Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

[JomBaca] Pengantar 'Ilmu Jawi

Imej
Bersempena musim Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2020) awal Julai lalu, banyak je kedai buku mempromosikan jualan buku masing-masing. Kebetulan terjumpa syarikat Akademi Jawi Malaysia dengan promosi bukunya.  Disebabkan aku agak cenderung ke arah memperkasakan Tulisan Jawi semula, tentulah tertarik nak dalami ilmu tentang Jawi.. Jadi buku kelima tahun ini ialah.. Pengantar 'Ilmu Jawi (علمو جاوي)

Yalla Yalla (AkuRasa)

Imej
Tiba-tiba nak makan makanan Timur Tengah?! Mana nak cari di Kuching ni, eh? Bila taip dalam carian google, keluarlah nama restoran ini sebagai salah satu cadangan. Jom Cuba.. Yalla Yalla Macam pengenalan tadi, restoran ni khas menyajikan menu Timur Tengah.  #1 Kat mana kedai ni?? Berhampiran bulatan Simpang Tiga (aku tak pasti penamaan ni betul atau salah, kalau salah mohon tegur ya). Laluan ke arah bangunan KWSP / Universiti Swinburne / Borneo Medical Centre (hospital). Terdapat lot kedai yang berhampiran. Maka di situ la kedainya. Cawangan lain?? Entah.

Warung Makan-makan (AkuRasa)

Imej
Warung Makan-makan Semasa aku buat carian di internet tentang tempat makan menarik di Kuching, antara yang termasuk dalam senarai ialah kedai ini. Jadi apa yang menarik kedai ni sebenarnya? Jom kita semak! #1 Kat mana lokasi? Setakat yang aku tahu, kedai ni terletak di pekan Satok. Mercu tanda (landmark) yang berhampiran ialah Bank Negara Malaysia (cawangan Kuching), Flyover Satok, Am bank, Majma Mall.  Agak dekat bagi pelawat Kuching yang menginap di sekitar Waterfront (tapi kena naik kereta la).   Dekat juga dengan Kopi O Corner.. Kalau Kopi O Corner ramai orang, boleh 'lari' pergi sini..

[JomBaca] Parent, Think!

Imej
  کوڤي ساتو^-^! کنا بَايَر اونتوق دودوق سيني ڤولا Antara salah satu usaha untuk membaca ialah tetapkan jadual (masa & tempat) membaca yang spesifik dalam sehari.. Kalau macam aku, selalunya aku pilih waktu rehat tengah hari (1-2petang) hari bekerja. Alhamdulillah, berhampiran dengan tempat kerja aku tersedia satu ruang membaca yang boleh aku luangkan masa di sana.. Kalau kat rumah (misalnya: hari cuti), aktiviti membaca langsung ke laut ^-^! Apa-apa pun, ini buku keempat (ke-4) bagi tahun 2020. JOM BACA! (walaupun sasaran masih jauh lagi, jangan mengalah) کوليت بوکو PARENT, THINK!  Kerana anak bukan sekadar anugerah, bahkan amanah Penulis :  Bonda Nor - penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspress-i (cogankata facebook) Ammar Kamilin - Abah yang suka menulis tentang psikologi anak-anak, pendidikan, inspirasi, famili (cogankata facebook) Penerbit   : Galeri Ilmu  Bil halaman : 292 muka surat Deskripsi (kulit belakang)  Kita jadi mak ayah ni

Q Nasi Kukus (AkuRasa)

Imej
Saja-saja nak cari rasa lain di Sarawak. jumpa dulu dalam laman Facebook tentang kedai makan ni.. Q Nasi Kukus - Resipi Asli Kota Bharu Pernah makan nasi kukus tak? Lebih kurang macam nasi ayam penyet juga, iaitu nasi putih disajikan dengan lauk (selalunya ayam) berempah, dan sayuran timun beserta gulai resipi kelantan + sambal cili api. Pedas tapi sedap..  #1 Kat mana nak cari kedai ni?? Berita baik buat penduduk Kuching, bahawa Nasi Kukus terdapat di sini. Secara spesifiknya Q Nasi Kukus terletak di MetroCity/Matang. iaitu sedikit di pinggiran luar bandar Kuching. Bagi pelawat Kuching yang berniat untuk pergi kawasan Santubong, lokasi MetroCity termasuk dalam haluan yang sama (maksudnya boleh la singgah kalau teringin) 

Annuar BBQ Steambot (AkuRasa)

Imej
Baru ni, tuan rumah sewa ajak makan malam bersama-sama. Jadi aku & isteri pun bersetuju untuk turut serta. Tempat pilihannya ialah Annuar BBQ Steamboat. Dah 5 tahun aku menetap (bekerja) di Sarawak, ini baru kali pertama aku datang ke sini sejak sekian lama. Dulu masa belajar di UNIMAS, pernah datang dengan kawan-kawan. Tapi lama sangat dah rupanya.. ستيسين بوات  Annuar BBQ Steambot Selalunya makanan Stimbot ini diniagakan oleh kaum Cina, jadi Annuar Steambot antara restoran stimbot pertama yang dijalankan oleh kaum Melayu. Insya-allah halal terjamin. Serta pastinya ada tag "BMF" di sini.  --- promosi di kedai sendiri, aku terjemah ke melayu-jawi ---

Potato Story (AkuRasa)

Imej
"AkuRasa ialah label khas aku untuk penulisan komen makanan/restoran. Aku bukan pengkritik hebat, tapi lebih kepada pendapat peribadi yang mana aku harap bermanfaat sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja.." ساله ساتو داري ڤلباݢاي چاوَڠن Potato Story Potato story lebih kepada sebuah gerai makanan ringan (refreshment). Sajian utamanya berasaskan "kentang goreng" (french fries). #1 Mana lokasi kedai ini? Setakat ini, aku rasa gerai ni sangat ekslusif di Borneo (Sabah & Sarawak) . Pernah aku cuba cari masa balik ke semenanjung tapi macam takde pun. Selalunya terdapat di dalam pusat membeli-belah: Emart, Vivacity, CityOne, AEON. Tak pernah jumpa sebagai kedai persendirian (standalone) dalam lot-lot kedai luar sana lagi. سڤنجڠ ماسَ ستودي اکو د اونيۏرسيتي مليسيا سراواق (٢..٧ - ٢.١٢) اکو تق ترجومڤا ڤون لاݢي ݢراي اينِ، موڠکين له دِڤرکنلکن سلڤس تمڤوه ماس

Gulai Kawah Cikda (AkuRasa)

Imej
Dah lama tinggal di Kuching, Sarawak. Terkadang nak rasa kelainan masakan pula.. Tercari-cari, maka jumpa kedai ini - baru tahu kedai ni baru buka sebenarnya.. Gulai Kawah Cikda  #1 Mana Lokasi Tempat ini?? Lebih tepat lagi di Kota Sentosa (pinggiran luar kawasan Kuching) Antara bangunan tanda (landmark) yang berhampiran ialah Restoran Serapi Corner atau Borneo House Museum. Kalau nampak dua ni, maksudnya anda dah sampai di kawasan yang aku maksudkan.   #2 Reka bentuk kedai yang tipikal Oh, kedai makan ini bukan bertujuan untuk tarik pelawat Kuching. Namun, lebih kepada nak berikan citarasa berbeza kepada penduduk setempat. Jadi isu reka bentuk & hiasan dalam bukan satu ciri penting dalam hal ni.