Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa

Imej
Pertama sekali aku nak membuat pernyataan bahawa penulisan berikut (diapit oleh 'penanda') dihasilkan sepenuhnya oleh Muhammad Fauzi Asmuni  (aku tak kenal) di laman Facebook bertarikh 3 Feb 2021 seperti pautan berikut -->  https://www.facebook.com/muhammadfauzi.asmuni/posts/4311814912167841 . Jadi selayaknya beliau mendapat kredit atas apa sahaja buah fikirannya.. --- Salin Tampal mula --- Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa 1. Kesibukan adalah keperluan manusia. Kita kena sibuk sama macam kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup. 2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan. 3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup kita, kita sent

[JomBaca] Sebelum Aku Bernikah - Memeluk Sempurna

Imej
Bulan ini dah agak sibuk mengemas rumah. Aku akan berpindah pulang ke kampung halaman. Jadi, kenalah mengotak barang-barang. Antara barang yang pertama masuk kotak ialah buku. Sedang kemas-kemas aku sedang tapis balik buku-buku yang ada, maka terjumpalah buku ini.. Jom baca! Buku keempat tahun 2021.. "Eh? Mana buku ketiga? Ala dah masuk kotak dah pula. Tak ingat kotak mana.. Insya-Allah habis pindah nanti aku tuliskan tentang buku ketiga.." aku beli masa sekitar nak dirikan rumah tangga Sebelum Aku Bernikah - Memeluk Sempurna Penulis : Hilal Asyraf (Pengasas LangitIlahi.com) Penerbit : PTS Bil halaman/ muka surat: 322 (susun atur halaman jenis ringan & berhias) Deskripsi (kulit belakang) "Dalam rumah tangga, lengkap melengkapi ialah resepi bahagia, hormat lahir untuk yang layak. Hendaklah kita melayakkan diri untuknya"  "Selepas kesempurnaan tiada apa-apa, indahnya Tuhan menjadikan kesempurnaan itu tidak tercapai oleh kita, lantas kita berusaha dan terus