Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

HO Arc! Episod 9

Sejak bekerja di HKL ni.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Dan seterusnya.. Episod 9 - tagging Medical   (26 Ogos - 5 September 2013) Berlatarkan di  SW26 , wad lelaki.. Di sini aku kembali merasakan suasana  O&G  iaitu sangat sibuk. Dan aku dengan pengalaman 2 posting lalu setidaknya membuatkan aku mampu menyumbang banyak kepada tenaga kerja wad (dah tau nak refer case, ambil darah, tulis PS / discharge / memo / MC dll) Asalnya aku patut tagging 7 hari  (sebab ni posting 3)  namun entah macam mana, Specialist wad ni Dr Z assess, kantoi pulak tak studi lagi.. "Mana taknya, posting ni serius busy. Tak sempat nak tengok buku langsung~ ada je kerja kena buat  (ie. taip surat/ ubat / memo dll)  Tapi posting ni tampak adanya kerjasama dan tolong-menolong antara HO dalam menangani isu-isu kecemasan.. Best sebab tak terasa keseorangan. Lagi pula ada kawan seperjuangan dari posting lama A

Child at heart

Imej
isi tersirat di sebalik gambaran watak berdua ni ialah... Saja-saja ingin aku kongsikan lukisan ni. Aku rasa ramai cuba mentafsirkan lukisan tersebut sebagai.. Yang kiri gambar merujuk kepada diri sendiri (aku la tu) memandangkan banyak lukisan-lukisan aku terdahulu melakarkan diri sedemikian rupanya Namun, siapa pula budak di sebelah tu?? Adik angkat? Kawan baik?? Yang pasti watak itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan harian Syed (aku) ni, sehinggakan dilukis bersama.. tapi siapa agaknya..? Maka inilah penjelasan aku. Gambar budak yang seringkali disertakan dalam sketch komik aku ni adalah diriku pada masa silam, masa budak-budak dulu..

Reconnect~

Imej
Senja menjelang~ sedangku bersahaja di rumah merehatkan diri, tiba-tiba aku dapat satu panggilan telefon.. "Ran, kenal lagi siapa (yang telefon) tak ni?? Free tak malam ni? Kalau free mai la datang rumah malam ni.. Lama tak jumpa semua.. ajak keluarga sekali, siapa yang ada??" Demikianlah antara isi perbualan tadi. Sebenarnya tu adalah panggilan daripada bekas jiran ketika aku tinggal di Terengganu dulu (1996-2000) . Memang jiran depan rumah je.. memang kenal sangat la.. Cuma sejak aku dan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur maka segalanya lost contact jadinya.. Apatah lagi aku sekolah berasrama  (jauh dari telefon seterusnya perkembangan semasa dunia luar ^-^!)  aku anggap arwah Wan berperanan baik masih berhubung dengan jiran ni masa tu. Kira-kira dah 2014 - 2001 = 13 tahun tak berjumpa masing-masing. Memang jauh berbeza rupa masing-masing. Jujurnya aku cam seorang je daripada adik-beradik berempat ni (memandangkan 13 tahun dulu semua kecik-kecik lagi) , sekarang

Istikharah

Imej
Hm, entri kali ni turut memuatkan kartun karya MuslimShow's. Jom ikuti komik ringkas tersebut.. Serta disisipkan juga Firman Allah dalam kitabNya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (surah Al-Baqarah 2:45) Juga terdapat satu hadith sokongan tentang istikharah seperti berikut; (aku jumpa lalu copy paste dari laman berikut -->  blog rujukan  ^-^! banyak lagi sumber lain yang boleh dirujuk) 

HO Arc! Episod 8

Kisah setakat ni.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5 : kisah di posting O&G Episod 6  : tagging surgery 7 hari.. Episod 7 - wad bedah lelaki Seterusnya, sambungan ke... Episod 8 - wad bedah perempuan  (5 July - 23 Ogos 2013) Tugasan di wad yang lain, kali ni diberi wad  NW11  wad perempuan, juga selama 2 bulan. Alamak, wad perempuan lagi (sejak di O&G dulu) Tak sukanya aku sebab perlu  chaperon  setiap kali nak periksa pesakit atau prosedur. Tak banyak beza tentang aspek tugasan cuma tambahan dari kes umum dan vascular, terdapat juga Breast dan endocrine untuk pesakit perempuan.. Kemuncak lagi apabila aku menghadapi assesment dengan supervisor Mr H. Disebabkan kali ni final assessment untuk posting ni, maka tentunya buku log aku telah berisi molek ^-^! hasil susah payah gak nak minta tandatangan pengesahan daripada  MO .. "Assessor aku yang ni agak short-tempered orangnya. Namun aku lebih berasa bahawa dia tak marah aku bengang, malah le

[Lagu] Fauziah Latiff

Imej
(Nota - randomnya entri ni ^-^! santai-santai bersempena sebuah kenangan tentang seseorang. Apa-apa pun jom mulakan dengan pengenalan entri ni dulu..) Seperti biasa, aku menjalani hari-hari kerjaku seperti biasa. Balik sahaja bekerja, kedengaran lagu di komputer seperti yang di bawah ni.. Jom, aku kongsikan sekali lagi di blog ni.. Dan satu lagi.. Lantas menimbulkan satu nostalgia terhadap arwah mak aku. Ya, Fauziah Latiff ni artis kegemarannya pada suatu masa lalu. Malah, aku pernah dengar juga la arwah karaoke di rumah suatu masa dulu.. "Tapi siapa pula yang pasang lagu ni tiba-tiba?" - tanya isi hatiku ingin tahu

Dari Geriatrik..

