Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

HO Arc! Episod 6

HO arc, story so far.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5 : kisah di posting O&G Episod 6 - Tagging Surgery   (25 April - 1 Mei 2013) 2nd posting ni, tagging hanya 7 hari je  (berbanding 10 hari bagi posting first timer) . Selalunya tagging ni bermula 7pagi sampai 10 malam berturut-turut tanpa cuti rehat. Namun, tagging di Surgery ni bestnya hanya 7pagi-2petang untuk hari Selasa, Khamis dan Hari Minggu (sabtu dan ahad) . selain dari itu, macam selalu je.. Dan tak ada offtag assessment pun ^-^! best pulak.. "Tapi a pa la yg aku buat sepanjang tagging ni?? Banyak main-main je. ." Dari pemerhatian aku setakat tagging ni, kerja di jabatan surgery ni lebih relax sikit jika nak dibandingkan dengan masa O&G yang lalu. Seorang HO berkemungkinan bertugas jaga 1-3 orang pesakit je, namun HO dijangka agar hafal semua maklumat pesakit serta update terbaru plan mereka (maksudnya tak boleh flip-flip case note lagi ketika present case) .. "Memang aku da

Menyimpan wang

Imej
Hari ni postcall (maksudnya oncall pada semalam harinya dan berpeluang balik awal) , sejak sekian lama akhirnya dapat juga terluang pada hari weekday .. Maka inilah peluangku untuk membuat urusan persendirian.. Kali ni aku pergi ke Bank Tabung Haji, sekadar menguruskan simpanan bulanan sebahagian dari wang gaji aku (nota - aku mengagihkan wang gaji bulanan berdasarkan pengurusan kewangan , jadi tentunya tiap-tiap bulan ada bahagian untuk bank Tabung Haji) . Dah lebih 2 bulan tak terurus sebab sibuk sangat bekerja.. kalau ikutkan ni la akaun pertama aku Tatkala menunggu giliran berurusan, aku terlihat akan sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka  (lingkungan 5-7 tahun rasanya) sedang berurusan di kaunter.. Pegawai bank sedang mengira sejumlah syiling yang disimpan oleh si anak setelah sekian lama.. "Comelnya tabung beruang pink budak tu.. Agaknya nak buka akaun baru kot"  Tengok kanak-kanak ni, sangat teruja buka buku akaun bank dengan hasil simpanan tabun

HO Arc! Episod 5

Dah hampir empat bulan dah, setakat ni Prologue  - induksi seminggu di Melaka Episod 1  - tagging O&G selama 19 hari berterusan lamanya.. Episod 2  - offtag, mula bekerja di NW15.. Episod 3 - kembali ke labour room.. Episod 4 - di wad maternity (kelas biasa) seterusnya... Episod 5 - Wad Maternity (kelas atasan)   (1 - 23 April 2013) Berlatarkan kombinasi wad obstetrik 3A, 3B dan 4B. Tapi aku lebih kerap menjaga wad 3B  (kononnya sebab aku agak senior dan hampir menamatkan posting) . Difahamkan wad 3B ni wad yang huru-hara, ditambahi adanya kubikal  OSCAR  (Obstetric Special Care ARea)  untuk pesakit yang  slightly stable  lepas keluar dari  HDW . Tapi setakat ni alhamdulillah situasi masih terkawal walaupun banyak kali aku terpaksa jaga seorang diri, malam-malam >_<! Dan Event kemuncak episod ni adalah: ketika aku nak minta signature logbook  O&G  daripada  MO  sekalian.. Susah juga berkejar-kejar ni.. Assessment dengan supervisor specialist Dr. Tan G.I dan

