aku bersedia untuk laksanakan  3 Pelan Karya  (sila baca penulisan tersebut untuk lebih lanjut). Cuma aku perasan sesuatu.. Budaya Tulisan Jawi  semakin pudar dalam diri masyarakat kita (yang Melayu terutamanya). Tulisan Jawi tulisan warisan budaya, tapi aku tak jumpa pun orang rancak menulis jawi. Walaupun menteri agama umum hari jumaat hari jawi. Tapi, betapa ramai orang tak ambil kisah.. Bahkan lebih rancak u

[JomBaca] Cycling Fun & Easy

Imej
Jadi bacaanku yang kesepuluh untuk tahun ni adalah bacaan santai.. sebelum JOM BACA, jap nak imbas balik serba sedikit tanda tanya aku yang relevan.. Sejak pasca PKP ni aku perasan semakin banyak orang kongsi status di laman media tentang berbasikal sebagai hobi baru. Kawan medsos, rakan kerja bahkan bekas ketua aku juga banyak berkongsikan hasil berbasikal di media sosial. Dan, adik aku sendiri pun dah lama berkecimpung dalam dunia berbasikal sejak habis sekolah lagi.. Aku ada niat nak berbasikal juga cuma tak sampai usaha lagi.. Mungkin lepas baca buku ni, aku terkesan untuk lebih aktif (melalui berbasikal)..  کوليت بوکو Cycling Fun & Easy -  A Beginner's Guide to Exploring Malaysia & Beyond Penulis  : Pepper Lim Pepper Lim is a father of two adorable children named Paprika and Saffron Lim. He lives with his family in beautiful Malaysia. He works as teacher. In his spare time, he cycle hang out with old schoolmates and runs a science club. You can find APOSL (Advocates of

[JomBaca] Muhammad ﷺ - Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan

Imej
JOM BACA! Bulan kesembilan (september), jadi buku kesembilan juga. Alhamdulillah sempat kejar sasaran.. Muhammad  ﷺ  - Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan Penulis : Dr Kamilin Jamilin Penerbit ; PiS dengan kerjasama Maktabar Dar Ar-Rakhis Bil halaman/ muka surat : 218 (saiz B5 - halaman tanpa gambar) Deskripsi (kulit belakang) - pengenalan tentang penulis Dr Kamilin bin Jamili merupakan Ahli Majlis Fatwa termuda Wilayah Persekutuan dan Perlis  kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.  Beliau merupakan pengasas Home Tahfiz DKJ Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Hadis dan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah dengan kepujian kelas perama.  Selanjutnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (M.A) di Universiti King Saud Riyadh, Arab Saudi juga dalam bidang Hadis dan berjaya merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang Peringkat Sarjan

Barok Village (AkuRasa)

Hari Ahad... tengah hari... tak tahu nak makan apa. Banyak tempat aku ragu-ragu sama ada beroperasi atau tutup. Apabila cari di google, kebetulan pula kedai ni dah mula buka. Maka inilah peluangnya..  My Village Barok #1 Kat mana kedai ni? Terletak di Waterfront, Kuching. Lebih tepat lagi, kalau anda berada di kawasan perlancongan Waterfront (sebelah selatan), kedai makan ini terletak di sebelah utara (seberang sungai) Jadi, alang-alang merasa pengalaman naik perahu tambang, boleh singgah makan di kedai ini untuk santapan. Atau, bagi yang lebih mahir ada jalan darat sebenarnya. Kena memandu jauh sikit (sebab menuju jambatan rentas sungai dan kembali semula ke lokasi yang sama.  #2 Makan di rumah kampung yang cantik Pada asalnya sebuah rumah kampung, kemudian ia diubahsuai menjadi satu restoran yang cantik. Terdapat dua aras makan (bawah dan atas). Susun atur ruang bawah adalah piawai seperti mana kedai makan). Atas terdapat ruang duduk bersila (terhad). Juga terdapat anjung terbuka unt

