Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

[Jom Baca] Apa Lagi Cina Mahu...

Imej
Dah lama tak tulis tentang Jom Baca.. جوم باچ اداله ساتو سيکشين دالم بلوݢ اکو تنتڠ بوکو٢ يڠ اکو سبوت سڤنجڠ ٧ تاهون اکو توليس بلوݢ اين. ادا تاجوق بوکو سکدر سبوت٢ سهاج، دان ادا جوݢ ڤنوليسن تنتڠ ريۏيو بوکو. جمڤوتله تيڠوق سنديري Antara azam tahun ini ialah membaca buku; kira-kira sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal  (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital) "Baru-baru ini aku ada tonton video tazkirah oleh Firdaus Wong Wai Hung. Beliau adalah mualaf yang semakin aktif berdakwah & mengembangkan islam. Dengarnya beliau juga berguru dengan Dr Zakir Naik, pendakwah yang giat mengembangkan Islam.. " Jadi aku tertarik dengan cara penyampaian tazkirahnya. Kebetulan beliau ada menerbitkan buku, membuatkan aku berminat nak beli.. نامون اکو امبيل ماس لام سديکيت نق هابيس باچ بوکو اين سبب اد اونصور سجره يڠ باڽق، سڤاروه ايسي کندوڠن برکيسر سجاره چينا. ادوه، اکو لمبت سرڤ سيکيت

Apa dosa anjing?

Imej
Kebetulan jumpa satu nasihat menarik di laman media Facebook. Macam biasa, tak nak hilang kena cepat salin masuk sini.. Pertamanya, kredit kepada penulis asal di laman Facebook beserta gambar-siaran (photo post) asalnya -->  [Facebook] Hujan Panas --- sesi salin tampal --- nota - untuk dalam blog ini, aku kemaskan sikit (letak perenggan, skemakan ejaan dll) gambar juga diambil dari  [Facebook] Hujan Panas Untuk Melayu yang selalu perasan mulia, baca dan hadam lah.... Suatu ketika ulama sufi Abu Yazid al-Busthami sedang berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan ke arahnya. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya khuatir tersentuh anjing yang najis itu. Spontan anjing itu berhenti dan memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya,

Tapak Rafflesia Kg Begu

Imej
Baru ni, isteri terbaca di media  [Facebook] Begu Heroes Guide tentang bunga pakma telah berkembang mekar sejak beberapa hari lalu. Oleh sebab itu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk datang tengok dan bergambar.. اکو تق برکسمڤتن اونتوق تيڠوق بوڠا ڤکما لاݢي سبلوم اون. دولو ڤرنه اد کاون اجق داکي ݢونوڠ ݢاديڠ سمبيل تيڠوق بوڠا ترسبوت تاڤي اکو کبتولن باليق سمننجوڠ ڤولا. لڠسوڠ ترلڤس ڤلواڠ.. ڤتا تريڤ کالي اين Maka kali ni, aku pun setuju untuk road trip lagi (tapi balik hari saja). Jarak perjalanan ada dalam lingkungan 49km dari bandar Kuching. Kalau tengok Google Maps, terdapat laluan jauh sikit tapi 'jalan besar'. sepanjang perjalan dari bandar ke destinasi, berkemungkinan akan melalui beberapa tempat daya tarikan lain (bergantung pada laluan) Kalau guna jalan besar memintas Bandar Siburan --> boleh singgah Taman Buaya Jong ( Jong's Crododile Farm ) Tapi kalau keluar simpang awal di Kota Padawan dan ambil 'jalan dalam' --> akan melalui Taman Negara

Jalan Menuju Hafaz

Imej
Nota kemaskini 5.9.2020 - disuaikan ikut format templat yang baru ---- [BLOG MULA DI SINI] ---- Saja aku bertegur sapa dengan seorang sahabat matrikulasi dulu, melalui Facebooknya dia sedang berkongsi terjemahan Al-Quran satu hari satu ayat (Aku sangat menyokong usahanya sudah melangkau bulan ramadhan ^-^)  dan surah pilihannya Surah Al-Waqi'ah (bukan surah kategori panjang contoh Al-Baqarah, dan bukan juga kategori surah lazim juzuk 30) jadi aku sangka, dia sedang menghafaz ayat surah tersebut. Tapi sangkaanku meleset sebab dia menafikan.. Sebab apa aku sangkanya begitu ? --> Jom baca lagi kenapa.. Tiba-tiba dia minta tips untuk hafaz Al-Qur'an. Maka tergeraklah hati aku untuk berkongsi tips sedikit sebanyak.. Pertamanya aku kena akui, aku belum menghafaz Al-Quran lagi. Tapi sasaran aku 1 tahun 1 juzuk. Jadi dalam umur 60 tahun (30 tahun dari sekarang) , insyaAllah aku cuba hafaz. Doakan aku ya semua.. Salah satu Azam Tahun 2019 ini ialah menghafaz juzuk amma' (

[Resepi] Mee Jawa Nyonya Penang

Imej
Tiba-tiba teringin nak makan Mee Jawa. Kebetulan ada bahan mentah di dapur lagi, boleh la masak sendiri.. --- [Resepi] Mee Jawa Nyonya Penang --- Bahan-bahan (sajian : 2 orang) Bahan tumis (Rencah blender) -  Kisar (blend) bahan berikut sehingga hancur Bawang besar - sebiji Bawang putih - 5 biji Halia - sikit Cili kering (yang telah dibuang biji & direndam air panas) - 20 biji Bahan-bahan lain Mee kuning  (1 bungkus)  - Rebus mee dan tuskan air Salad Cili merah - (hirisan kecil) Bawang merah - hirisan kecil Limau nipis - 1-2 biji Telur (rebus) -1-2 biji 3 Sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) Halia Daging Udang Sos Tomato - secukupnya Sup Tomato - 3 sudu Air - secukupnya Garam, gula - secukupnya Penyediaan Daging --> stok air daging Daging direbus daging berserta 3 sekawan (kayu manis + bunga cengkih + bunga lawang) + halia Tuskan daging tapi simpan airnya ( = air stok daging) Penyediaan Udang --> st

Komen aku tentang game DQXI

Imej
Entri kali ini bersifat santai. Jom sembang game.. "Baru ni aku main genre RPG di PS4 lagi (Aku memang suka main RPG sebab? Baca entri ini --> Komen aku Game Earthbound [Snes] ) . Teringan nak main RPG jenis tradisional (iaitu RPG yang masih mengamalkan sistem giliran ketika bertempur musuh)  sebab dah lama tak main. Kali terakhir ialah game Persona 5. Jadi sedang aku 'semak-imbas' (survey) secara online, aku jumpa promosi hebat untuk ahli PSN (diskaun 50%)  bagi game ini. Jadi aku pun belilah untuk mencuba.." Dragon Quest XI : Echoes of An Elusive Age (lepas ini aku guna ringkasan DQ11) Jom tengok trailer dulu, sebagai pengenalan buat semua.. "Untuk siri game Dragon Quest (DQ), aku pernah main DQ8 dulu di PS2 (main pada tahun 2005/2006 macam tu) tapi tak habis sebab susah dan aku selalu masuk asrama/kolej bagai >_<! Jadi terhenti begitu saja. Pernah main DQ Builder (siri sampingan) , dan aku dapati agak menarik perhatian juga.. Jadi DQ11