HO Arc! Episod 4

Prologue  - induksi seminggu di Melaka Episod 1  - tagging O&G selama 19 hari berterusan lamanya.. Episod 2  - offtag, mula bekerja di NW15.. Episod 3  - kembali ke labour room.. Kemudiannya diteruskan dengan.. Episod 4 - di wad Maternity (kelas biasa)   (6 - 31 Mac 2013) bertempat di wad 1A,  EPAU  dan 2A. Antara key-event yang menjadi kenangan ialah apabila bertugas malam di wad 2A, kena buat banci bayi neonate yang masuk ke wad 2B  (wad ni adalah SCN special care neonate, untuk bayi-bayi dari kehamilan berisiko tinggi, tujuan penjagaan rapi) "Di  O&G  aku suka kerja malam, sebab lebih bebas bekerja dengan rentak sendiri.. Tapi tenaga kerja dan sumber rujukan menjadi terhad.. lebih-lebih lagi kalau jumpa pula  MO / Specialist oncall yang tak best~" Ada sekali ni, 3 malam berturut-turut aku kerja malam. Dan esoknya kena present pada perhimpunan pagi tentang banci bayi tersebut. Aduh, jumpa la consultant Dr. Haliza tu lagi.. asyik jumpa je.. Gemuruh betul d

ikhlas

Imej
Sekali lagi, aku tertarik dengan satu komik karya Muslim's show tentang satu keikhlasan dalam beramal. Jom, sama-sama mengikut komik sisipan tersebut; Teringat aku akan satu nasihat oleh seorang ustaz (aku tak ingat dah siapa) pada suatu masa lalu, iaitu isinya; kalau buat amalan baik, sebaiknya kena "silent mode".. sama ada sebab musabab atau hikmahnya biar 'vibrate' dalam diri je..semoga diri lebih ikhlas serta tak timbul niat riak ^-^ - 18 Julai 2013 Demikianlah nasihatnya.. Iaitu amalan baik yang bersifat sunat ni sebaiknya buat diam-diam sahaja agar tampak ikhlas mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Sebaliknya, kalau ibadah fardhu (solat, puasa, zakat) tu takpe untuk show-off . Sebab itu kewajiban yang mesti tunjuk kepada semua orang..

HO Arc! Episod 3

Ringkasan yang lalu.. Prologue - induksi seminggu di Melaka Episod 1  - tagging O&G selama 19 hari berterusan lamanya.. Episod 2 - offtag, mula bekerja di NW15.. Episod 3 - kembali ke labour room   (28 Januari - 5 Mac 2013) Bulan ni adalah bertempat ni  labour room  juga mencakupi  HDW  ( high dependency ward ) untuk pesakit berisiko tinggi. Tapi sepanjang aku jaga sini aku tak ditempatkan lagi  HDW .. Mungkin sebab aku masih mentah lagi baru di posting ni.. " Dari gynae ward ke labour room >_<i ho arc: episode *4 start! "tp Siapa la jonah first day ni.. " status facebook 28 Januari 2013  (penomboran diselaraskan semula, iaitu episod *4 --> episod 3 entri ni kerana babak induksi dianggap sebagai prolog sebelum bertugas) Well, di labour room  tentulah mengendalikan kes ibu bersalin pada peringkat klimaks, iaitu proses melahirkan anak itu sendiri. Yang bestnya management plan untuk pesakit pada peringkat ni sangat tipikal. Siapa-siapa pesakit yang

HO Arc! episod 2

Kisah setakat ni.. prologue - induksi di Melaka episod 1 - tagging 19 hari di labour room dan akhirnya offtag.. Episod 2 - Offtag! Mula bertugas  (14 - 27 Januari 2013) Tugasan rasmi bermula di wad  NW15  yang mana semua kes  gynaecology  akan dimasukkan dalam wad ni. Paling gerun kat wad ni adalah ketika grand round dengan consultant (gynae) Dr. Haliza, yang mana  HO  akan kena present serta sesi soal jawab tentang pesakit / pengetahuan medic.. tekanan tinggi~ Banyak kali, dia akan marah-marah jerit sampai satu wad dengar.. Pernah sekali aku present kes tentang  DM  in (early) pregnancy.. Masa tu aku clerk ikut format student dulu.. skema dan panjang.. Lalu dikatanya aku tell a grandmother story depan khalayak ramai.. Down sebentar~ bila habis round semua kawan-kawan seperjuangan aku seolah-olah kagum dengan aku.. "wait, so just now that was considered a compliment??" Dan kemudiannya mulalah sesi oncall malam. Disebabkan aku pada masa ni paling junior, maka adanya

Solat dan kesihatan..

