Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

[JomBaca] Muhammad ﷺ - Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan

Imej
JOM BACA! Bulan kesembilan (september), jadi buku kesembilan juga. Alhamdulillah sempat kejar sasaran.. Muhammad  ﷺ  - Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan Penulis : Dr Kamilin Jamilin Penerbit ; PiS dengan kerjasama Maktabar Dar Ar-Rakhis Bil halaman/ muka surat : 218 (saiz B5 - halaman tanpa gambar) Deskripsi (kulit belakang) - pengenalan tentang penulis Dr Kamilin bin Jamili merupakan Ahli Majlis Fatwa termuda Wilayah Persekutuan dan Perlis  kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.  Beliau merupakan pengasas Home Tahfiz DKJ Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Hadis dan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah dengan kepujian kelas perama.  Selanjutnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (M.A) di Universiti King Saud Riyadh, Arab Saudi juga dalam bidang Hadis dan berjaya merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang Peringkat Sarjan

Barok Village (AkuRasa)

Hari Ahad... tengah hari... tak tahu nak makan apa. Banyak tempat aku ragu-ragu sama ada beroperasi atau tutup. Apabila cari di google, kebetulan pula kedai ni dah mula buka. Maka inilah peluangnya..  My Village Barok #1 Kat mana kedai ni? Terletak di Waterfront, Kuching. Lebih tepat lagi, kalau anda berada di kawasan perlancongan Waterfront (sebelah selatan), kedai makan ini terletak di sebelah utara (seberang sungai) Jadi, alang-alang merasa pengalaman naik perahu tambang, boleh singgah makan di kedai ini untuk santapan. Atau, bagi yang lebih mahir ada jalan darat sebenarnya. Kena memandu jauh sikit (sebab menuju jambatan rentas sungai dan kembali semula ke lokasi yang sama.  #2 Makan di rumah kampung yang cantik Pada asalnya sebuah rumah kampung, kemudian ia diubahsuai menjadi satu restoran yang cantik. Terdapat dua aras makan (bawah dan atas). Susun atur ruang bawah adalah piawai seperti mana kedai makan). Atas terdapat ruang duduk bersila (terhad). Juga terdapat anjung terbuka unt

[JomBaca] 3-minit Fakta Ciptaan Hebat

Imej
Aku ada buat pesanan beberapa buah buku melalui belian atas talian. Buat masa ni, masih menunggu buku sampai. Sementara itu, aku cari buku santai-santai sahaja di kedai buku berhampiran. Maka jumpa buku ni.. Sebab buku ni kategori santai, aku tak kira dalam sasaran tahunan aku.. Apa-apapun, JOM BACA 3-minit Fakta Ciptaan Hebat - Makanan - Ubatan - Ciptaan yang Mengubah Sejarah Ilustrasi : FUJI Penterjemah (jika ada) : Jannah Penerbit : Kadokawa Gempak Staz Bil halaman/ muka surat : 125 (berilustrasi - berwarna penuh) Deskripsi (kulit belakang) - lebih kepada pratonton/acah tentang isi kandungan  Jalan terus atau tidak, awak akan dipanah petir!  Arus mengubah peradaban manusia? Permulaan Revolusi Politik disebabkan oleh kopi? Tahukah anda? Ciptaan hebat ini mengubah sejarah! Markah (peribadi) : 4/5 Komen (peribadi) Aku dapati buku ni menarik dijadikan sebagai rujukan santai. Ada lebih kurang 20 topik yang dibincangkan. Setiap satunya dibentangkan maklumat bertahap asas (tidak terlalu

Kalimat Yang Dibenci Allah

Imej
Bismillah. Baru-baru ni aku jumpa lagi perkongsian hadith di laman Facebook. Aku rasa bukan kali pertama dengar, tapi entah aku terasa nasihatnya begitu berkesan kali untuk diamalkan.. Nah aku kongsikan dalam ini pula.. Kalau dipandang pada nilai-muka, hadith ini jelas menggambarkan situasi apabila seorang pendosa diberi nasihat dan ditegur kesalahannya, lalu si pendosa marah-marah agar jangan diendahkannya. Kubur masing-masing.. - katanya Namun, bukan begitu tujuan Islam. Islam nak ajak manusia agar masuk syurga sama-sama seramai yang boleh. Jadi alasan kubur masing-masing tak dapat diterima. Tugas kita nak selamatkan mereka. Maka si pendosa yang enggan bertaubat bahkan marah balik si penasihat pula menjadi sesuatu yang dibenci Allah.. Baiklah demikianlah nasihatnya pada dasar nilai-muka. Tapi, pada zaman internet ini situasi yang paling hampir adalah berkaitan dengan penggunaan media sosial. Ramai pengguna bebas untuk muatnaik / tulis siaran / kongsi hampir apa saja tanpa batas. Apab

Teori Troli Beli-Belah

Imej
Baru-baru ni aku jumpa satu perkongsian di laman sosial lagi..  Yang mana aku dapatinya menarik perhatian aku. Macam selalu, aku ingin kongsikannya di sini agar tak hilang dimakan zaman pula untuk terus difikirkan lagi.  Bacaan penuh boleh rujuk laman web sini -->  https://scoop.upworthy.com/viral-shopping-cart-theory-determines-moral-character Tapi eksklusif untuk blog aku ni buat versi terjemahan la.. ----- Teori Troli Beli-Belah ----- Troli beli-belah sering didapati terutamanya di pasaraya yang besar, digunakan oleh pelanggan untuk mengumpulkan barang belian untuk dibayar di kaunter bayaran, bahkan boleh juga disorong ke tempat letak kereta untuk memindahkan barangan ke dalam kereta. Tapi troli ini juga boleh jadi satu ujian litmus muktamad terhadap seseorang untuk menguji sama ada seseorang boleh mentadbir diri sendiri (self-gorvening) atau tidak. Persoalan timbul sesudah memindah barangan ke dalam kereta.  Apa nak buat dengan troli sesudah itu?? Kembalikan semula troli ke dala

"Jangan Kutip Hutang!" - Mesej Rahsia Kisah Hassan Al-Basri

Berjumpa lagi kisah nasihat yang bermanfaat di laman Facebook. Ini bukan kali pertama aku baca kisah ni. Mesej aku dah dapat, tapi lagi baik bila dapat simpan sendiri. Sebab bacaan kedua atau ketiga pada masa akan datang akan mendatangkan mesej nasihat yang berbeza. Macam hari ni..  Pertamanya, aku salin tampal dulu kisah tersebut: PESANAN HASSAN AL-BASRI KEPADA 2 ANAKNYA: JANGAN KUTIP HUTANG! ---- [kredit kepada siaran Shariff Mustaffa yang berkongsi di laman Facebook] ----- Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."