[JomBaca] 3-minit Fakta Ciptaan Hebat

Imej
Aku ada buat pesanan beberapa buah buku melalui belian atas talian. Buat masa ni, masih menunggu buku sampai. Sementara itu, aku cari buku santai-santai sahaja di kedai buku berhampiran. Maka jumpa buku ni.. Sebab buku ni kategori santai, aku tak kira dalam sasaran tahunan aku.. Apa-apapun, JOM BACA 3-minit Fakta Ciptaan Hebat - Makanan - Ubatan - Ciptaan yang Mengubah Sejarah Ilustrasi : FUJI Penterjemah (jika ada) : Jannah Penerbit : Kadokawa Gempak Staz Bil halaman/ muka surat : 125 (berilustrasi - berwarna penuh) Deskripsi (kulit belakang) - lebih kepada pratonton/acah tentang isi kandungan  Jalan terus atau tidak, awak akan dipanah petir!  Arus mengubah peradaban manusia? Permulaan Revolusi Politik disebabkan oleh kopi? Tahukah anda? Ciptaan hebat ini mengubah sejarah! Markah (peribadi) : 4/5 Komen (peribadi) Aku dapati buku ni menarik dijadikan sebagai rujukan santai. Ada lebih kurang 20 topik yang dibincangkan. Setiap satunya dibentangkan maklumat bertahap asas (tidak terlalu

Kalimat Yang Dibenci Allah

Imej
Bismillah. Baru-baru ni aku jumpa lagi perkongsian hadith di laman Facebook. Aku rasa bukan kali pertama dengar, tapi entah aku terasa nasihatnya begitu berkesan kali untuk diamalkan.. Nah aku kongsikan dalam ini pula.. Kalau dipandang pada nilai-muka, hadith ini jelas menggambarkan situasi apabila seorang pendosa diberi nasihat dan ditegur kesalahannya, lalu si pendosa marah-marah agar jangan diendahkannya. Kubur masing-masing.. - katanya Namun, bukan begitu tujuan Islam. Islam nak ajak manusia agar masuk syurga sama-sama seramai yang boleh. Jadi alasan kubur masing-masing tak dapat diterima. Tugas kita nak selamatkan mereka. Maka si pendosa yang enggan bertaubat bahkan marah balik si penasihat pula menjadi sesuatu yang dibenci Allah.. Baiklah demikianlah nasihatnya pada dasar nilai-muka. Tapi, pada zaman internet ini situasi yang paling hampir adalah berkaitan dengan penggunaan media sosial. Ramai pengguna bebas untuk muatnaik / tulis siaran / kongsi hampir apa saja tanpa batas. Apab

Teori Troli Beli-Belah

Imej
Baru-baru ni aku jumpa satu perkongsian di laman sosial lagi..  Yang mana aku dapatinya menarik perhatian aku. Macam selalu, aku ingin kongsikannya di sini agar tak hilang dimakan zaman pula untuk terus difikirkan lagi.  Bacaan penuh boleh rujuk laman web sini -->  https://scoop.upworthy.com/viral-shopping-cart-theory-determines-moral-character Tapi eksklusif untuk blog aku ni buat versi terjemahan la.. ----- Teori Troli Beli-Belah ----- Troli beli-belah sering didapati terutamanya di pasaraya yang besar, digunakan oleh pelanggan untuk mengumpulkan barang belian untuk dibayar di kaunter bayaran, bahkan boleh juga disorong ke tempat letak kereta untuk memindahkan barangan ke dalam kereta. Tapi troli ini juga boleh jadi satu ujian litmus muktamad terhadap seseorang untuk menguji sama ada seseorang boleh mentadbir diri sendiri (self-gorvening) atau tidak. Persoalan timbul sesudah memindah barangan ke dalam kereta.  Apa nak buat dengan troli sesudah itu?? Kembalikan semula troli ke dala