Imej
"Boleh tak tolong analisa keputusan darah hari ni, baru pergi check up tadi.."  Aku meneliti salinan keputusan darah FBC, RP, LFT, FBS, FSL yang diberikan.. "Hm, setakat yang saya tengok ni, Alhamdulillah, semuanya memuaskan dan dalam keadaan terkawal. Ada apa-apa yang merisaukan ke??"  "Oh ye ke? Bagus la kalau macam tu.. Nasib baiklah ikut cakap doktor dan makan ubat.."  Dari aspek sains, aku setuju bahawa penjelasan tentang proses penyakit (pathophysiology) itu selalunya berdasarkan hasil kajian saintifik yang telah dilakukan sekian lamanya. Dan subjek sains itu sendiri perlu kepada bukti fizikal (iaitu melalui hasil eksperimen dan pemerhatian / kajian yang dilakukan barulah mereka mengakui dan menyimpulkan penjelasan sesuatu fakta)..  Namun, tak semua perkara dapat dijelaskan dengan sains semata-mata.Teringat aku akan satu perkongsian oleh Muslim Show di laman media Facebook, menarik perhatian aku pada satu cara, jom ikuti komik tersebu

HO Arc! episod 1

Entri ni adalah sekadar diari, merekodkan semua pengalaman dan luahan ketika mengharungi dunia kerjaya sebagai  house officer  ( HO ). HO arc, start! Prologue - induksi di Melaka   (18 - 21 Disember 2012) seperti mana diringkaskan dalam entri  sepanjang kursus induksi Episod 1 - tagging posting  O&G   (24 Disember 2012 - 12 Januari 2013) (*juga ada diperihalkan dalam entri  tagging  dan  bad hair day ) Tagging selama 19 hari! Lokasi utama tagging ialah di  labour room. "Memang menguji kekuatan mental juga; yang mana perlunya tagging dari 7pagi sampai 10malam tanpa cuti rehat.. Maknanya aku bekerja terus dalam 19 hari tanpa rehat.. v_v alhamdulillah tak jatuh sakit.."   HO  dibahagikan kepada 4 kumpulan, aku dapat kumpulan C. Untuk tagging posting ni, perlu disiapkan beberapa prosedur. Antara memori yang sesekali ni aku perlu stay back di hospital semata-mata untuk siapkan tagging logbook. Tapi akhirnya takde perkembangan yang baik pula.. Kemudiannya bila dah s

[Lagu] Welcome

Imej
Entri ni bersifat santai je, kebetulan aku dengar salah satu lagu kegemaran ^-^! Kali ni bukan lagu nasyid / jepun, tapi lagu inggeris (antara jarang kalinya aku dengar) . Apa-apa pun, jom dengarkan lagu tersebut melalui video live sisipan ni.. Phil Collins - Welcome. Selamat mendengar~ "Aku kali pertama dengar lagu ni adalah melalui movie kartun (anime) Disney Brother Bear, iaitu babak ketika Kenai (yang disumpah menjadi beruang) mula menyertai ke kelompok beruang yang ada. Kononnya dia beralasan bahawa dia dan kumpulan beruang tersebut adalah umpama dua dunia berbeza..". Nah, aku sertakan lirik sekali..

