Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Borneo Highland Resort

Imej
Hujung minggu tiba lagi, saja aku bawa isteri jalan-jalan kawasan sini.. Jadi destinasi kami kali ini ialah Borneo Highlands Resort .. Fokus - Borneo Highlands Resort Borneo Highlands Resort [BHR] ini adalah satu pusat peranginan percutian yang terdapat di Sarawak. Boleh bayangkan umpama Genting Highland atau Cameron Highland tapi ada keunikan tersendiri. Bagi yang meminati sukan golf, tempat ini menyediakan banyak padang golf dengan pemandangan awan. Jadi sesuatu pengalaman yang berharga buat mereka. Bagi orang lain, terdapat rekreasi dalam bentuk eksplorasi hutan (jungle trekking) , night safari , serta tentulah menikmati pemandangan & suasana sejuk di kawasan tanah tinggi.. ^-^! ڤتا ڤرجالنن كامي  Seperti mana Pasar Serikin (entri kembara Pasar Serikin-Tasik Biru-Gua Angin ) & Tebedu (entri klinik bergerak ) , Borneo Highland juga terletak di sempadan Kalimantan Barat (Indonesia), tetapi pada 'bahagian' (baca: daerah) yang berbeza; iaitu Serikin di bah

Kisah Taubat Pembunuh 100 nyawa..

Imej
Bismillah.. bersempena aktiviti Restart aku dah sampai ke hari 44. Eh kejap, apa itu restart? Sila baca Jawi ni.. ^-^! كيمڤين إين أداله ساتو أوسها ڤركوڠسيان أيات ألقرءان ستياڤ هاري سباݢاي لنجوتن كيمڤين ألقوءان د بولن ڤوأسا   Jadi bagi hari ke-44 aku dah sampai ke ayat dari Surah An-Nisa'.. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) , dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) . Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) , maka sesunggu hnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah An-Nisa' 4:48) Jadi ayat ini membincangkan Allah takkan ampunkan dosa Syirik, dan boleh ampunkan dosa yang lain bagi sesiapa yang dikehendakiNya (ikut aturan syariatNya). Maka teringatku akan satu kisah teladan yang pernah didengar masa kecilku. Jadi aku cari-cari semula di media internet sebagai ingatan. Jumpa, di laman web artikel islam (rujuk pautan

Jong's Crocodile Farm

Imej
"Alamak, dah lambat nak tengok buaya makan.." Dari Serikin-Tasik Biru-Gua Angin , bergegaslah kami menuju destinasi seterusnya... Fokus - Jong's Crocodile Farm & Zoo Seperti namanya, tempat ini adalah taman buaya (dan zoo). Jadi memang satu tempat tarikan pelancong yang datang ke Kuching (mesti tengok!) Sampai pintu masuk, kena bayar tiket dulu. Oh ya, penduduk tempatan (Sarawak) akan dapat harga yang lebih murah. Jadi, kalau ada kawan orang Sarawak lebih bagus minta tolong dia uruskan kalau nak jimat kos. Dewasa : RM24 --> RM14 (Sarawak) Kanak-kanak : RM14 --> RM7 (Sarawak)

Serikin-Tasik Biru-Gua Angin

Imej
Baru ni keluarga mertua/ipar aku datang melawat Kuching, jadi ada baru la berjalan sikit di Kuching (aku sebagai driver/tour guide sikit la) Kereta sewa murah? Setting kami - keluarga mertua/ipar datang seramai 6 dewasa dan 2 budak, ditambah lagi aku dan isteri jadi kesemuanya ada 8 dewasa dan 2 budak (jangan dilupakan beg luggage mereka dan/atau barangan cenderahati yang bakal dibawa pulang nanti).  Kereta aku (isteri punya sebenarnya ^-^!) yang ada di sini adalah Perodua Myvi. Jadi agar lebih selesa, perlunya kami sewa satu lagi kenderaan jenis multi-purpose vehicle (MPV). Jadi sama ada Perodua Alza atau pun Toyota Avanza. dan mungkin Proton Exora? dalam banyak-banyak survey, syarikat ni menawarkan kadar sewa yang murah. sila lawati  http://www.keretasewadikuching.com.my/  (tolong promote ^-^!) "Jadi akhirnya dapat sewa Toyota Avanza dengan kadar RM150 sehari. Baik, jom masuk topik kembara di Sarawak"