"Jangan Kutip Hutang!" - Mesej Rahsia Kisah Hassan Al-Basri

Berjumpa lagi kisah nasihat yang bermanfaat di laman Facebook. Ini bukan kali pertama aku baca kisah ni. Mesej aku dah dapat, tapi lagi baik bila dapat simpan sendiri. Sebab bacaan kedua atau ketiga pada masa akan datang akan mendatangkan mesej nasihat yang berbeza. Macam hari ni..  Pertamanya, aku salin tampal dulu kisah tersebut: PESANAN HASSAN AL-BASRI KEPADA 2 ANAKNYA: JANGAN KUTIP HUTANG! ---- [kredit kepada siaran Shariff Mustaffa yang berkongsi di laman Facebook] ----- Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Jom Kalendar Hijrah!

Imej
Salam awal Muharram 1442Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik pada tahun sebelumnya.. Jadi bersempena tahun baru ni, semestinya ada promosi tentang kalendar baru. Begitulah piawainya. Kalendar Masihi bila masuk tahun baru, adanya jualan kalendar tahun baru.. Aku yakin kalendar Cina pun sama, tak mestilah kalendar Islam pun sama.. Jadi antara promosi yang terpapar melalui suap-berita media sosial Facebook aku ialah dari laman web rasmi ProductiveMuslim sendiri. Rujuk sini untuk artikel penuh -->  [Artikel] Productive Muslim - Why Islamic Calendar Matters More Than You Think Dari bacaan artikel tersebut, menariknya sejarah suatu masa lalu terdapat cadangan untuk menetapkan "kalendar dunia" agar setiap tahun sentiasa sama. Misalnya 1 Januari sentiasa bermula pada hari isnin tak kira tahun bila, Hari Natal (25 Disember) sentiasa jatuh pada hari yang sama, tiap-tiap tahun.. Kan bagus kalau sistem kalendar sama je macam sistem jam?? Sentiasa kekal dan tak berubah. Mudah untuk beru

[JomBaca] P.K.P - Publish Komik Pertama

Imej
Bacaan buku kali ni ialah yang pertama menggunakan buku digital [e-book]. Ada buat pesanan buku, tapi tak sampai pula. Beli buku digital lebih cepat dicapai  Secara peribadi aku masih tak menggemari kaedah buku digital. Halnya aku ingin mengurangkan masa skrin (screentime) di komputer / TV / fon. Jadi, kalau baca buku digital maka tak tercapai objektif tersebut. Namun begitu, tetap tak dinafikan buku digital tetap mampu menyampaikan ilmu seperti mana buku fizikal.. Buku kelapan (ke-8) tahun ni. JOM! P.K.P! - Publish Komik Pertama #ebook Penulis - Afiq Salam Pelukis komik tempatan sejak 2010 (masih di bangku sekolah lagi katanya masa ni) Menghasilkan banyak komik tempatan : siri MISI, Pengembaraan Ali & Tuah, Detektif Fateh. Juga terlibat dalam penghasilan komik berkala dalam Majalah Dewan Siswa, Berita Harian, majalah Gempak. Penerbit  : Tak pasti. Macam terbitan sendiri. Tapi susun atur / rekaan dalaman sangat cantik dan tersusun Bil halaman/ muka surat : 57  Deskripsi (kulit bel

[JomBaca] Fotografi Gaya Mukmin

Imej
"اکو ڤراسن کالاو باچ بوکو برکنأن فکتا، کنا توليس چاتتن سيکيت بارو علمو لبيه ماسوق اڤ يڠ کيت باچ. جادي کنا بوات نوتا سيکيت٢ سمبيل ممباچ. Baiklah, buku yang ketujuh (ke-7) untuk tahun ni.. JOM  Fotografi Gaya Mukmin - Panduan Fikah Seni Foto Penulis  1) Ustaz Azhar Idrus Seorang tokoh agamawan yang dikenali ramai. Berwatakan bersahaja, menjadikan beliau disukai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda. Beliau juga menulis beberapa buah buku antaranya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat, Deme Wasap Ambe Reply, Tazkirah senafas, dan yang terbaru Jihazul Madihah (= persiapan yang terpuji) Selain berdakwah, beliau juga aktif dalam bidang fotografi.  2) Imran Burhanuddin Lepasan dipoma dalam bidang pengajian Tahfiz Al-Quran. Baru menjinakkan diri dalam bidang fotografi sejak tahun 2010 dan berminat dengan fotojurnal, potret dan kandid, serta berminat dalam bidang penulisan Menjadikan kedua-dua platform dalam menyampaikan Islam secara santa

