Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Tunang (lagi)..

Imej
12 Disember 2016 adalah hari besar seorang lagi ahli keluarga aku - Abang Chik kini mengorak langkah pertama ke alam rumah tangga. Tapi episod kali bertunang dulu ^-^! insya-allah dipanjangkan jodoh ke alam perkahwinan bila sampai masanya.. Persediaan menghadapi hari-hari ni tak ubah macam masaku yang lalu. Cuma peranan masing-masing dah bertukar. (cepatnya masa dah berlalu ^-^!) Aku pula yang memandu bawa saudara-mara / tolong bawa hantaran / berjumpa dengan tuan rumah kali ni.. Fokus - kahwin doktor?! "Diperihalkan tunang Abang Chik adalah berkerjaya doktor di sebuah hospital besar.." Teringat aku akan satu perkongsian yang pernah aku jumpa di laman sosial. Maka aku ingin sekali kongsikannya di sini pula..

[Asrama] Cari orang

Imej
"Boleh minta tolong tak? Saya tengah cari adik saya yang belajar di sekolah ni. Dia dari rumah Merah 5 kalau tak silap.. Boleh tolong saya panggil dia tak ?" - tanya encik W yang sedang menunggu di kantin (ibu bapa / penjaga tidak boleh masuk asrama, hanya boleh tunggu di kantin sahaja) Antara satu adegan yang selalu berlaku kalau di sekolah berasrama pada hujung minggu (ibu bapa datang melawat anaknya di asrama..) "Boleh.. boleh, nanti saya panggilkan. ." - balasnya sambil berlalu pergi..  " (Wah bagusnya anak muda ni.. walaupun generasi makin berteknologi tapi rupanya masih ada akhlak mulia macam ni lagi dalam jiwa anak-anak..) " - sambil tunggu penuh berharap..  Aku turut menunggu untuk melihatkan epilog adegan tersebut. Namun, selang beberapa masa masih belum lagi diketemukan antara dua-dua pihak ni.. " (Mana pulak budak ni? Cari-cari tak jumpa lagi ke?) " - tanyaku bermonolog dalaman naif.. Namun, rupanya anak muda itu tidak berus

Hyperem

Aku ambil EL (emergency leave = cuti kecemasan) hari ni. Perihalnya isteri aku teruk muntah-muntah sampai tak bermaya. Maka tugasku untuk membawanya pergi check up (kebetulan appointment hari ni) dan serta pastikan setidaknya dia tak keseorangan dalam detik-detik payah ni.. "Kali pertama aku ambil EL sejak dah hampir 4 tahun berkhidmat.." Sebelum cerita halnya, mari kita imbas kembali sebentar.. sejak 2 minggu yang lalu, alhamdulillah isteriku disahkan mengandung. Impressi pertamanya ialah dah lama tak datang haid (walaupun haidnya tak tentu, tapi kali ni lamanya yang tak terjangka) . Dan kemudiannya bila dibuat ujian air kencing, telah dibuktikan positif beberapa kali.. Memang impiannya untuk dapat cahaya mata sejak berkahwin. Sungguhpun aku turut bergembira, di sebalik kotak fikiranku teringat akan satu dalil.. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- " Dan Kami wajibkan manusi

Terima kasih Vs Minta Maaf

Imej
Nota - dah lama cari baru jumpa 'gambar nasihat' ni kat media sosial facebook .. Jom aku tambahi dengan satu contoh dalam situasi kehidupan [sebab takde idea lain, maka sengaja aku pinjam dari entri lama  tolong orang  suatu masa lalu, untuk perbincangan ini, sila abaikan siapa adalah watak siapa] "Kau (shif) S1 hari ni, kan? Aku nak minta tolong kau ganti aku (shif) S2 hari ni, boleh tak? Aku ada assessment esok la, takut takde masa nak studi nanti.." Maka adegan tolong itu pun berlalu, sampai epilog situasi tersebut.. Trigger! (apakah ucapan yang sesuai diucapkan kepada seseorang dah menolong kau seperti yang diminta suatu masa tak lama... apabila dah berjumpa semula?) (a) terima kasih ye sebab tolong aku hari tu (b) eh maaf tau susahkan kau tempoh hari.. Berdasarkan perwatakan aku, aku selalu memilih pilihan (b) sebab aku tahu aku dah susahkan seseorang melalui minta tolong tersebut.. "Agaknya mesti jadual dia terganggu sebab nak tolong aku punya

