Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Kita semakin berusia..

Baru ni aku ternampak hantaran (posting) oleh seorang kawan lama, Ali. Hantaran tersebut berkenaan dia masuk hospital lagi sebab cedera. Alang-alang aku takde apa nak buat kat rumah (rumah masih takde orang rumah) jadi aku pun datang melawat.. Nasib baik hospital tersebut beri masa melawat sampai pukul 10malam, jadi aku bolehlah datang lepas habis kerja  35 tahun, kawan sebaya masa sekolah menengah dulu, kerjaya doktor klinik persendirian. Diperihalkan dia diuji dengan pelbagai penyakit - Gout, Heart block, dyslipidemia, sports injury. Bahkan dah pernah buat pemeriksaan scope OGDS, dan colonoscopy. Sementara lain, kawan aku yang lain, Afiq baru menjalani laparoskopik cholecystectomy (pembedahan buang hempedu sebab batu hempedu). Sementara yang lain lagi, ramai dari kawan sekerja aku yang beritahu ada appointmen pelbagai - PSY, Cardio, neuro, ortho, Eye, Skin dll. (Bukan orang yang sama) Satu mesej nasihat buat aku - pada kesempatan belum berpenyakit ni agar lebih menjaga kesihatan dan

Tamak Slot EH

Entri ni bersifat retrospektif iaitu bermula masa aku ambil alih tampuk kerja pengurusan (admin) KK Ampang.. Masa proses serah tugas, antara tugasan aku diberi ialah jadual kerja Klinik Rintis untuk Julai 2023 Klinik Rintis ialah program terbaru Jun 2023 - Sep 2023, yang mana KK Ampang beroperasi penuh 9am-93omalam, untuk meringankan beban kerja Hospital Ampang. Cuma anggota yang terlibat ialah staf dari pelbagai klinik, dibahagikan kepada 2 shift (pagi & petang). Apa yang menariknya klinik rintis ialah Kerja ini dibayar extended hour RM80 sejam.  Bilangan pesakit kat sini tak sampai 4 per jam (dengan kata lain, agak relax)  Jadi PKD Hulu Langat menetapkan sebilangan slot untuk pegawai KK Ampang bekerja klinik Rintis. Kalau ikut amalan ketua klinik sebelum ini (dan juga klinik Kesihatan lain), slot dibuka secara "siapa cepat dia dapat" Apa yang berlaku, pada saat aku umumkan slot tersebut, berlakunya kejadian bolot membolot slot. Ada satu geng F-A-I-N-A (5 orang), tiap-ti