[JomBaca] Bahasa Melayu - Kelebihan dan kekurangannya

Imej
Dah masuk bulan 8. Aku dipanggil lagi untuk menyertai barisan hadapan lantaran Kuching masih lagi zon covid yang belum reda. Jadi, jadual "membaca aku semasa rehat tengah hari" tergendala juga. Kena fikir jadual membaca di rumah pula.. Hm.. Apa-apa pun, ini buku ke-6 aku tahun ni (2020).. JOM BACA! BAHASA MELAYU - KELEBIHANNYA DAN KEKURANGANNYA بهاس ملايو کلبيهنڽ دان ککورڠنڽ Penulis : Za'ba  "Za'ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad (1875 -1973) ialah pendeta bahasa dan persuratan Melayu. Anugerah Pendeta disampaikan oleh  Menteri Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu, Dato' Abdul Razak Husin dalam Kongress Bahasa & Persuratan Melayu ketiga di Johor Bahru dan Singapura pada tahun 1956. Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang bersepadu kerana menggarap beberapa bidang sekali gus iaitu bahasa, sastera, ekonomi, agama dan politik dalam kehidupannya. Penerbit     : Akademi Jawi Malaysia

[JomBaca] Pengantar 'Ilmu Jawi

Imej
Bersempena musim Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2020) awal Julai lalu, banyak je kedai buku mempromosikan jualan buku masing-masing. Kebetulan terjumpa syarikat Akademi Jawi Malaysia dengan promosi bukunya.  Disebabkan aku agak cenderung ke arah memperkasakan Tulisan Jawi semula, tentulah tertarik nak dalami ilmu tentang Jawi.. Jadi buku kelima tahun ini ialah.. Pengantar 'Ilmu Jawi (علمو جاوي)

Yalla Yalla (AkuRasa)

Imej
Tiba-tiba nak makan makanan Timur Tengah?! Mana nak cari di Kuching ni, eh? Bila taip dalam carian google, keluarlah nama restoran ini sebagai salah satu cadangan. Jom Cuba.. Yalla Yalla Macam pengenalan tadi, restoran ni khas menyajikan menu Timur Tengah.  #1 Kat mana kedai ni?? Berhampiran bulatan Simpang Tiga (aku tak pasti penamaan ni betul atau salah, kalau salah mohon tegur ya). Laluan ke arah bangunan KWSP / Universiti Swinburne / Borneo Medical Centre (hospital). Terdapat lot kedai yang berhampiran. Maka di situ la kedainya. Cawangan lain?? Entah.

Warung Makan-makan (AkuRasa)

Imej
Warung Makan-makan Semasa aku buat carian di internet tentang tempat makan menarik di Kuching, antara yang termasuk dalam senarai ialah kedai ini. Jadi apa yang menarik kedai ni sebenarnya? Jom kita semak! #1 Kat mana lokasi? Setakat yang aku tahu, kedai ni terletak di pekan Satok. Mercu tanda (landmark) yang berhampiran ialah Bank Negara Malaysia (cawangan Kuching), Flyover Satok, Am bank, Majma Mall.  Agak dekat bagi pelawat Kuching yang menginap di sekitar Waterfront (tapi kena naik kereta la).   Dekat juga dengan Kopi O Corner.. Kalau Kopi O Corner ramai orang, boleh 'lari' pergi sini..

[JomBaca] Parent, Think!

