Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Komen aku tentang [Wayang] Ejen Ali The Movie (Misi: Neo)

Imej
Filem Ejen Ali dah keluar 28.11.2019! Kali ini aku proaktif untuk tengok Ejen Ali awal-awal, tapi takde la terdesak sangat sampaikan hari pertama keluar terus nak tengok, tahan-tahan la juga sampai hari Sabtu baru tengok (Sabtu ada promosi tiket murah ^-^!) Sedikit ulang kaji tentang ringkasan kisah Ejen Ali setakat ini..: --- Apakah halnya dengan cerita Ejen Ali ini? --- Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak 12-tahun bernama Ali, secara tanpa sengaja telah terlibat dalam konflik antara agensi rahsia MATA vs kumpulan musuh UNO (yang mana ketika musuh sedang menghantarkan alat (gadget) istimewa IRIS sesama ahli mereka,  salah faham berlaku dan IRIS telah jatuh ke tangan Ali). Situasi semakin rumit apabila Ali mengaktifkan gadget tersebut dan program alat tersebut tidak dapat dipisahkan daripada Ali) Maka sejak itu, Ali direkrut masuk sebagai ejen MATA untuk jalankan misi. Jadi di sebalik menjalani kehidupan sebagai seorang murid sekolah, dia juga terlibat dalam menjalank

Street of Rage 2 [Game Sega]

Imej
[nota - penulisan kali ini bersifat santai, nostalgia kembali salah satu game lama] Kalau suka main game Street of Rage , semestinya kena main episod ke-2. Ada tambahan menarik dalam sistem permainan (gameplay). "SOR2 ini tersenarai dalam game terbaik bagi konsol Sega sepanjang masa.." Street of Rage [Eng] 2 / Bare Knuckle [Jap] 2 [Sega] Sinopsis; Setahun selepas peristiwa lalu, bandar dah kembali aman selepas tumpasnya sindiket penjenayah Mr X. Namun, tak lama lepas tu kejahatan sekali lagi menguasai bandar tersebut.. Mr X, ketua sindiket yang mana dipercayai telah ditewaskan kini kembali lebih kuat dari dulu. Dia berniat untuk membalas dendam kepada kumpulan wira. Kali ini dia menculik Adam Hunter untuk mengumpan Axel Stone & Blaze Fielding ke suatu perangkap. Jadi Axel & Blaze pun bertindak untuk menyelamatkan kawan baiknya, kali ini dia disertai Max (si Gusti) & Skate (adik Adam). Mereka berempat ingin menyelamatkan kawan baiknya dan sekali lagi m

Kisah 3 Orang Terperangkap di Gua

Imej
Bismillah.. Dah habis buku tazkirah yang lama, kini aku & isteri beralih ke buku yang lain pula. Sedang kami menyelusuri buku yang baru. Topik pertama adalah berkenaan hal IKHLAS, disertakan satu hadith menarik berupa kisah.. دولو اکو ڤرنه دڠر قيصه (حديث) اين، انته د مان اتاو داري مان. تاڤي ماس ايت اکو مودا٢ لاݢي، جادي دڠر ڤون اچوه تق اچوه سهاج. تاڤي ڤرتمبوڠن کالي کدوا باچ ممبڠاتکن اکو تق نق لوڤا لاݢي قيصه. اوليه ايت اکو سالين کدالم بلوݢ اين اونتوق منفعة سموا Kisah 3 Orang Yang Terperangkap di Gua Nota - macam biasa, aku suka mewarnakan watak sesuai dengan skrip masing-masing, supaya lebih senang nampak siapa bercakap ayat mana.. Abu Abdul Rahman, nama sebenarnya Abdullah bin Umar, bin Khattab, melaporkan beliau mendengar Nabi Muhammad menjelaskan; --- (semua di sini ialah kata-kata Rasulullah) --- Pada suatu masa dahulu, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, mereka tiba di sebuah gua dan terpaksa bermalam di situ. Mereka pun masuk, tiba-tiba sebiji batu besar jatuh