Klinik bergerak

Imej
" Syed, 21 Julai ni lapang tak? " - tanya bossku melalui whatsapp. "Sebab ada program klinik bergerak anjuran HIKMAH di kawasan Tebedu hari tu tapi saya tak dapat pergi. Kalau awak pergi dengan Dr Faiz (S) boleh tak? " sambungnya.. Fokus - klinik bergerak Ini adalah program sukarelawan & kerja amal anjuran badan bukan kerajaan (kot) jadi tak termasuk dalam skop kerja asal aku. Dah kata kerja amal, maksudnya tak berbayar la. Takpe la, aku tak kisah pun. Lagi pun, aku anggap ini peluang untuk pergi ke salah satu kawasan Sarawak "Pengalaman tu yang lebih berharga  ^-^!" Destinasi klinik bergerak kali ini ialah Tebedu. Tebedu ialah kawasan di sempadan negara Indonesia (tengok peta) . Kawasan ni merupakan kawasan kampung yang agak jauh di pedalaman (tapi masih boleh sampai melalui jalan kereta) .

Kisah Azazil

Imej
Catatan Kemaskini 27.8.2019 - dari buku  [JomBaca] Oh begitu rupanya Kisah Nabi Adam a.s , kisah Azazil ini termasuk dalam kategori kisah isra'iliyat ( kisah yang mungkin diubahsuai / ditokok tambah oleh Yahudi & tak dapat dipastikan kebenarannya melalui dalil hadith/ Al-Quran ) "Dalam situasi sebegini, kita tak menolak atau menerima "kisah israi'liyat" sebagai sumber yang kukuh. sebaiknya kembali kepada dalil Al-Qur'an & Al-Hadith untuk mengukuhkan iman.."  --- Blog! Mula! --- Bismillah.. Idea untuk post kali ni timbul kesan daripada bacaan Al-Quran serta sedikit arus fikiran yang terlintas bersama dengannya.. Jom baca status tersebut sekejap.. trigger untuk entri kali ni.. Bersempena dengan ayat di atas aku teringat akan satu kisah penting yang pernah terjadi sebelum permulaan waktu dunia lagi. Kisah ini mengandungi mesej nasihat yang penting yang patut diambil iktibar supaya tak manusia tidak mengulangi kesilapan besar ini.. Apa-

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)

Imej
Catatan kemaskini: 20.12.2018 - tambahan panduan setting dalam telefon pintar 4.1.2019 - nota tentang beberapa huruf jawi bagi android (telefon pintar) 26.1.2019 - tambah video demo tukar jawi dalam telefon pintar 26.5.2019 - tambahan pautan penulisan baru tentang Jawi Phonetic Keyboard - --------- [Blog, mula!!] ----------- Tiba-tiba timbul kesedaran tulisan Jawi, maka barulah nak cari bagaimana setting tulisan jawi.. "Dulu masa universiti, ada kawan pernah tolong buat setting tulis jawi/Arab maka dapatlah buat artikel surau Syifa'ul Qalbi bertajuk jawi. Lepas tu, bertukar komputer dah 2 kali (dan aku juga bukannya begitu 'hebat-teknologi' sangat ^-^!)  maka langsung tak pandai nak tulis jawi di komputer. sehinggalah timbul kesedaran ini.. Cari-cari baru la jumpa. Aku dah cuba dan berjaya buat. Jadi, saja-saja aku nak kongsikan dalam blog ini, mana tahu masa depan aku beli komputer baru lagi nak kena install baru juga, leceh nak cari bagaimana nak buat p