Imej
  کوڤي ساتو^-^! کنا بَايَر اونتوق دودوق سيني ڤولا Antara salah satu usaha untuk membaca ialah tetapkan jadual (masa & tempat) membaca yang spesifik dalam sehari.. Kalau macam aku, selalunya aku pilih waktu rehat tengah hari (1-2petang) hari bekerja. Alhamdulillah, berhampiran dengan tempat kerja aku tersedia satu ruang membaca yang boleh aku luangkan masa di sana.. Kalau kat rumah (misalnya: hari cuti), aktiviti membaca langsung ke laut ^-^! Apa-apa pun, ini buku keempat (ke-4) bagi tahun 2020. JOM BACA! (walaupun sasaran masih jauh lagi, jangan mengalah) کوليت بوکو PARENT, THINK!  Kerana anak bukan sekadar anugerah, bahkan amanah Penulis :  Bonda Nor - penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspress-i (cogankata facebook) Ammar Kamilin - Abah yang suka menulis tentang psikologi anak-anak, pendidikan, inspirasi, famili (cogankata facebook) Penerbit   : Galeri Ilmu  Bil halaman : 292 muka surat Deskripsi (kulit belakang)  Kita jadi mak ayah ni

Q Nasi Kukus (AkuRasa)

Imej
Saja-saja nak cari rasa lain di Sarawak. jumpa dulu dalam laman Facebook tentang kedai makan ni.. Q Nasi Kukus - Resipi Asli Kota Bharu Pernah makan nasi kukus tak? Lebih kurang macam nasi ayam penyet juga, iaitu nasi putih disajikan dengan lauk (selalunya ayam) berempah, dan sayuran timun beserta gulai resipi kelantan + sambal cili api. Pedas tapi sedap..  #1 Kat mana nak cari kedai ni?? Berita baik buat penduduk Kuching, bahawa Nasi Kukus terdapat di sini. Secara spesifiknya Q Nasi Kukus terletak di MetroCity/Matang. iaitu sedikit di pinggiran luar bandar Kuching. Bagi pelawat Kuching yang berniat untuk pergi kawasan Santubong, lokasi MetroCity termasuk dalam haluan yang sama (maksudnya boleh la singgah kalau teringin) 

Annuar BBQ Steambot (AkuRasa)

Imej
Baru ni, tuan rumah sewa ajak makan malam bersama-sama. Jadi aku & isteri pun bersetuju untuk turut serta. Tempat pilihannya ialah Annuar BBQ Steamboat. Dah 5 tahun aku menetap (bekerja) di Sarawak, ini baru kali pertama aku datang ke sini sejak sekian lama. Dulu masa belajar di UNIMAS, pernah datang dengan kawan-kawan. Tapi lama sangat dah rupanya.. ستيسين بوات  Annuar BBQ Steambot Selalunya makanan Stimbot ini diniagakan oleh kaum Cina, jadi Annuar Steambot antara restoran stimbot pertama yang dijalankan oleh kaum Melayu. Insya-allah halal terjamin. Serta pastinya ada tag "BMF" di sini.  --- promosi di kedai sendiri, aku terjemah ke melayu-jawi ---

Potato Story (AkuRasa)

Imej
"AkuRasa ialah label khas aku untuk penulisan komen makanan/restoran. Aku bukan pengkritik hebat, tapi lebih kepada pendapat peribadi yang mana aku harap bermanfaat sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja.." ساله ساتو داري ڤلباݢاي چاوَڠن Potato Story Potato story lebih kepada sebuah gerai makanan ringan (refreshment). Sajian utamanya berasaskan "kentang goreng" (french fries). #1 Mana lokasi kedai ini? Setakat ini, aku rasa gerai ni sangat ekslusif di Borneo (Sabah & Sarawak) . Pernah aku cuba cari masa balik ke semenanjung tapi macam takde pun. Selalunya terdapat di dalam pusat membeli-belah: Emart, Vivacity, CityOne, AEON. Tak pernah jumpa sebagai kedai persendirian (standalone) dalam lot-lot kedai luar sana lagi. سڤنجڠ ماسَ ستودي اکو د اونيۏرسيتي مليسيا سراواق (٢..٧ - ٢.١٢) اکو تق ترجومڤا ڤون لاݢي ݢراي اينِ، موڠکين له دِڤرکنلکن سلڤس تمڤوه ماس

