Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

[Game] Phoenix Wright - Ace Attorney

Imej
Tiba-tiba rindu game Nintendo DS. Dulu aku pernah ada DS (2006-2012), lepas tu beralih ke 3DS terus tak main dah DS, bahkan dah jual ke orang lain pula... Tapi baru ni, rindu pula nak main, maka cari emulator di internet. Download. Aku cuba nak cari semula game-game kegemaran aku dahulukala, tapi lupa! Hanya ingat game pokemon saja. Akhirnya aku beralih cari game lain yang popular. Dalam carian aku, terlintas game berikut judul pertama siri game ini Phoenix Wright - Ace Attorney #drama-RPG  #murder #debate #investigation #psychology Game ini berkisar seorang pemuda bernama Pheonix Wright yang baru menceburi bidang guaman sebagai peguambela dalam kes jenayah. Dalam kebanyakan kes jenayah yang berlaku, tertuduh ialah suspek yang tidak bersalah, Jadi bergantung kepada Pheonix untuk selamatkan tertuduh dengan bukti dalam perbicaraan, dalam pada itu cari pesalah yang sebenar.. Sepanjang game ini terdapat fasa permainan iaitu:

[JomBaca] Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Imej
JOM BACA diteruskan lagi.. Untuk tahun ini aku tak sasar tinggi sangat (tapi insya-allah usaha biar lebih dari sasaran) - Masih sebulan sebuah buku. Buku yang pertama aku baca ini bukan buku baru sebenarnya.. Kira ni bacaan kali kedua aku setakat ini.. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas  Kali pertama baca tahun 2018 tapi masa tu tak tergerak nak tulis dalam blog pun (kempen JOM BACA belum mula lagi). Oh ya, buku ini tidak didapati di kedai buku (setahu aku la), kebetulan jumpa masa aku tengah cari-cari maklumat tentang emas.. Penerbit : Syukor Hashim Penterjemah (jika ada) : tiada Penerbit : terbitan sendiri Bil halaman : 193 (saiz buku B3, halaman infografik yang menarik) Deskripsi (kulit belakang) : tiada Markah (peribadi) : 4/5 Komen (peribadi) "Secara peribadi, buku ini merupakan 'buku emas' versi ketiga yang aku baca setakat tarikh bacaan aku 2018 dulu (pertama ialah buku tulisan Zulkifli Shafie, kedua ialah buku Shamsuddin Kadir). Kalau nak diba

Pengurusan kewangan 2020

Imej
Sempena tahun baru 2020 ini, aku kena semak semula pengurusan kewangan aku. Dulu pernah tulis pengurusan kewangan , tapi sejak berumah tangga rasanya perlu perubahan sedikit. Lagi-lagi aku kini memikul beberapa komitmen tetap. Jadi kena la buat pembahagian kewangan yang baru. Dompet #1 Rumah & Perumahan (18%) Merangkumi perbelanjaan berikut; Bayaran bulanan pinjaman rumah Selenggara rumah & perkhidmatan berkenaan Dompet #2 Kenderaan (7%) Mencakupi perbelanjaan berikut; Bayaran bulanan pinjaman kereta & motor Minyak petrol  Parkir & tempat letak kereta Selenggara, cukai jalan & insurans Bayaran tol Dompet #3 Makan & Masak (13%)  (anggaran RM15 seorang/sehari) Mencakupi perbelanjaan makan luar & bahan dapur (termasuk minyak masak) Dah dijelaskan dalam entri kalau makan luar (siri 6) , iaitu sebaiknya agihkan duit makan berasingan dari dompet utama supaya kebolehupayaan makan tak terjejas dalam situasi kecemasan. Beberapa tips & pan

Sila diam & Jangan kecoh dulu

Imej
Teringat satu perkongsian media sosial satu masa dahulu.. Masa tu, aku tengah bercuti sempena hari ulang tahun perkahwinan pertama (2017) aku bawa isteri jalan ke taman tema. Dalam pada menunggu bas pelancongan, aku terjumpa satu perkongsian tersebut. Aku faham mesej yang ingin disampaikan.. Maka semalam aku sampai niat nak buat komik strip Bdouin menggunakan idea tersebut. Nah, hasilnya; سياڤ فاهم ميسيج يڠ ايڠين دسمڤايکن دالم کوميک ستريڤ اين؟ Fokus - Sila Diam & Jangan Kecoh dulu Aku faham sangat perasaannya bila dapat sesuatu berita baik - terujanya & seronoknya apabila dapat sesuatu.. Menang hadiah pertama kereta... Beli rumah ke-lapan.. Untung besar jual beli.. Dapat anak.. Melancong ke luar negara.. Lulus peperiksaan.. Keluarga bahagia sangat.. Lagi-lagi apabila tak semua orang bertuah dapat kurniaan yang sama... Bila lagi nak 'menunjuk' kat orang lain betapa hati sangat gembira? Begitulah fitrah manusia ingin berkongsi. Kalau boleh nak k

Orang Owam Tak Tau bahawa Sesama Doktor pun..