[چوبا تاءيڤ جاوي] Cuba taip jawi

Imej
بسم الله... اين اداله ڤرچوباءن ڤرتام اكو تاءيڤ دالم توليسن جاوي دڠن komputer اكو راسا اورڠ راماي اكن مالس باچا ڤنجڠ٢ جادي سباءيقڽ توليس ڤينديق٢ ايستيله تيكنيقل موڠكين لبيه باءيق دروميكن, چونتوهڽ ڤركاتاءن english, medical دان نام خاص KLCC ڤرلو سلالو برلاتيه لاݢي نمڤقڽ.. مڠاڤ تيبا٢ بڠكيت كسدارن اين؟ تربارو , اداڽ سساءورڠ منتري تله برتيندق ممرتابتكن باهاس دان توليسن چينا د مديا internet. مك لنتس ڤيهق netizen بڠكيت ممبالس دڠن ڤڠݢوناءن جاوي. تتاڤي بوكن موده سبنرڽ. باڽق چابرن اونتوق ممرتابتكن باهاس ملايو دان توليسن جاوي اين. ڤرلو كاعزمن يڠ قوات. انتارا چابرن يڠ ڤرلو دهادڤي ترماسوقله: تيادا اءيجاءن ريڠكس shortform اڤته لاݢي ڤركاتاءن ريكاءن سنديري (ننتي اورڠ تق فهم). جادي بودق WeChat مستي تق سوك كنا توليس سكيما تيادا ڤڠݢوناءن سچارا ملواس دالم ميديا سڤرتي بريتا دان اخبر تاءيڤ ݢونا keyboard ؟ اندا راس مريك راجين دان ادا ماس؟ تاڤي سكارڠ ده باڽق اڤليكسي smartphone اونتوق توليسن جاوي. ساڤتوتڽ بوكن السن لاڬي تق best له كالاو سمبڠ٢ دان ممباوڠ جاوي تاڤي jarjit, fang اتاو

Bertabahlah wahai ibu..

Imej
Baru ni Malaysia sedang hangat dengan berita bayi berumur "5 bulan meninggal di rumah pengasuh" --> rujuk berita harian bertarikh 5 julai 2018  anak-nampak-pengasuh-goncang-badan-adam-rayqal Sedih.. memang sedih kehilangan sang anak tercinta lagi-lagi semasa mereka masih kecil. Membuatku teringat akan kisah sendiri  musibah 30.1.2017  yang mana anak lebih seronok bersama Ilahi. Maka timbulnya nasihat-nasihat oleh para agamawan yang berkait rapat dengan situasi ni.. -----sumber:  (Blogspot) Oase Penyejuk Hati/Ayah,Bunda kutunggu di pintu surga ----- [nota - aku ada sedikit olah penyusunan artikel tersebut agar lebih faham melalui pembezaan warna dialog pelaku tertentu, supaya nampak siapa sedang bercakap apa] Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila anak seorang hamba telah mati,  maka Allah swt berfirman kepada para malaikat -Nya, ‘ Apakah kalian telah mematikan anak hamba-Ku? ’ Mereka menjawab, ‘Ya.’  Dia berfirman, ‘Apakah

Harga Segelas Susu

Imej
Tiba-tiba aku teringat akan satu kisah (cerpen / cereka kot?) tentang segelas susu. Maka cari-cari di media internet terdapat pelbagai variasi cerita yang lebih kurang sama, namun nasihat dan pengajaran adalah masih sama.  Takpe, jom tengok kisah tu dulu, baru sambung bincang..  ---------------------------Jom mula!-------------------------------- Fokus - Harga segelas susu Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan. “Kakak, boleh berikan saya segelas air?” Direnung wajah budak yang kelihat an lesu dan sayu itu. “Tunggu sebentar ya” 

Sonic 3 & Knuckles [Game Sega]

Imej
[nota - Ok la, entri kali ni saja-saja santai balik. Asyik-asyik topik serius je blog aku ni..] Baru ni masa cuti raya, aku pulang ke kampung sebelah isteri. Kebetulan bawa pulang laptop untuk tujuan peribadi. Jadi di kampung isteri, ada la anak buah yang seorang ni suka sangat minta isteri bagi dia main game smartphone, jadi sebagai satu alih-perhatian maka aku bagi la dia main game di komputer aku ( supaya isteri lebih bebas dengan handphone dia serta tak best tengok budak main touchscreen ni ^-^! ) "Umur 5 tahun macam awal pula bagi main game ^-^! aku dulu main konsol microgenius dalam umur 6 tahun rasanya ..  Erm, rasanya takpe je kot, lagi pun dia main game smartphone pun takde beza (game juga) . " Alamak, jangan kecam aku. Aku ada pegangan sendiri kalau nak bagi budak main game agar tak jadi ketagih sangat..Aku faham ada frasa Inggeris menyatakan it takes a whole village to raise a child (maksudnya perlukan peranan satu kampung untuk didik seorang budak)