[Resipi] Kari Ayam gaya-Mamak

Imej
Catatan kemaskini 22.3.2019 - tukar tajuk menjadi lebih relevan [Resipi] Kari Ayam gaya-mamak Dari sampai siri keempat rupanya entri memasak ni.. ^-^ tak tersangka pula.. "Sejak berkahwin, isteriku sentiasa menyediakan makanan untuk aku, banyak masakannya yang sedap-sedap.. Namun, ada masa-masanya aku kena berlatih memasak sendiri juga .. " Semak semula entri  Memasak  tentang pengenalan kepentingan memasak "kalau kita sediakan makanan untuk seseorang, dia akan dapat makan untuk sehari  (iaitu hari yang sama makanan disediakan) , tapi kalau kita ajar dia menyediakan makanan  (memasak) , dia akan dapat makan sepanjang hidupnya"  ^-^ Resipi seterusnya adalah.. Menu : Kari Ayam Tak ingat sangat nak masak macam mana, jadi aku ikut je panduan yang tertulis di belakang pek serbuk kari ni je.. Tumbuk bawang merah dan bawang putih - Aku guna 4-5 biji bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih je.. Perahkan air asam jawa ke dalam hasil tumbuk - ni aku guna 2 bi

Animasi M'sia (5)

Imej
[nota - entri ni bersifat santai tentang hobi aku je..] Hari Jumaat pukul 530petang.. yeah.. episod baru Ejen Ali dah keluar ^-^ Aku kongsikan satu klip promosi dari kartun CG terbaru Malaysia Ejen Ali.. Fokus - Ejen Ali Sedikit sinopsis yang aku copy paste dari laman web tonton.com.my tentang kisah Ejen Ali ni.. " Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, Trez tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Ole

Kepentingan muhasabah

Imej
Bismillah.. Entri kali ni timbul hasil sesi tadarus al-Quran bersama isteri acapkali seusai solat fardhu Marghrib. Maka terlintas akan satu nasihat / tazkirah sisipan yang didapati pada halaman terjemahan kali ni.. Fokus - kepentingan muhasabah [ nota : takde kesinambungan dari entri musahabah terdahulu, maka aku tak dapat buat penomboran entri] [nota : entri blog ini hanyalah edisi ubahsuai ayat penerangan tazkirah kepada bentuk point agar aku mudah faham sendiri..] Muhasabah (menghisab) diri terbahagi kepada dua situasi: --------------------------(A) Muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan------------------------------ "Pada ketika ini, apabila muhasabah berlaku, dia akan berhenti pada awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginannya sehingga jelas baginya bahawa melakukannya adalah lebih baik daripada meninggalkannya.." Al-Hassan berkata, "Semoga Allah merahmati hambaNya yang berhenti pada saat berkeinginan. Jika kerana Allah, maka dia

[Lagu] Ceria Raya

Imej
Syawal 1437H menjelma.. Tema pakaian ni sepatutnya dirancang untuk hari perkahwinan kami tempoh hari.. Selamat hari Raya Aidilfitri daripada kami berdua. Maaf zahir dan batin.. Ok , too mainstream .. Hari pertama raya buka facebook, semua pakat post gambar raya dengan suami/isteri beserta anak/keluarga.. ^-^! haha, takpe la.. ikut je.. Sengaja aku ambil cuti rehat lama sikit supaya dapat balik beraya di kampung kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Ambil peluang untuk berkenalan dengan saudara/keluarga Farahin pula.. "Mungkin perasaan berhari raya tidak lagi serancak seperti zaman kanak-kanak yang lalu. Namun, pada satu sudut yang lain, aku menyambung semula projek salasilah . Dulu susah sikit sebab kumpul maklumat dan conteng kat mana-mana kertas lepas tu balik rumah buka komputer dan update di MS Excel (buat sendiri) . Tapi kali ni, tergerak hati cari Apps di Google Play (android).. maka insya-allah, ada perkembangan lagi..  Raya kali ni, kedengaran satu lagu ra