[JomBaca] Forensik Kewangan

Imej
Jom Baca! Yosh, nampaknya dah setara dengan sasaran sebulan sebuah buku! Sejak akhir-akhir ini masa rehat kerja tengah hari aku diisi dengan hobi baca buku. Jadi sehari dapat la juga 30 minit yang berkesan untuk fokus baca.. "Aiseh, selalu sangat baca buku motivasi [agama]. Kali ini tukar angin sikit.."  Forensik Kewangan - Bagaimana langsai Hutang dan kumpul harta dengan pantas? Penulis : Zaidi Ismail [Nota - Penjelasan adalah dari kulit belakang buku]  Dibesarkan di perkampungan setinggan di Petaling Jaya, merupakan seorang usahana, pelabur dan juga pengasa kepada UrusInsan, sebuah komuniti dalam talian yang celik kewangan dan fokus kepada pendidikan kewangan, urusuInsan emmpunayai lebih dua ribu (2000) ahli di serata dunia. Beliau banyak menghasikan video pendidikan kewangan melalui laman sesawang www.urusinsan.info  Beliau bersara dari pekerjaan makan gaji seawal usia 32 tahun. Beliau kini akif dalam perniagaan berkaitan hartanah (menguruskan lebih dari 64

Jenis-jenis Diam

Imej
Macam biasa, aku dan isteri mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama melalui buku  Permata Orang Yang Beriman (Jilid 1) . Kali ini, sampai ke satu topik tentang berdiam diri. Fokus - jenis-jenis diam Terdapat beberapa penjelasan tentang jenis-jenis diam iaitu: #1 Diam Bodoh  - iaitu diam kerana tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengertian atau lemah pemahaman dan beberapa alasan yang lain. Namun, diam ini jauh lebih baik dan selamat, berbanding dengan memaksa bercakap atau merasa tahu #2 Diam malas - Ia merupakan keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya, namun enggan bercakap kerana tiada mood, malas atau tiada selera #3 Diam sombong - Ia termasuk diam negatif kerana diamnya disebabkan dia menganggap bahawa orang yang berbual dengannya tidak setaraf. "I won't talk to you until you call me Dato..." #4 Diam Khianat - Juga dikatakan diam orang jahat (kerana tujuan berdiam diri

6 Surah Sunat Hari Jumaat

Imej
Hari Jumaat datang lagi!! Perkongsian kali ini adalah tentang surah-surah yang sering dikait-rapatkan dengan hari yang istimewa ini. Jom amalkan sunnah bacaan surah-surah berikut.. #1 Surah Al-Kahfi.  " Dari Abu Said Al-Khudri r.a, dari Nabi saw bersabda :  Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.  [Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim] " "D ari Abu Said Al-Khudri r.a :  Barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”  [HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi]. "  " Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda;  “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni

Fort Margheritta

Imej
Ibu bapa mertua dan adik ipar (seorang) datang melawat Kuching lagi.. Kalau ingat sebelum ini, mereka ada datang sekali tahun lepas (rujuk entri blog aku -->  Serikin-Tasik Biru-Gua Angin  dan  Jong's Crocodile Farm ) Jadi ziarah kali kedua ini, takde la nak bawa jalan sangat kata mereka.. Tapi tak juga, kena cari idea nak bawak ke mana kali ini. Sebelum ini dah bawa ke: Serikin Tasik Biru Gua Angin Taman Buaya Jong Kampung Budaya - aku tak buat liputan sebab tak ikut (kerja T_T) Muzium Kucing - aku tak buat liputan sebab tak ikut (kerja T_T) Maka mencari juga idea nak bawa ke mana.. Sehingga la isteri terjumpa satu iklan tentang satu lagi muzium.. "Oh ya,di Kuching sebenarnya ada banyak muzium. Tapi buat masa ni sedang berlaku kerja renovasi / pembinaan muzium baru.. Banyak muzium ditutup. Tinggal beberapa sahaja.. sumber gambar dari internet (facebook) Fort Margheritta, Kuching (The Brooke Gallery)

Kisah Nelayan Miskin & Raja

Imej
Bismillah.. Semalam aku terjumpa lagi perkongsian berupa kisah nasihat. Kisah ini aku pernah dengar sebelum ini, tapi acap kali aku lupa balik. Maka, sukanya aku nak kongsi dalam ini agar senang nak cari semula suatu hari nanti.. Nota - ini hanya sekadar salin & tampal dari siaran asal dari laman Facebook  Sahabat Mahkamah Syariah - Doa Orang yang Dizalimi . Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka Nota - aku kekalkan jenis tulisan asal kisah. Namun, selang antara cerita mungkin aku sisipkan celoteh / ulasan sendiri --- kisah bermula di sini --- ݢمبر هياسن DOA ORANG YANG DIZALIMI Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan. Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada. Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut. Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha