Tamak Slot EH

Entri ni bersifat retrospektif iaitu bermula masa aku ambil alih tampuk kerja pengurusan (admin) KK Ampang..

Masa proses serah tugas, antara tugasan aku diberi ialah jadual kerja Klinik Rintis untuk Julai 2023

Klinik Rintis ialah program terbaru Jun 2023 - Sep 2023, yang mana KK Ampang beroperasi penuh 9am-93omalam, untuk meringankan beban kerja Hospital Ampang. Cuma anggota yang terlibat ialah staf dari pelbagai klinik, dibahagikan kepada 2 shift (pagi & petang). Apa yang menariknya klinik rintis ialah

  • Kerja ini dibayar extended hour RM80 sejam. 
  • Bilangan pesakit kat sini tak sampai 4 per jam (dengan kata lain, agak relax) 

Jadi PKD Hulu Langat menetapkan sebilangan slot untuk pegawai KK Ampang bekerja klinik Rintis. Kalau ikut amalan ketua klinik sebelum ini (dan juga klinik Kesihatan lain), slot dibuka secara "siapa cepat dia dapat"

Apa yang berlaku, pada saat aku umumkan slot tersebut, berlakunya kejadian bolot membolot slot. Ada satu geng F-A-I-N-A (5 orang), tiap-tiap seorang bolot 2 slot, ada seorang (F) pula bolot sampai 5 slot.

Jadi slot dah habis sebelum sempat orang lain berbuat apa-apa. Ada yang siap keluh orang ambil banyak. Aku sendiri cuba slow talk si F untuk lepaskan salah satu slotnya agar ramai orang lebih berpeluang. Tapi jawapan yang diberikan bersifat enggan. Siapa cepat dia dapat la!!

Aku terkesima. 

Tamaknya manusia ni rupanya. Buruknya perangai.

Bila aku backtrack balik kisah klinik rintis serta Extended hour yang dibayar entah sejak bila, Rupanya perkara ni dah lama berlaku. Aku tak pernah berpeluang buat pasif sebab hal ini. Yang bolot itu, rupanya selama ini tiap-tiap bulan dia bolot slot.

Dan kisah ini rupanya bukan berlaku di klinik aku sahaja. Bahkan klinik lain juga perangai sama. Yang bolot tetap bolot, slot hanya dilepaskan sesama kroni (dalaman dan luaran)

Buruknya perangai macam ni.. 

Maka sejak Ogos 2023 aku membuat perubahan. Slot tidak lagi dibuka sesuka hati. Sebaliknya aku sendiri yang agihkan slot kepada orang-orang yang tak bernasib baik. Aku prioritikan golongan yang

1) langsung tak pernah merasa buat pasif / extended hour

2) dah lama tak buat (> 3bulan)

3) hanya buat sekali sahaja dalam tempoh yang lalu..

Tindakan aku ini memang dah menimbulkan panas pada yang terasa. Tapi aku sekadar nak bela mereka-mereka yang tak bernasib baik. Mereka-mereka yang bolot ni tetap diberikan peluang apabila sampai giliran mereka. 

Epilog - kau ingat mereka nak beralah. Rupanya geng FAINA ni ada kroni luaran. Walaupun aku tak bagi slot untuk Ogos, alih-alih mereka berjaya dapatkan slot klinik luar. Ada juga yang push penama yang aku bagi peluang untuk give up.

Desperate kejar duit. Dalam pada ni, memang aku tak boleh buat apa. Rezeki mereka pada slot orang lain. Aku hanya buat apa yang aku mampu buat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)