Imej
Entri kali ni dimulai dengan satu hadith la ye.. Daripada Usamah bin Syuraik ia berkata bahawa, orang-orang Arab telah bertanya kepada Rasulullah sama ada mereka perlu berubat. Baginda menjawab: "Ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar, kecuali satu (penyakit) . Mereka bertanya, apakah yang satu (penyakit) itu, baginda menyatakan: iaitu (penyakit) tua." (Hadis bertahap Hasan Sahih, riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud) Nota - terdapat beberapa hadith lain juga memerihalkan berkenaan penyakit yang tiada penawar, namun dijelaskan penyakit tersebut adalah maut/ mati.." Dalam episod 16 HO arc, aku bertugas di wad geriatrik iaitu pesakit terdiri daripada golongan warga emas (umur lebih daripada 65 tahun) . Prinsip rawatan di wad ni turut menekankan kepada penjagaan kualiti hidup yang baik terhadap pesakit, kerana menjelang umur mereka yang kian lanjut dikhuatiri lebih banyak masalah yang

konflik dan sudut pandangan

Imej
(Nota - entri ni bersifat retrospektif skit, sebab aku perlukan recovery time terhadap konflik yang berlaku baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang dah lebih tenang, maka aku ingin menggunakan peluang ni untuk memerhati dan membuat kesimpulan. Jom~) Baru-baru ni aku terlibat dalam satu konflik. Maka dengannya terhasillah status facebook seperti berikut: i know we are busy with our own task  but i still need to give you a lesson,  especially when your attitude had pissed me off.. v_v - status facebook bertarikh 8.1.2014 CAUTION! - diharap jangan cepat sangat membuat andaian tersendiri tentang konflik yang berlaku~ Jikalau nak memandai-mandai buat taakulan, pastikan korang dah CONFIRM yakin tentang isi berikut:

Task Board

Imej
Entri ni lebih bersifat retrospektif, iaitu berlaku suatu masa yang lalu. Mulai.. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada sekali ketika bertugas di wad pasif, sepatutnya aku bekerja secara berdua dengan seorang rakan kerja.. Tapi entah macam mana dia tak dapat hadir sebab masalah kesihatan pula.. Berseorangan la aku gamaknya menjaga seluruh wad dengan 20+ pesakit.. Ramai-ramai pesakit ni, pastinya aku akan lost dengan tugas-tugas yang perlu dilakukan.. Jadi masa nilah perlunya aku kepada task-board aku sendiri.. "Staff nurse, nanti kalau ada apa-apa isu berbangkit minta tolong tulis kat board ni ye.. Nanti saya tengok dan usahakan.." (nota - sejak aku mula bekerja ni, aku perasan banyak isu hanya dikemukakan melalui lisan sahaja maka jadilah selalu terlepas pandang / lupa ^-^)  Demikianlah, antara satu lagi trademark aku bekerja selain lampu kepala . Namun kaedah ni lebih awal lagi aku prakt

HO Arc! Episod 7

Story so far, kupo~ Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5 : kisah di posting O&G Episod 6 : tagging surgery 7 hari.. Dah habis tagging maka bermulanya tugas rasmi.. Episod 7 - wad bedah lelaki   (1 Mei - 4 July 2013) Dah habis offtag, maka bertugas di wad  SW12  selama 2 bulan. Oh ya, waktu bekerja di posting ni pun 12jam iaitu 7am-7pm dan sebaliknya. Aku mengalami  culture shock  skit, sebab suasananya sangat berbeza berbanding dengan O&G. Para pakar bedah menjangkakan aku menghafal semua maklumat tentang pesakit tanpa perlu selak-selak  case note . Banyak kali dah aku kena  sound  sebab tak perform elok dengan suasana baru ni.. Namun, alhamdulillah dapat juga mengharungi hari-hari posting ni.. "Dalam bidang pembedahan, Hospital Kuala Lumpur dikhususkan untuk menguruskan semua kes berkaitan vascular system. Sementara diperihalkan Hospital Selayang pula ada pengkhususan Hepatobiliary (berkaitan sistem hati dan hempedu) . Jadi pentingnya untuk HO men

gambar konvo

Imej
Dah 2 bulan sejak hari konvo UNIMAS yang lalu, akhirnya gambar konvo yang aku tempah sampai ke rumah. Lambatnya, tapi tak kisahlah.. Bukannya barangan urgent sangat pun. Aku pulang dari kerja terus nampak gambar tersebut digantung di hall of fame rumah ^-^ tak sabarnya ayah ni.. Alhamdulillah.. Dengan ini, akhirnya semua ahli adik-beradik aku secara rasminya dah menamatkan pengajian pada peringkat tertiari. Dan kini masing-masing menceburi haluan tersendiri.. "Aku takde pula nak interview, tapi aku yakin bahawa si ayah pasti bangga + gembira melihatkan semua anak-anaknya berjaya pada tahap ni.. (kesimpulan ni adalah memandangkan tak sabar-sabar nak gantung gambar aku ahli terakhir graduasi) .." - -----------------------------------dari entri  aku suka doraemon ------------------------------------------- Jadi apakah aku yang sekarang ni telah memenuhi impian ibu bapa aku ni? Apakah mereka tetap gembira mengetahui kehidupan aku yang penuh pahit getir   (ni apatah l