Tidur selesa~

Imej
Entri ni lebih bersifat retrospektif lagi ^-^! tak jumpa bahan sisipan yang sesuai sehingga baru-baru ni.. Jom kita mulakan dulu dengan pencetus.. -------<imbas kembali ke suatu masa>------------ "Eh, kenapa kau selalu tidur bawah (merujuk kepada ruang tamu rumah di tingkat bawah) ? Tidur la kat atas tu.. Kau kan ada bilik sendiri?" Sejak berkerjaya doktor ni, aku lebih kerap tidur di ruang tamu rumah dengan hamparan tilam sahaja, apatah lagi mutakhir ni di posting perubatan, hampir setiap hari dikatakan aku tidur di bawah saja. Tentunya keadaan tersebut menimbulkan tanda tanya kepada semua ahli keluarga aku.. (tambah lagi dengan perwatakan  aku yang pendiam  membuatkan segalanya serba misteri) . Akhirnya aku terjumpa satu perkongsian menarik dari Muslim's Show, yang mana aku kira boleh aku sisipkan sebagai jawapan terhadap persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya.. Jom tengok sedutan babak berikut; راماي مڽڠکا باݢوسڽ داڤت تيدور تيلم سليسا.. بنرکه؟

Game retro

Imej
(Nota - entri ni bersifat santai, lebih berkenaan game retro suatu masa dulu ^-^) "WiFi dah ada ke belum?" - tanyaku sebaik sahaja pulang bekerja  "Tak ada.."   Sejak kebelakangan ni, rumah aku takde WiFi sebab modem dek kilat petir mutakhir ni. Jadi kesannya, bila balik kerja tu tak tau nak buat apa pulak ^-^! Pada kala kebosanan ni, buatku teringat akan satu hobi aku dan Nawar (adik kandung aku) terutamanya masa kecil dulu-dulu - main game 2-player "Jom main Bare knuckle.." Ya, pada satu masa dulu aku dan adik memang kamceng dan selalu main game bersama. Antara game kegemaran kami dulu dan kini ialah; (1) Siri Bare Knuckle (JAPAN) / Street of Rage (ENGLISH)  Game ni adalah dari genre Beat'em up (Action), berkisar tentang sekumpulan penegak keadilan yang menentang organisasi jahat. Ada 3 siri game ni, yang mana pengakhiran tetap menentang boss jahat Mr. X "Kalau masa kecik-kecik dulu, objektif main adalah supaya menang (maka s

Trust

Imej
Baik, entri kali ni topik serius sikit walaupun activating story lebih kepada retrospektif.. Jom tengok situasinya.. Ada seorang sahabat ni aku kenal dah bertahun lamanya. Sepanjang perkenalan kami memang sungguh eventful - ada masanya kami tolong-menolong di saat memerlukan dan ada masanya juga kami bergaduh dan sakitkan hati sesama sendiri. (Nota - UMUMNYA setiap kali bergaduh pastinya aku rasa bersalah dan kalau boleh tak nak lagi sakitkan hati berulang kali. . jadi untuk tujuan tersebut, aku bertindak membina jurang agar tak terlalu rapat sangat --> tak nak berlaku gaduh lagi..). Tapi apa yang berlaku ialah.. "Syed, aku nak minta tolong ni boleh tak??"

Recovery time from stress

Imej
Sebagai permulaan, ingin sekali aku guna semula karya aku dalam entri  defence mechanism  to stress.. jenis-jenis reaksi terhadap tekanan (idea berdasarkan Oxford Psychiatry Book 3rd edition) Cuma persoalan yang ingin ditimbulkan dalam entri kali ni ialah: "Tak kira la apa jenis reaksi yang kita selalu tunjukkan ketika menghadapi sesuatu stress, namun berapa lamakah kita akan berada dalam mood sedemikian dan berapa lamakah yang kita perlukan untuk recover dan tenang diri?"  Fokus - Recovery time Aku rasa setiap orang pastinya berbeza dalam menangani sesuatu stress, dan masa yang diperlukan untuk kembali pulih juga pastinya berbeza. Selalu aku dengar akan kata-kata di saat seseorang menghadapi stress, kawan-kawan yang memahami akan berkata.. "Leave him alone, let him have his time..." Dan aku juga, tidak lari dari hakikat tersebut. Aku juga menghadapi stress dalam kehidupan dan juga memerlukan masa untuk recover bagi setiap jenis stress (gaduh/ fail ex