Gulai Kawah Cikda (AkuRasa)

Imej
Dah lama tinggal di Kuching, Sarawak. Terkadang nak rasa kelainan masakan pula.. Tercari-cari, maka jumpa kedai ini - baru tahu kedai ni baru buka sebenarnya.. Gulai Kawah Cikda  #1 Mana Lokasi Tempat ini?? Lebih tepat lagi di Kota Sentosa (pinggiran luar kawasan Kuching) Antara bangunan tanda (landmark) yang berhampiran ialah Restoran Serapi Corner atau Borneo House Museum. Kalau nampak dua ni, maksudnya anda dah sampai di kawasan yang aku maksudkan.   #2 Reka bentuk kedai yang tipikal Oh, kedai makan ini bukan bertujuan untuk tarik pelawat Kuching. Namun, lebih kepada nak berikan citarasa berbeza kepada penduduk setempat. Jadi isu reka bentuk & hiasan dalam bukan satu ciri penting dalam hal ni.

Secret Recipe (AkuRasa)

Imej
Tiba-tiba isteri mengidam menu chicken chop pula. Dan serta-merta terus dia mencadangkan agar makan luar di Secret Recipe.  Secret Recipe  #1 Mana Lokasi Kedai ini? Setakat tarikh 2020, terdapat banyak cawangan dan premis Secret Recipe di dalam dan luar negara Malaysia.  #2 Suasana Kedai yang Selesa Restoran ini ialah dari jenis restoran tertutup dan berhawa dingin. Terdapat sebilangan cawangan juga menyediakan ruang makan terbuka. Tapi majoriti dari premis lebih kepada ruang tertutup. Ruang makan boleh jadi berupa meja makan piawai atau sofa duduk untuk tujuan santai.  #3 Pelbagai jenis hidangan kek serta hidangan terpilih Asian & Barat ناسي کاري جڤون دان ڤوتوڠن ايم سدڤ Restoran ini tergolong dalam kategori kafe & kek. Jagi pertamanya, ia terkenal dengan pelbagai kek yang sedap. Rupanya terdapat beberapa kategori sajian kek Kek siri krim (cream) Kek siri keju (cheese) Brownies Kek edisi premium Kek segi empat (square) Selain menu kek, restoran ini juga menyediakan beberapa men

[JomBaca] Anda & Kereta

Imej
JOM BACA! Sayangnya waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) aku tak isi dengan aktiviti membaca.  Kisahnya, aku bekerja di baris hadapan. Sedikit menghadapi tekanan emosi bahawasanya aku bekerja setiap hari tanpa rehat (baca entri Diari MO KK - Baris Hadapan 1,2,3) serta bidang tugas yang agak kritikal (tak tahu menahu tentang prognosis semasa penyakit covid) jadi mood membaca memang tak datang pun. Satu lagi, bersempena musim PKP, aku terhalang pergi ke tempat membaca buku yang kondusif.. Buku ketiga untuk tahun ini (^-^! lepas ni kena baca laju sikit untuk kejar sasaran 12 buku setahun) کوليت موک بوکو دڤن Anda & Kereta   Cantik Belum Tentu Selamat Tahu hidupkan enjin dan pandu sahaja tidak memadai! Penulis      : Dato' IR Haji Mohammad bin Dalib  Beliau adalah mantan PEngarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (2008 - 2019). Kerjayanya di JPJ bermula sebagai pemeriksa kereta motor. Berpengalaman 40 tahun berkecimpung dalam pembangunan automot

Kopi O Corner (AkuRasa)

