Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

[Asrama] Cari orang

Imej
"Boleh minta tolong tak? Saya tengah cari adik saya yang belajar di sekolah ni. Dia dari rumah Merah 5 kalau tak silap.. Boleh tolong saya panggil dia tak ?" - tanya encik W yang sedang menunggu di kantin (ibu bapa / penjaga tidak boleh masuk asrama, hanya boleh tunggu di kantin sahaja) Antara satu adegan yang selalu berlaku kalau di sekolah berasrama pada hujung minggu (ibu bapa datang melawat anaknya di asrama..) "Boleh.. boleh, nanti saya panggilkan. ." - balasnya sambil berlalu pergi..  " (Wah bagusnya anak muda ni.. walaupun generasi makin berteknologi tapi rupanya masih ada akhlak mulia macam ni lagi dalam jiwa anak-anak..) " - sambil tunggu penuh berharap..  Aku turut menunggu untuk melihatkan epilog adegan tersebut. Namun, selang beberapa masa masih belum lagi diketemukan antara dua-dua pihak ni.. " (Mana pulak budak ni? Cari-cari tak jumpa lagi ke?) " - tanyaku bermonolog dalaman naif.. Namun, rupanya anak muda itu tidak berus

Hyperem

Aku ambil EL (emergency leave = cuti kecemasan) hari ni. Perihalnya isteri aku teruk muntah-muntah sampai tak bermaya. Maka tugasku untuk membawanya pergi check up (kebetulan appointment hari ni) dan serta pastikan setidaknya dia tak keseorangan dalam detik-detik payah ni.. "Kali pertama aku ambil EL sejak dah hampir 4 tahun berkhidmat.." Sebelum cerita halnya, mari kita imbas kembali sebentar.. sejak 2 minggu yang lalu, alhamdulillah isteriku disahkan mengandung. Impressi pertamanya ialah dah lama tak datang haid (walaupun haidnya tak tentu, tapi kali ni lamanya yang tak terjangka) . Dan kemudiannya bila dibuat ujian air kencing, telah dibuktikan positif beberapa kali.. Memang impiannya untuk dapat cahaya mata sejak berkahwin. Sungguhpun aku turut bergembira, di sebalik kotak fikiranku teringat akan satu dalil.. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- " Dan Kami wajibkan manusi

Terima kasih Vs Minta Maaf

Imej
Nota - dah lama cari baru jumpa 'gambar nasihat' ni kat media sosial facebook .. Jom aku tambahi dengan satu contoh dalam situasi kehidupan [sebab takde idea lain, maka sengaja aku pinjam dari entri lama  tolong orang  suatu masa lalu, untuk perbincangan ini, sila abaikan siapa adalah watak siapa] "Kau (shif) S1 hari ni, kan? Aku nak minta tolong kau ganti aku (shif) S2 hari ni, boleh tak? Aku ada assessment esok la, takut takde masa nak studi nanti.." Maka adegan tolong itu pun berlalu, sampai epilog situasi tersebut.. Trigger! (apakah ucapan yang sesuai diucapkan kepada seseorang dah menolong kau seperti yang diminta suatu masa tak lama... apabila dah berjumpa semula?) (a) terima kasih ye sebab tolong aku hari tu (b) eh maaf tau susahkan kau tempoh hari.. Berdasarkan perwatakan aku, aku selalu memilih pilihan (b) sebab aku tahu aku dah susahkan seseorang melalui minta tolong tersebut.. "Agaknya mesti jadual dia terganggu sebab nak tolong aku punya