Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

[Jom Baca] Bencana 20:20

Imej
Antara azam tahun ini ialah membaca buku fizikal; kira-kira sebuah buku dalam sebulan. Sekarang ini (tarikh entri ini) dah bulan lapan, sepatutnya kena capai lapan (8) buah buku dah tapi aku baru selesai enam (6) buah ^-^! huhu, tak boleh jadi ni. Ada 4 bulan lagi sebelum tamat tahun ini.. Jadi buku yang ketujuh ialah.. Bencana 20:20 "Masa tulis ulasan ini, baru aku perasan nama tajuk buku ini tidak merujuk kepada tahun 2020, tapi mungkin memberi idea 20 tanda, 20 amaran hari kiamat.." Penulis : Hadi Fayyadh Penterjemah (jika ada) - tiada Penerbit : Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd Bil halaman/ muka surat : 316  بوکو برساءيزسدرهان دان ترداڤت هالمن برݢمبر هيتم ڤوتيه، جادي باچأن جادي چڤت دان ڤنتس سبنرڽ Deskripsi (kulit belakang) Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku, benarkah kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam Al-Mahdi? Bibit-biti kemunculannya dilihat semakin kencang? Apakah kita sedar bahawa tentera Dajal seramai 70,000 itu

Gambar atau Ilmu

Imej
Karangan yang sedikit retrospektif. Sebab 2 minggu lebih dah berlalu sejak peristiwa tersebut.. 31 Julai 2019 - 2 Ogos 2019 Tarikh ini ialah tarikh program Persidangan Saintifik Perubatan Keluarga (Family Medicine Scientific Conference FMSC ) anjuran yang ke-22 melibatkan perkongsian oleh pakar-pakar dari pelbagai jabatan bidang perubatan (medicine). Jadi, alhamdulillah aku berkesempatan untuk turut serta (sebenarnya aku petugas sebagai urusetia, tapi alang-alang program sedang berlangsung, aku juga ambil peluang aku  menghadiri beberapa sesi pembentangan..) Oh ya, ini adalah program anjuran peringkat nasional sebab melibatkan jemputan pakar dari pelbagai negeri di Malaysia. Dengan itu, dijangkakan penyertaan menyeluruh oleh pelbagai pegawai perubatan dari pelbagai pelusuk di Malaysia. Dan tak terkecuali, semestinya ramai yang terkenal juga tampil sebagai penceramah jemputan. Antaranya ialah Dato Dr Musa bin Mohd Nordin yang pernah muncul di kaca TV dalam program TV Analisis : V

Good Patient (II)

Imej
Catatan Kemaskini  17.8.2019 - tajuk karangan ditukar "Dilema Doktor - why should i proceed" kepada "Good patient (II)". Serta beberapa tambahan celoteh sendiri.. --- Blog, Mula! --- Hari ini aku terjumpa satu perkongsian di Media Sosial Facebook. Macam selalu, isi kandungan yang menarik aku nak simpan dalam blog supaya senang nak cari balik. Maka seharusnya penghargaan besar buat penulis asal sebab beliau yang menyusun ayat & kata.. --- salin tampal dari siaran bergambar oleh  [Facebook] Alifnunwau Nymous  --- ݢمبر هياسن سمات٢ "Why should i proceed?" . "Doktor, pesakit tu dah buat aduan" Aduan? Untuk apa? . Pagi hening seperti biasa. Di klinik yang semakin ramai manusia. Pintu dibuka. "Kenapa lambat sangat?" Pintu dibuka lagi. "Bila giliran saya? Kenapa nombor lain panggil dulu?" "Doktor dan misi lembab. Buat kerja sampai berapa lama" . Dialog ini bukan lagi sesuatu yang j