Epilog Ramadhan 1437H

Bismillah.. Alhamdulillah, habis juga puasa Ramadhan tahun (1437H) ni. Ramadhan kali sedikit berbeza disebabkan aku sudah berumah tangga.. Tak seperti yang terdahulu, aku sentiasa menyediakan checklist / mutaba'ah amalan menjelang ramadhan (boleh rujuk entri blog sendiri epilog ramadhan 1434H  sebagai contoh) . Namun, kesan usaha 4 tahun lebih 'budaya' tersebut setidaknya memberikan idea amalan Ramadhan at the back of my mind . Maka epilog Ramadhan kali ni adalah seperti berikut: Al-Mat'hurat - Ok, langsung lupa pasal al-mathurat sebagai salah satu ibadah dalam Ramadhan (v_v astagfirullah) Solat dhuha - pun langsung tak teringat kali ni Qiamulail - berjaya la jugak beberapa malam Ramadhan. Alhamdulillah berkat isteri yang kejutkan sahur awal. Ada masanya tertidur dulu, baru bangun solat malam (isyak + tarawikh) . Kalau mengikut definisi qiamullail, kena la maksudnya kan.. "Namun, ada yang berpendapat bahawa solat tarawikh itu sendiri sudah dianggap

Keturunan Rasulullah

Imej
Bismillah.. Idea untuk entri kali ni timbul ketika mana aku mengharungi perkongsian di media sosial yang aku parkir pada page sendiri.. Artikel sebenar -->  Daily Pakistan Global / Is the Queen Elizabeth from the Spanish-Muslim descendant of the Holy Prophet (pbuh)? ( spoiler alert! - Artikel ini berkenaan tentang salasilah Queen Elizabeth (Ratu UK) yang mana apabila diperdalami adalah waris keturunan Rasulullah s.a.w. Satu penemuan yang menakjubkan apabila ahli kajian genealogi berjaya menghubungkan generasi Ratu Elizabeth sampai la kepada Rasulullah sendiri..) Teringat aku akan satu hadith popular yang sering didengari kalau berkata tentang memilih jodoh.. " Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana (1) hartanya, (2) keturunannya (3) kecantikannya, dan kerana (4) agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi) Aku tertarik pada persoalan keturunan dalam h

Nafkah

Imej
Ok, dah jadi suami orang dah. Maka aku kena belajar dan tahu tentang tanggungjawab suami. Antara perkara yang aku kena tahu ialah ialah berkenaan nafkah.. kebetulan jumpa perkongsian di laman sosial facebook. maka ingin aku simpan kat blog ini untuk ingatan bersama.. Semoga bermanfaat.. #akumasihbarudalambidangni

Kahwin

Imej
Dah lama tak tulis blog.. ^-^ sebab bulan ni berlakunya peristiwa penting dalam hidup aku serta jadual kerja yang jadi padat akibat peristiwa tersebut.. maka malam ni baru lah aku ambil kesempatan untuk kisahkan dalam blog ni.. "Alhamdulillah, berlalu sudah tempoh pertunangan aku selama kira-kira 7 bulan 4 hari, maka 1 Mei 2016 adalah titik permulaan kehidupan berumah tangga bagi aku..." (bila aku tunang ?) Jadi entri kali ni fokuskan pada perkara-perkara yang berlaku sekitar perkahwinan kami.. Fokus A - Dugaan bertunang " Aku pernah terdengar akan suatu nasihat  (hadith kot? aku tak pasti sumber asalnya)  bahawa pada hari perkahwinan /akad nikah syaitan akan menangis. Hal ini disebabkan melalui perkahwinan, hubungan antara pasangan lelaki dan  perempuan   (suami isteri) telah halal, malah mendapat pahala.. pendek kata, syaitan ni hilang satu peluang untuk mengajak manusia ke arah kejahatan.. " - entri blog sendiri  [Lagu] Barak-allahu-lakuma Maka semestiny