Goofy movie

Entri kali ni hanya santai semata-mata berkenaan salah satu kartun (movie) kegemaran, bagi aku padanya terdapat mesej nasihat untuk diri sendiri sempena konflik yang berlaku terbaru ni.. Semoga mesej ni juga boleh memberi kesan kepada sahabat handai yang menghadapi situasi yang sama, suatu masa akan datang... Insya-Allah~ Aku pasti ramai sangat kenal dengan watak Disney bernama Goofy. Umumnya dalam trio Mickey-Donald-Goofy, watak ni digambarkan sebagai seorang pelawak, clumsy serta pendek akal yang sering membuatkan penonton geli hati dengan telatah yang ditunjukkan. Namun, bukanlah aksi lucu tersebut yang ingin aku kemukakan.. Aku begitu tertarik dengan filem solo Goofy ni yang bertajuk The Goofy Movie.. Ia berkisar tentang anaknya Max yang kian membesar remaja, kononnya ingin meluangkan masa sebagai remaja. Mengikuti aktivti anak muda (jamming, party etc) dan malah mempunyai teman wanita sendiri.. Namun konflik berlaku melibatkan salah faham si ayah terhadap anaknya. Yang ma

Introvert

Imej
Baru-baru ni aku tertarik dengan salah satu perkongsian di laman sosial Facebook, maka sekali lagi ingin aku kongsikannya dalam blog ni juga --> lihat gambar sisipan Fokus - aku seorang introvert Kalau diamati penjelasan yang diberi dalam gambar sisipan, aku dapat rasakan ada benarnya penjelasan tersebut. Aku akui diri sendiri adalah seorang yang introvert. Mungkin penemuan ini dapat menjelaskan perangai aku yang selama ini menjadi misteri bagi khalayak ramai.. Situasi A Suatu masa di universiti dulu, apabila hang out dan makan malam beramai-ramai kat kedai makan, aku tetap akan ambil masa bersendirian.. "Jom makan kat Am Junction?!" - ajak seorang sahabat "Boleh, tapi aku nak pergi sendiri (naik motor) eh .." "Ala, jomlah naik kereta sekali, bukannya kereta penuh pun.." - ajak seorang kawan lain yang turut serta  "Err.. aku ada nak singgah tempat lain jugak la masa balik nanti.." <-- alasan yang sering digunakan..  T

Lampu kepala

Imej
"Ok, we got a miner in our ward here.." - superboss B "Doktor, doktor ni macam penoreh getah pulak.." - staf jururawat "Kau ni macam nak masuk gua ke apa aku tengok.." - rakan sekerja  "Kau ingat pakai benda tu, boleh scan patient eh?" - boss "Kau ni siang-siang pun nak bersuluh jugak.." - boss A  "Siap berlampu lagi doktor ni? Gelap sangat ke..?" - pesakit  Fokus - Head-torch, on!  Pada masa kecilku dulu, selalu aku digambarkan bahawa perwatakan doktor akan diiringi dengan lampu suluh kepala.. Rasionalnya lampu ni akan membantu prosedur-prosedur yang dijalankan di wad.. Namun, realiti hari ni, aku tak jumpa pun pula perwatakan tersebut.. "Takpe lah, biar la aku mulakan revolusi ni dulu.. ^-^! Pada mulanya aku tak terlintas untuk memulakan penggunaan lampu suluh kepala ni disebabkan anggapan teknologi sekarang sudah serba cukup dengan lampu di wad-wad.. Namun, tanggapan tersebut aku terlalu naif.. Maka se