Komen aku tentang [Wayang] Boboiboy Movie 2

Imej
Baru ni filem wayang Boboiboy The Movie 2 disiarkan di layar perak seawal 8.8.2019. Kali ini, aku pula yang mengajak isteri untuk tonton bersama. Tapi tak disangka tiket filem ini sangat penuh, jadi hari ke-5 juga la baru dapat tonton.. Sedikit ulang kaji tentang ringkasan Boboiboy.. --- Apakah halnya dengan cerita Boboiboy ini? --- Kisah Boboiboy pada mulanya tentang seorang remaja bernama Boboiboy yang bertembung secara tak sengaja dengan makhluk asing bernama Adudu yang datang ke bumi untuk mencuri koko. Dengan niat menghalang Adudu mengeksploitkan koko sebagai bahan tenaga, secara tak sengaja Boboiboy dikurniakan kuasa elemen oleh sfera kuasa yang dimiliki Adudu. Jadi, dengan kuasa tersebut Boboiboy menghalang Adudu dari menakluki bumi. Perjuangan Boboiboy kemudian dibantu oleh kawan-kawannya Yaya, Ying & Gopal, masing-masing dikurniakan kuasa unik tersendiri. Tak lama kemudian, mereka diserta oleh Fang. Siri Perjuangan Boboiboy telah pun berlangsung selama 3 musim,

Ibadah Korban - larangan potong kuku & Rambut

Imej
Salam Aidiladha buat semua. Topik penulisan kali ini sedikit retrospektif, sebab bukan menunjukkan hari ini.. Jom tengok pencetus terlebih dahulu.. Alhamdulillah, tahun ini diberi lebih sedikit rezeki untuk menyumbang dalam ibadah Korban.. Saban hari menghampiri hari raya Aidiladha, aku diberitahu tentang hadith seperti berikut. لارڠن ڤوتوڠ کوکو دان رمبوت باݢي يڠ ايڠين ملاکوکن عبادة قربان حکمه لارڠن مموتوڠ کوکو دان رمبوت باݢي اورڠ يڠ ملقساناکن عبادة قربان  سوڤاي اڠݢوتا يڠ ترداڤت ڤد بادنڽ ايت سمواڽ اکن دبيبسکن درڤد اڤي نراک (امام نواوي) اڤبيلا تيب ١ ذوالحجة، مک دسنتکن اونتوق تيدق مموتوڠ کوکو، رمبوت سرتا بولو٢ يڠ براد د بادن سهيڠݢا سلساي ملاکوکن عبادة قربان ترسبوت. اين جوݢ ادله ڤنداڤت معتامت د دالم مذهب الشفيء Secara peribadinya, ini kali pertama aku jumpa hadith sebegini (mungkin kurang ilmu pengetahuan lagi v_v). Tapi takpe lah, setiap hari belajar sesuatu yang baru tentang amalan & hadith nabi. Semoga hari-hari mendatang amalan kita 'semakin' menghamp

Solat Fardhu 2 kali. Dah kenapa?!

Imej
Bismillah.. Terus masuk kepada pencetus penulisan kali ini; Selesai mandi petang/malam hari, aku lantas bersiap dan terus solat maghrib sendirian. Selesai solat, aku disapa oleh isteri.. La, kenapa tak ajak solat sekali? - tanyanya Bukan tengah period (haid) lagi ke? (nota - solat adalah haram bagi wanita yang sedang mengalami haid. Selalu dianggap sebagai 'hari cuti' jika wanita mengalami haid) Dah habis dah. Dah boleh solat dah.. Takpe la kalau macam tu, saya solat sekali lagi je (kali ini berjemaah) Mana boleh solat fardhu 2 kali..  Ye ke? Siapa cakap?? --- Sebelum aku masuk fokus dan berkongsi jawapan (dipetik dari media internet), ingin sekali aku berkongsi pengalaman lain yang lebih kurang sama situasinya. Di media internet juga, terdapat meme acah-acah kata pikat "BOLEH JADI IMAM SAYA TAK? kredit gambar di laman  [Steemit.com] Imam just for fun meme Aku tak jumpa semula (penat mencari balik) versi di facebook, tapi setakat carian Google adalah se