Sakit ketika oncall

Imej
Oncall lagi ada sedikit peristiwa sedikit..  Kali ni aku bertugas sebagai oncall pertama (untuk terima sebarang panggilan rujukan kes) , tapi pagi-pagi dah ada kes MI (myocardial infaction) datang, dua pulak tu.. Masing-masing dari Hospital Betong, dan Hospital Simunjan. Dijangka tiba pukul 2 petang.. Tapi musibah melanda apabila pada pukul 2 petang tu aku jadi tak sihat. Salah makan mungkin. Akibatnya aku sakit perut amat sangat (pain score level 7-8/10) , ditambah pula diarrhea serta vomiting. Semua yang makan tengah hari tu dah keluar semula.. "This can't be good.. Mungkin aku kena minta tolong oncall kedua untuk cover aku yang berkeadaan begini.." Dan aku tetap turun ke bahagian kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan.. "Syed, are you okay? You don't look good.." - tegur rakan sekerja dari jabatan kecemasan.. "Yeah, i'm not okay.. Please help.." - balasku mengalah Maka staf kecemasan lantas menjalankan tugas mereka. Memasuk

Make home home project!

Imej
[nota - entri ni secara umumnya adalah bersifat serius namun terdapat unsur/elemen yang main-main sebab pengaruh game skit, maka teknik penulisan bahagian yang main-main tu aku setting font smallest+italic. semoga isi tersurat/tersirat yang masih dapat disampaikan..] Sudah 2 minggu pun berlalu sejak aku mula menyewa dan tinggal bersendirian di rumah baru.. Kononnya dalam sebulan sebelum berumah tangga aku perlu menyediakan kediaman yang selesa untuk aku dan bakal isteri kelak. "21 Mac 2016 adalah tarikh aku menandatangani perjanjian kontrak menyewa sebuah unit apartment (aku lebih takrif sebagai 'rumah flat' je kot) 4 tingkat. Pada permulaan, kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah hanyalah berupa dapur gas ( ability cookable ), dan sistem air panas 'shower' ( ability bath-able ), dan tentulah katil pun ada ( ability sleepable ).. maka bermulalah projek "make home home" untuk tambah dan lengkapkan yang lain pula.."

dugaan Rayani Air

Imej
Terbaca satu berita secara online di media internet tentang syarikat penerbangan Rayani Air menghentikan operasinya atas masalah tertentu.. (boleh rujuk laman ini untuk lanjutan The Star Online/09042016 ) "Berat sikit dugaan ni.. " Sedikit pengenalan sendiri tentang Rayani Air. Yang aku tahu la.. "Syarikat penerbangan yang baru diasaskan sejak bulan Disember 2015. Yang menariknya diperihalkan syarikat penerbangan diasaskan oleh 2 pengasas yang bukan beragama Islam, tapi berniat memperjuangkan prinsip Islam dalam operasi penerbangannya. Antara usaha tersebut ialah; Semua staff yang bekerja perlu berpakaian menutup aurat Tidak menghidangkan minuman beralkohol di kabin pesawat Adanya doa perjalanan sebelum penerbangan  Selain itu, harga tiket buat masa ini adalah antara yang murah jika dibandingkan dengan syarikat AirAsia dan Malaysia Airlines.. "Maka dengan sebab itu, aku juga tentulah ingin menyokong syarikat ini.." Namun, terbaru ni melalui la

Berdikari (entri 2)

Sedikit imbas kembali sebagai permulaan entri kali ni.. "Syed, do you like asrama..?" - tanya anak suatu masa dulu..  "Well, in a positive way, it's good place to learn and grow up..." "But why..? Everyday is torture.. you need to wake up early.. do this.. do that.. " - entri sekolah asrama "But you know, since you already been into asrama, everytime i see you i feel you keep me amazing.. "  "What do you mean..?" "Well, for example.. previously you have been into sekolah harian, you had limited your growth (of skill and knowledge) .. your only learning point are those of school times.. your parent do your food and clothes, and send-fetch you back wherever you are going.. in asrama, your skill development are exponential in many aspects. sometimes you had suprises me with your new experience.. with that I really can't foresee your level anymore.." "Really?? (blushing..) "  Demikianlah antara d

