Solat dan kesihatan..

"Boleh tak tolong analisa keputusan darah hari ni, baru pergi check up tadi.." 
Aku meneliti salinan keputusan darah FBC, RP, LFT, FBS, FSL yang diberikan..
"Hm, setakat yang saya tengok ni, Alhamdulillah, semuanya memuaskan dan dalam keadaan terkawal. Ada apa-apa yang merisaukan ke??" 
"Oh ye ke? Bagus la kalau macam tu.. Nasib baiklah ikut cakap doktor dan makan ubat.." 
Dari aspek sains, aku setuju bahawa penjelasan tentang proses penyakit (pathophysiology) itu selalunya berdasarkan hasil kajian saintifik yang telah dilakukan sekian lamanya. Dan subjek sains itu sendiri perlu kepada bukti fizikal (iaitu melalui hasil eksperimen dan pemerhatian / kajian yang dilakukan barulah mereka mengakui dan menyimpulkan penjelasan sesuatu fakta).. 

Namun, tak semua perkara dapat dijelaskan dengan sains semata-mata.Teringat aku akan satu perkongsian oleh Muslim Show di laman media Facebook, menarik perhatian aku pada satu cara, jom ikuti komik tersebut di bawah ni:


Komik Strip MuslimShow kali ni mengemukan persoalan kaitan Wudhu' dan solat terhadap kesihatan yang mana kedua-duanya mempunyai pengaruh yang baik terhadap kesihatan.. Namun, betapa benarkah persoalan tersebut..? 

Fokus A - impak solat terhadap kesihatan
Suatu masa ketika aku bertugas AJK Penerbitan risalah surau UNIMAS dulu, aku turut memuatkan artikel tentang hikmah rukun solat dari aspek sains kesihatan. Misalnya secara ringkas:
  • Berdiri betul melatih kekuatan tulang pada kaki untuk menerima dan menampung beban tubuh. Hal ini kerana penyusutan kepadatan pada pangkal tulang paha sering terjadi pada usia tua. Proses degenerative ini menjadi penyebab kepada retakan osteoporosis. Pada usia yang lanjut, proses katabolisme lebih mudah berlaku & menyebabkan tulang lebih mudah rapuh. Tulang belakang warga tua kelihatan lebih membongkok, vertebra menjadi lemah & memendek sehingga kita boleh lihat warga tua menjadi lebih rendah berbanding ketika mudanya.
“Bone also adapts to the stresses imposed upon it, and at any particular site cortical & trabecular thickness will be greatest in trajectories of highest stress” - Wollf's Law of bone formation and resorption
  • Rukuk Didapati menjaga kesempurnaan fungsi tulang belakang dengan mengurangkan tekanan antara tulang belakang (vertebrae). Rukuk juga merenggangkan ruas antara tulang  dengan memanipulasi saliran ‘cerebrospinal fluid’ (CSF)  (Secara biokimia terdapat sejenis hormon ‘Endogenous morphine’ yang bertindakbalas memberikan perasaan tenang & menghilangkan rasa sakit pada badan. Hormon ini memiliki kesan 1000 kali ganda hormon sintetik. Hormon ini banyak terdapat di ‘cerebrospinal fluid’)  Rukuk membantu pengedaran hormon ini ke setiap bahagian tubuh.
kebetulan ke ni??

  • Sujud pula melibatkan posisi Tredelenburg iaitu mengaplikasikan kelebihan seperti meningkatkan jaminan aliran darah ke kepala, kandungan O2, seterusnya melancarkn metabolism dalam otak. Selain itu, posisi ni memudahkan pengembalian darah ke jantung (jaminan aliran darah dari saluran vena di otak). Kekuatan contraction & degupan jantung meningkat, mengelakkan terjadinya stroke.

Demikianlah antara sedikit yang dapat aku selitkan dalam entri ni.. (sedangkan kajian tentang hikmah solat ni mampu mencecah ratusan muka surat buku, tentunya aku tak terdaya nak muatkan semuanya ^-^!)
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena (pen), dan segala lautan menjadi tinta (dakwat untuk menulis), dengan dibantu lagi tujuh lautan sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Surah Luqman 31:27)
Wallahu a'lam. Allahu akbar~

Other stream of thought
  • satu Qiblat yang sama - menyentuh sedikit tentang solat jemaah dan hikmahnya
  • Kerja-X-Puasa - tentang hikmah/ rasional bilangan rakaat solat fardhu
  • Solat 5 waktu - sejarah difardhukan solat 5 waktu
  • Fokus B tentang wudhu' --> to be continued in other entry ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)