jurang sosial

Situasi 1 Ketika aku mendarat di Kuching sempena sidang konvokesyen, kelihatan adanya keluarga angkat aku menyambut ketibaan aku.. (nota - sedikit penjelasan tentang aku dan keluarga angkat ni boleh didapati di entri  bertemu dan berpisah ) "CIKGU!! CIKGU!!" panggil si anak muda dari jauh lagi dengannya nyaringnya "Aih, iboh panggil kamek 'cikgu'.. kamek sikda mengajar kitak lagi, nak? (translate = eh, jangan panggil saya 'cikgu'. Saya dah tak ajar kamu lagi, kan?)  ^-^! dah la panggil kuat-kuat pulak tu. Habis satu airport dengar" jelasku pantas.. "Kenak sik boleh (Kenapa tak boleh) ?" - tanyanya keliru "Senangnya kamek datang tuk sebagai kawan ja boleh sik? (ringkasnya saya datang ni sebagai kawan je, boleh?) "  Situasi 2 situasi berlainan yang berlaku berhampiran dengan kawasan bandar bila mana aku outing untuk shopping, kebetulan pula jumpa pekerja hospital yang dikenali lalu.. "eh, doktor! Doktor nak pergi

Sempena hari konvo

Imej
Nota - Entri ni bersifat retrospektif, sempena hari konvokesyen UNIMAS pada 9 November 2013. Dalam entri ni ada 2 fokus utama.. Fokus A - Hari konvo, hari gembira buat semua ^-^ Re-post luahan diari vol11 (2012) .. Akhirnya dah sampai giliran aku dan kawan-kawan supplement untuk konvokesyen. Oleh sebab tahun lepas, habis exam supplement terus esok konvo, maka aku dan kawan senasib terpaksa sertai konvo 2013 pula.. (rujuk entri  sebelum induksi  untuk ulasan serba ringkas) "Tak kisah la konvo mana-mana pun, yang pentingnya masing-masing berjaya tamatkan pelajaran dengan jayanya ^-^  Pada kala aku melangkah masuk berarak ke dalam dewan sidang, dapatku lihat para ibu bapa telah pun duduk di barisan tetamu yang hadir. Setiap pasangan mempunyai latar belakang yang pelbagai (dari keluarga yang elit dan berada sehinggalah yang miskin lagi sederhana) , namun aku yakin tiap satunya pastinya nampak sinar kebanggaan terhadap hari berbahagia si anak masing-masing.. Melihatkan keadaa

Harvest Moon: Back to Nature [PS]

Imej
Catatan kemaskini 3.3.2019 - tulis komen yang lebih panjang lebar tentang game tersebut --- blog, mula! --- Hmm.. Gaji Ogos dah digunakan beli handphone baru.. Walaupun masih berbaki positif sebelum gaji September, namun aku perlu berhati-hati agar tak berbelanja boros lagi.. ^-^! maka, banyak hari rehat aku telah diluangkan dengan berehat saja di rumah. Nasib baik la ada game untuk dimainkan.. Logo Rasmi siri game ini Harvest Moon (HM) adalah game dari genre simulasi kehidupan terbitan syarikat Natsume. Game ini bertemakan alam pertanian dan perternakan. Terdapat banyak siri keluaran mencakupi pelbagai platform (konsol) game, namun plot utama masih lebih kurang sama - iaitu pemain diberi satu tempoh masa untuk mengusahakan satu ladang yang sudah terbengkalai menjadi satu ladang yang hidup dan meriah. Seperti yang aku kata, game ini terdapat beberapa keluaran game ini, boleh semak semuanya di laman web berikut ->  [Wikia] Senarai Semua Game Harvest Moon . PENGAKUAN