Perlumbaan

Imej
Dah lama tak menulis blog.. ^-^! kerana aku tiada sumber internet tetap sendiri (tinggal menumpang di rumah orang sehingga tebal muka nak minta WiFi, sementara cafe tempat lepak aku baru ni membuat renovasi internet pula jadi tak dapat nak datang main WiFi sambil mengopi) .. "Apa-apa pun, selamat kembali kepada diri sendiri.. Jom kita teruskan dengan trigger entri kali ni.." Sempena aku balik rumah minggu ni, aku menumpukan persiapan majlis kahwin aku dalam perihal jemputan. Maka aku berjumpa beberapa kawan lama untuk memberikan kad jemputan serta menyebarkan berita gembira ini.. Menariknya aku berpeluang menyusun temujanji dengan kawan dari pelbagai zaman persekolahan. Rantau.. Segambut.. Sepintar.. Ada perjumpaan secara peribadi, ada juga pertemuan kumpulan kecil, dan mestilah ada pertemuan besar-besaran hari reunion alumni sekolah yang dihadiri pelbagai lapis (bekas) tingkatan pelajaran.. "Terlintas dalam arus fikiran, dalam tempoh beberapa tahun sejak perpis

[Lagu] Faizal Tahir - Assalamualaikum

Imej
(entri kali ni bersifat santai dan bersahaja.. ^-^! sebab ada lagu alunan halwa telinga..) Aku tak tengok AJL (anugerah juara lagu) tempoh hari pun, tapi ramai dok membincangkan satu pembentangan lagu oleh seorang artis, yang mana persembahan tersebut memang mempunyai mesej pendidikan yang mendalam.. Tiba-tiba terlintas nak dengar.................. Memang betullah lagu ni memang betul-betul memberi pengajaran T_T huhuhu..

Motosikal

Imej
[Entri ni sempena ulang tahun pertama pemilikan motosikal impian aku.. ^-^! dah berlalu lebih seminggu dari tarikh entri, tapi takpe la..] " Ulang tahun pertama. Alhamdulillah.. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" [Surah. Az-Zukhruf 43: Ayat 13-14]   Alhamdulillah dan terima kasih atas segala kemudahan.. Semoga nikmat ini berpanjangan lagi..   " - post dari facebook bertarikh 31 Januari 2016 Fokus - motosikal sebagai kenderaan utama.. Sejak entri dahulu kala transport ke tempat kerja , dah lebih 3 tahun dah. Berbekalkan wang gaji yang pernah dikumpul, maka aku memilih motosikal sebagai kenderaan utama di tempat kerja ^-^! "Kau pakai motor (motosikal) lagi ke? Dah jadi doktor pun masih naik motor..??" "Jadi doktor kenalah ranggi sikit ; kereta elegan , pakaian smart.. Ini tak, naik motor je apa cerita??&qu

Siblingship

Imej
Entri kali ni terbit hasil perkongsian dari laman media facebook (lagi ^-^! haha..) . Jom aku kongsikan sekali lagi di sini.. kredit kepada karyawan komik di atas kerana inspirasinya.. Kalau diteliti tentang komik ini, ia berkisar tentang kasih sayang antara adik-beradik; yang mana walau hubungan antara adik-beradik selalunya nampak nakal dengan gurau senda, namun pada satu sisi terdapat kasih sayang yang mendalam (yang susah nak nampak dari kalangan kawan-kawan)... Aku agak terganggu dengan satu adegan baru-baru ni..

Sedeqah (4)

Bismillah.. Oleh kerana entri kali ni adalah berkenaan dengan hal sedeqah, maka jom kita ulangkaji semula entri blog sebelum ini (yang berkaitan) .. Sedeqah  - mengupas tentang adab dalam bersedekah berdasarkan surah Al-Baqarah 2:261-274 Sedeqah (2)  - salah satu contoh situasi dalam kehidupan yang membawa kepada keperluan bersedekah Sedeqah (3) - syaitan akan menakutkan kita dengan kemiskinan sebab bersedekah. Tapi ada hadith yang menyatakan supaya jangan bakhil & tamak haloba Ok, aku dah ingat dah! Persoalan yang timbul dek entri sedeqah (2) adalah seperti di bawah.. " Tanpa sedar, nikmat harta turut buat aku hanya fikirkan diri sendiri dan lupa orang lain.. Bukanlah mahal mana pun nasi lemak  (RM2.5 je aku selalu aku makan) , kalau nak dibandingkan dengan gaji yang aku dapat hasil kerja sebulan. Apa salahnya sekali sekala, sedekah je kat orang yang memerlukan.. Takkan nak berkira juga kot.." "Beserta dengan nikmat harta, Allah juga turunkan satu ujian

Petting animal..

