Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Secret Recipe (AkuRasa)

Imej
Tiba-tiba isteri mengidam menu chicken chop pula. Dan serta-merta terus dia mencadangkan agar makan luar di Secret Recipe.  Secret Recipe  #1 Mana Lokasi Kedai ini? Setakat tarikh 2020, terdapat banyak cawangan dan premis Secret Recipe di dalam dan luar negara Malaysia.  #2 Suasana Kedai yang Selesa Restoran ini ialah dari jenis restoran tertutup dan berhawa dingin. Terdapat sebilangan cawangan juga menyediakan ruang makan terbuka. Tapi majoriti dari premis lebih kepada ruang tertutup. Ruang makan boleh jadi berupa meja makan piawai atau sofa duduk untuk tujuan santai.  #3 Pelbagai jenis hidangan kek serta hidangan terpilih Asian & Barat ناسي کاري جڤون دان ڤوتوڠن ايم سدڤ Restoran ini tergolong dalam kategori kafe & kek. Jagi pertamanya, ia terkenal dengan pelbagai kek yang sedap. Rupanya terdapat beberapa kategori sajian kek Kek siri krim (cream) Kek siri keju (cheese) Brownies Kek edisi premium Kek segi empat (square) Selain menu kek, restoran ini juga menyediakan beberapa men

[JomBaca] Anda & Kereta

Imej
JOM BACA! Sayangnya waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) aku tak isi dengan aktiviti membaca.  Kisahnya, aku bekerja di baris hadapan. Sedikit menghadapi tekanan emosi bahawasanya aku bekerja setiap hari tanpa rehat (baca entri Diari MO KK - Baris Hadapan 1,2,3) serta bidang tugas yang agak kritikal (tak tahu menahu tentang prognosis semasa penyakit covid) jadi mood membaca memang tak datang pun. Satu lagi, bersempena musim PKP, aku terhalang pergi ke tempat membaca buku yang kondusif.. Buku ketiga untuk tahun ini (^-^! lepas ni kena baca laju sikit untuk kejar sasaran 12 buku setahun) کوليت موک بوکو دڤن Anda & Kereta   Cantik Belum Tentu Selamat Tahu hidupkan enjin dan pandu sahaja tidak memadai! Penulis      : Dato' IR Haji Mohammad bin Dalib  Beliau adalah mantan PEngarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (2008 - 2019). Kerjayanya di JPJ bermula sebagai pemeriksa kereta motor. Berpengalaman 40 tahun berkecimpung dalam pembangunan automot

Kopi O Corner (AkuRasa)

Imej
Aku rasa ramai tahu kedai ni. Sangat popular. Tersenarai antara Tempat-Mesti-Makan kalau datang melawat Kuching. Jadi apa yang menarik kedai ini sebenarnya? Jom kita tengok.. #1 Mana Lokasi Kedai ni? Setakat yang aku tahu, di bandar Satok (Kuching, Sarawak). Dalam bandar. Takde la jauh sangat. Terutamanya buat mereka yang datang Kuching jalan-jalan dan tinggal di hotel berhampiran Waterfront, aku kata restoran ni masih senang sampai lagi (kena naik kereta juga, tapi jarak tak jauh). Ada cawangan lain? Aku tak tahu.  #2 Suasana Kedai yang Moden & Hipster Yang paling ketara aku nampak ialah suasana dalaman kedai ini. Hiasan dalaman bergaya moden & hipster. Ruang makan ialah terbuka (takde pendingin hawa la maksudnya). Tapi tak rasa panas pun. Jadi tak perlu risau.  Kalau datang malam hari, adanya persembahan muzik busking di ruang makan bagi menambah suasana. [gambar]  #3 Pelbagai Gerai Masakan Seperti banyak restoran di Kuching ini, Kopi O Corner juga berkonsepkan "medan

Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19 (Pusingan 3)

Imej
Aku dengar bulan ini pusat saringan covid-19 di KBS ialah bulan terakhir.. Jadi penulisan ini mungkin catatan akhir kerjaya aku di baris hadapan.. Jom mula 1.6.2020 Isnin - cuti umum sebab hari gawai.. 2.6.2020 Selasa - rehat Pusat saringan buka separuh hari bersempena perayaan gawai. Kebetulan hari ini pasukan aku masuk petang jadi dapat la sehari lagi cuti. Yeah 3.6.2020 Rabu - swabbing team : Aku, Lee Oh ya, mulai hari ni berlaku pertukaran anggota petugas (doktor). Pasukan yang ada masuk klinik masing-masing, dan diganti pula dengan orang lain.  Team B - Aku, Natasia, Audrey Teo, Florence, Lee Chai Chin, Safarina, Azila, Lim TX* (*MC sebab kemalangan) Team A - Haziq, Zailani, Pariksit, Asri, Lynda, Shamin, Sim,  Oh ya, sebab aku seorang je lelaki dalam Team A, tiba-tiba aku jadi koordinator untuk buat agihan staf di pelbagai zon. Maka sebarangan je aku sukarela untuk buat swabbing. Oh ya, Lee Chai Chin adalah kawan aku di KKJM, kali pertama di sini. Maka aku kena ajar & seli

Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19 (Pusingan 2)

Imej
2.5.2020 Sabtu  Keputusan NP & OP swab aku pada 27.4.2020 dan 29.4.2020 ialah negatif. Disebabkan bidang kerja aku tergolong dalam kategori perkhidmatan kritikal, maka dengan segeranya perintah pelepasan dikeluarkan supaya aku dapat kembali bekerja. Cuma ahli pasukan kali ini dah berubah menjadi baru.. Geng lama tinggal kenangan je la.. Teammate : Aku, Naqib, Asri, Shamin, Lynda, Tangalakshmi, Effa Team lain : Zailani, Sulaiman, Norman, Betty, Faiz, Pariksit, Fakri 3.5.2020 Ahad - masih cuti rehat sebelum masuk kerja (Hari 1) 4.5.2020 Isnin - asymptomatic bay team : Aku, Safarina, Azila, Lim TX Panas hari ni. Nasib baik la, pesakit tak ramai. Aku kena biasakan diri balik kerja kat sini sebab dah seminggu cuti rehat. Lagi pula, pasukan dah baru. Aku kena kena berkenalan balik dengan geng kerja. Rupanya Safarina ialah kawan masa kerja HO dulu di medical posting. Kebetulan sangat jumpa balik.. Oh ya, pesakit yang aku jumpa kali ni banyak dari luar negeri (oversea); Qa