Dresscode

Imej
(Nota - entri ni juga bersifat retrospektif, iaitu sempena suatu babak rawak yang berlaku pada suatu masa lalu..) Nota kemaskini 14.7.2020 - kemasan semula mengikut templat terbaru. Banyak frasa/istilah di-'melayu'kan semula --- Blog, mula! --- ڤماکايان اکو کتيکَ اکتيۏيتي سوسيال بياس Kau kerja doktor eh sekarang? Tapi kenapa pakaian kau tak menggambarkan imej doktor pun - watak A Dah jadi doktor ni, kena la smart! Jaga imej sikit, baru la orang hormat kau.. - watak V (So maksudnya aku tak boleh pakai sesuka hati la?)   - balasku dalam diam Demikianlah antara teguran / nasihat yang aku terima berkenaan kod pakaian ni, terutamanya ketika pertemuan sosial (pergi makan-makan, ajak tengok wayang, minum malam, orang datang berziarah dan lain-lain) Bila difikir secara baik, mereka menginginkan aku menjaga imej kerjaya aku dengan berpakaian kemas & smart. Tapi aku mempunyai pendirian berbeza dalam hal sebegini.. Fokus - kod pakaian (dresscode) Sepanjang hari bekerja, aku m

Tolong orang

Imej
Nota - Entri ni juga bersifat retrospektif, iaitu telah pun berlalu beberapa hari lepas dari tarikh entri ditulis ni. sekadar untuk dijadikan renungan dan panduan diri (dan pembaca lain) untuk masa hadapan.. -------------------------------------------<mula imbas kembali>------------------------------------------- "Syed, hari ni kau *S1 kan? (*s1 merujuk kepada jadual kerja shift-1 iaitu dari 7am-4pm --> balik awal) . Aku nak minta tolong kau ganti aku S2 (7am-4pm-10pm--> balik dah malam hari) hari ni boleh? aku ada assessment la esok, takut takde masa nak studi nanti.." pinta seorang rakan sekerja pada jam 10 pagi Trigger! [Sempena bertugas di acute cubicle minggu ni, aku memang penat dan mentally exhausted! Tension headache semua pun ada.. dan kebetulan jadual aku minggu ni banyak s1 jadi niatnya aku nak selalu tidur seawal 10malam dan bangun 5pagi agar terus produktif.. Jadi apakah respon yang patut aku berikan??] a) tolong ganti dia kerja s2 hari ni

Sempena kelahiran baru..

Imej
Hari (tarikh) ni aku melawat kakak di hospital, sempena kelahiran anak buahku yang ke-4 (sebelum ni adanya ahmad, azalea dan zikri jumlah dari keluarga kakak dan abang) . Dan kali ni kakakku selamat melahirkan anak yang ke-3 iaitu seorang puteri pula.. ^-^! Alhamdulillah~ "Jiwa baru ni dilahirkan secara spontaneous vaginal delivery (SVD) pada pukul 10.16 pagi, 17 Oktober 2013. Setakat (tarikh) ni, nama si puteri ni masih belum diumumkan secara rasmi lagi.."  Aku dapati pada setiap kali adanya kelahiran baru pastinya akan timbul harapan pada ahli keluarga terdekat. Dapat dirasakan tiap-tiap diri akan memohon (berdoa) agar jiwa ni membesar sihat dan kuat menghadapi dugaan dunia kelak.. "Semoga membesar sihat dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara." Dan terhadap diri aku juga, walaupun aku dan si anak kecil ni takde kaitan rapat (kecuali sebagai anak buah je) namun kelahirannya memberi impak positif terhadap diri (pada cara aku juga perl

Kisah OHCM

Imej
Aku dapati ketika bertugas di 'acute cubicle ' prestasi kerjaya aku teruk. Tekanan kerja dirasai tatkala sejarah pesakit yang kompleks dan panjang lagi pula keadaan pesakit yang tak stabil, boss yang demanding... Sememang hari-hari berlalu itu bukannya hari yang gembira dan tenang. Namun.. " Terima kasih doktor sebab 'jaga' ayah saya " - ucap seorang waris yang datang melawat ketika mana mereka minta update keadaan pesakit " (Tapi sebenarnya aku bukannya buat apa-apa pun, sekadar kuli yang rujuk kepada pelbagai department, ambil darah, tanya khabar dan lain-lain yang tak berkaitan dengan merawat pesakit secara langsung ) " - bisik hatiku sambil down dengan prestasi yang tak memberangsangkan.. Seraya hal ini mengingatkan aku tentang suatu kisah dari buku OHCM. . (Nota - OHCM adalah singkatan bagi Oxford Handbook of Clinical Medicine, salah satu buku rujukan ketika pelajar dulu) Maka jom aku kongsikannya di sini; "A man cut his hand a