Imej
[nota - entri ni topik rawak ^-^! malah bukannya berdasarkan peristiwa peribadi.. maka sepatutnya bukan satu entri panjang..] Baru ni kakak aku bawa anak-anaknya melawat ke Farm in the city untuk memberi pendedahan tentang haiwan-haiwan peliharaan yang jinak seperti ayam (kalau gambar ni -> anak ayam) , arnab, kuda dan lain-lain.. "Aku berpendapat itu adalah satu tindakan yang baik bagi ibu bapa; memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang haiwan peliharaan. boleh memupuk kasih sayang terhadap haiwan-haiwan ni.." Kalau dulu-dulu di kampung, tentulah adanya haiwan sebegini di halaman/ladang. Tapi melihatkan generasi muda (moden) yang dimanjai teknologi dan gadget elektronik dewasa ni, aku boleh kata susah nak semai pendedahan sebegini. Malahan, ada pula yang berfikiran bahawa anak-anak mereka bersih (sementara haiwan-haiwan tersebut semua kotor) tak sesuai untuk dibelai pegang bagai.. ^-^ maka impaknya terjadinya golongan yang mementingkan diri sendiri serta

Sekolah asrama (ep 2)

Imej
Entri ini adalah kesinambungan dari entri yang lalu.. Sedikit ringkasan halnya.. Seorang anak muda bernama Sam sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah. Kali ini berlatarkan sekolah berasrama penuh yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. Pada awal permulaan, diperihalkan si anak muda ni tidak berseorangan kerana ada beberapa kawan dari sekolah rendah yang terdahulu turut sama menyertai 'cabaran' sekolah berasrama ni. Namun, setelah beberapa hari menjalani kehidupan asrama, dikisahkan si sahabat ni menangis-nangis ingin bertukar semula ke sekolah biasa.. "What about your friend? What are you going to do (about him) .. " tanyaku (seperti mana ending entri terdahulu sekolah asrama ) apabila mengetahui tentang si sahabat ni.. "He's a coward.. Hmph i don't friend him.." "But aren't you two good friends?" "That was last time.. But i don't want to friend a coward.."  " i see. ."

Sekolah asrama

"How's your new school? Did you get used to the asrama" - tanyaku kepada seorang anak muda "The new school is a 'torture'! Everyday have to wake up early.. And this.. and that.." - balasnya.. "But it's okay, i'm not going to give up just yet.." ---------------------------------<kena cerita semula kisah ini dari awal>---------------------------------------- Episod (kisah) kali ni berkisar tentang seorang anak muda yang mula melanjutkan pelajarannya ke alam sekolah menengah. Ditakdirkan dia mendapat tawaran sekolah berasrama hasil kejayaannya dalam peperiksaan UPSR tahun lalu (2015) . Oh yeah, let's do profile check ! "Sam, anak muda yang tahun ni (2016) berumur 13 tahun, Kali ni mula berdikari di sekolah asrama. secara umumnya aku nampak dia seorang yang bijak pandai dalam akademik, Petah berbicara bahasa Inggeris,, Suka berbahas~ Berperwatakan lemah lembut~ Tidak begitu giat dalam aktiviti fizikal (jogging

Azam tahun 2016

Imej
Entri pertama tahun ni adalah berkenaan azam tahun baru ^-^ maaflah lambat tulis.. Tahun 2016 adalah sedikit berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tahun ni insyaAllah aku akan berkahwin (rujuk entri Tunang ).  Maka perlu tetapkan azam tahun ni.. Fokus A - berkenaan perbelanjaan Imbas semula satu entri 'copy paste' yang lalu berkenaan Tips selamatkan wang . Jom semak pencapaian untuk tahun 2015: 1. Belanja kurang dari pendapatan "Sejak akhir Jun 2015, aku bertukar stesen perkhidmatan ke Sarawak. Maka berlakunya perbelanjaan melibatkan perpindahan tersebut, lagi pula gajiku perlu diulangkaji semula menyebabkan aku tidak mendapat gaji penuh macam selalu sampai la bulan Nov 2015. Jadi tak boleh nak komen banyak sangat sama ada aku berjimat atau tidak.."