Imej
Hari aku jumpa satu perkongsian lagi di media sosial, dinukilkan oleh seorang doktor (walaupun tak dituliskan nama/pangkat tapi aku pasti beliau seorang doktor). Tulisan hampir sama dengan apa yang aku pernah baca dulu (dulu nak cari balik tapi tak jumpa) "Aku pernah sebut tentang hal ni dulu dalam HO Arc! Episod 44 (akhir)  tapi aku rasa pendapat aku tak kuat sangat. Maka perlunya kepada luahan seorang doktor yang lebih berpengalaman.. "  Sebab itu, aku nak kongsikan dalam ini semoga tak hilang. Namun, kredit dan pahala atasnya adalah layak buat penulis asal. Terima kasih doktor Khairi Malik. (nota - macam biasa, aku sunting penulisan sikit dari segi perenggan & kekemasan juga ada pewarnaan tapi aku tak ubah apa-apa perkataan jadi perkataan baru) --- salin tampal siaran status Facebook Khairi Malik --- Hari ni aku sangat marah. Sangat. Ini post luahan yang tak matang di umur 30.

Azam Tahun 2020

Baiklah, tahun ni kena tetapkan azam juga. Bagi aku azam ni lebih kepada objektif tahunan. Maksudnya dalam tahun ni aku nak capai apa? (Ada sesetengah orang menganggap azam bersifat jangka panjang (misalnya; aku nak berhenti merokok) maka itu pun betul juga. Terpulanglah pada masing-masing. Baik, jom tengok azam tahun ini. Aku guna format yang berbeza pula Agama Habiskan Hafazan dari Juz 29 - alhamdulillah dah habis pada 18.6.2020 Tambah sedikit hafazan dari Juzuk 28  Hafaz semula surah Yaasin, Al-Munafiqun (dulu pernah hafaz) Tingkatkan kualiti solat Solat sunat sekali sehari Khatam Al-Quran 4 kali tahun ini Nota tambahan - jangan baca Al-Quran telefon, tapi cari Al-Quran di masjid atau surau. Pelbagaikan sentuh naskhah yang berbeza-beza.  pertama - 5.3.2020 kedua - 5.5.2020 ketiga - 20.6.2020 Keempat - 3.10.2020 Sedeqah 10% Lebih masa untuk Allah - sasaran 60 minit sehari "Kalau ingat lagi, dalam sehari ada 1440 minit, jadi berapa banyak masa kita luang untu

Reviu Azam tahun 2019

Sebelum buat azam tahun 2020, seeloknya kita semak kembali azam tahun lalu kot-kot tercapai atau tidak. Jom tengok entri Azam Tahun 2019  tapi aku salin semula dalam sini Fokus : Agama Kali ini serius hafaz Al-Quran. Mulai dari yang mudah dulu. Tahun 2019, kita cuba habiskan hafaz Juz 30 dan 29 Juz 30 - tercapai Alhamdulillah Juz 29 - TIDAK tercapai sepenuhnya (progres baru 40%) Hafaz semula surah terdahulu - AsSajjadah, Yasiin, Al-Jumu'ah, Al-Munafiqun  (masa sekolah pernah hafaz, tapi dah hanyut oleh hal dunia) As-Sajjadah - tercapai Alhamdulillah  Al-Jumu'ah - tercapai Alhamdulillah Yasiin - TIDAK tercapai Al-Munafiqun - TIDAK tercapai Puasa sunat isnin/khamis Bertahan sampai bulan JULAI lepas tu berhenti >_<! TIDAK istiqamah Berjemaah di masjid paling kurang sekali (selain solat jumaat)  TIDAK istiqamah juga Qiamullail seminggu sekali TIDAK istiqamah juga Surah Al-Kahfi setiap jumaat Alhamdulillah banyak minggu tak lepas Surah Yasiin se