Imej
Aku rasa ramai tahu kedai ni. Sangat popular. Tersenarai antara Tempat-Mesti-Makan kalau datang melawat Kuching. Jadi apa yang menarik kedai ini sebenarnya? Jom kita tengok.. #1 Mana Lokasi Kedai ni? Setakat yang aku tahu, di bandar Satok (Kuching, Sarawak). Dalam bandar. Takde la jauh sangat. Terutamanya buat mereka yang datang Kuching jalan-jalan dan tinggal di hotel berhampiran Waterfront, aku kata restoran ni masih senang sampai lagi (kena naik kereta juga, tapi jarak tak jauh). Ada cawangan lain? Aku tak tahu.  #2 Suasana Kedai yang Moden & Hipster Yang paling ketara aku nampak ialah suasana dalaman kedai ini. Hiasan dalaman bergaya moden & hipster. Ruang makan ialah terbuka (takde pendingin hawa la maksudnya). Tapi tak rasa panas pun. Jadi tak perlu risau.  Kalau datang malam hari, adanya persembahan muzik busking di ruang makan bagi menambah suasana. [gambar]  #3 Pelbagai Gerai Masakan Seperti banyak restoran di Kuching ini, Kopi O Corner juga berkonsepkan "medan

Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19 (Pusingan 3)

Imej
Aku dengar bulan ini pusat saringan covid-19 di KBS ialah bulan terakhir.. Jadi penulisan ini mungkin catatan akhir kerjaya aku di baris hadapan.. Jom mula 1.6.2020 Isnin - cuti umum sebab hari gawai.. 2.6.2020 Selasa - rehat Pusat saringan buka separuh hari bersempena perayaan gawai. Kebetulan hari ini pasukan aku masuk petang jadi dapat la sehari lagi cuti. Yeah 3.6.2020 Rabu - swabbing team : Aku, Lee Oh ya, mulai hari ni berlaku pertukaran anggota petugas (doktor). Pasukan yang ada masuk klinik masing-masing, dan diganti pula dengan orang lain.  Team B - Aku, Natasia, Audrey Teo, Florence, Lee Chai Chin, Safarina, Azila, Lim TX* (*MC sebab kemalangan) Team A - Haziq, Zailani, Pariksit, Asri, Lynda, Shamin, Sim,  Oh ya, sebab aku seorang je lelaki dalam Team A, tiba-tiba aku jadi koordinator untuk buat agihan staf di pelbagai zon. Maka sebarangan je aku sukarela untuk buat swabbing. Oh ya, Lee Chai Chin adalah kawan aku di KKJM, kali pertama di sini. Maka aku kena ajar & seli

Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19 (Pusingan 2)

Imej
2.5.2020 Sabtu  Keputusan NP & OP swab aku pada 27.4.2020 dan 29.4.2020 ialah negatif. Disebabkan bidang kerja aku tergolong dalam kategori perkhidmatan kritikal, maka dengan segeranya perintah pelepasan dikeluarkan supaya aku dapat kembali bekerja. Cuma ahli pasukan kali ini dah berubah menjadi baru.. Geng lama tinggal kenangan je la.. Teammate : Aku, Naqib, Asri, Shamin, Lynda, Tangalakshmi, Effa Team lain : Zailani, Sulaiman, Norman, Betty, Faiz, Pariksit, Fakri 3.5.2020 Ahad - masih cuti rehat sebelum masuk kerja (Hari 1) 4.5.2020 Isnin - asymptomatic bay team : Aku, Safarina, Azila, Lim TX Panas hari ni. Nasib baik la, pesakit tak ramai. Aku kena biasakan diri balik kerja kat sini sebab dah seminggu cuti rehat. Lagi pula, pasukan dah baru. Aku kena kena berkenalan balik dengan geng kerja. Rupanya Safarina ialah kawan masa kerja HO dulu di medical posting. Kebetulan sangat jumpa balik.. Oh ya, pesakit yang aku jumpa kali ni banyak dari luar negeri (oversea); Qa