Hutang-piutang

Imej
"Assalamualaikum Syed.. Aku baru lepas bank-in last payment 200. Harap maafkan aku kalau menyusahkan semua urusan jual beli ini. Semoga persahabatan kita berkekalan.. Terima kasih kerana percayakan aku.." - mesej bertarikh 30.9.2013 daripada seorang sahabat  [retrospective entry] - was informed by friend AZ that he just completed his bank-in payment - noted and transfer verified in the bank account - all details double check and documented plan : off business interaction.. by : SH What was the start of all this? Jom, kita imbau sejenak ke satu tempoh masa tak lama dulu.. ---------------------------------------------<flashback start!>--------------------------------------------- motor aku ketika studi di UNIMAS dulu "Syed, aku dengar kau nak jual motor Ego kau tu, kan? Berapa kau nak jual??" - tanya seorang sahabat menjelang hari-hari akhir aku di UNIMAS setelah lulus peperiksaan Setelah berunding harga, akhirnya aku dan dia bersetuju untuk

Pergi tak kembali (2)

(nota - entri ini adalah bersempena hari pemergian bonda tercinta pada 12 Oktober 2008 *dalam entri  pergi tak kembali  pun dah diceritakan hal ni.. ) "Doktor, boleh tak saya nak bawa balik bapa saya ni? Saya tengok bapa saya dah nazak sangat ni ", tanya seorang ahli keluarga pesakit "Boleh tu boleh, tapi encik kena sign borang AOR discharge ni ye.."  - balas MO, diiringi aku sebagai HO yang menjaga pesakit tersebut Demikianlah antara adegan yang berlaku hari ni ketika aku bertugas di acute cubicle. Diperihalkan aku bertugas menjaga seorang pesakit ni, asalnya masuk ke wad atas masalah yang biasa je; muntah-muntah, namun entah macam mana pesakit ni jadi semakin teruk dan kritikal. Dan sampai ke tarikh entri ni, dia dah berada dalam keadaan nazak, seolah hanya tunggu masa je untuk 'pergi' kembali ke rahmatullah.. Sepanjang saat-saat akhir sebelum pulang ke rumah, aku lihat keadaannya memang dah makin teruk. Pesakit mengerang kesakitan dan semakin hilan

Supportive

Imej
"Tak suka betul aku dengan si P tu.. Dah sebulan kat wad lain takkan la satu apa pun tak tau lagi.. "  "si P tu pentingkan diri sendiri betul la.. Asyik buat kerja sendiri je, bukannya nak tolong orang lain..dah tu orang lain pula kena cover untuk dia.."   "aih, kerja sorang-sorang ke doktor?? mana kawan (si P) tu? Missing in action ke?? "  Demikianlah antara tohmahan terhadap seorang kawan sekerja aku ni.   Eh kejap, siapa si P ni??  "si P ni adalah houseman  first poster , tapi dah melalui posting medical ni setidaknya 2 bulan pengalaman berbanding dengan aku. Dari pemerhatian aku, dia seorang yang masih blur, low self-esteem tapi mementingkan diri sendiri sikit. Dan ditakdirkan aku bekerja shift berdua je dengannya sepanjang bekerja di wad perubatan SW26 sejak posting kali ni.. ^-^! Aiseh, struggle la juga aku menghadapi hari-hari oncall bersamanya, banyak tugasan aku kena cover untuknya juga.." masa on call, dia lebih banyak mas