Jom Baca

Bismillah, 

Apa itu JOM BACA?? 
JOM BACA ialah satu isi kandungan tentang senarai buku yang pernah aku sebut dalam pos/entri blog-blog dari mula sampai mutakhir. Sekadar perkongsian tentang buku-buku yang bagi aku menarik. Semoga bermanfaat buat semua..
Buku pilihan aku lebih kepada motivasi atau nasihat. Selalunya buku agama sebab agama itu nasihat ^-^! novel, fiksyen sedikit kurang menarik minat sebab banyaknya tulisan serta perlu imaginasi sendiri.. Kalau ayat berbunga-bunga, ditambahi lagi situasi yang rumit jadi pening.. Kalau cerpen mungkin boleh dipertimbangkan.. Tapi kalau komik aku lagi suka sebab dah ada gambar tak perlu imaginasi (komik aku ada genre kegemaran juga)

NOTA - masih dalam penyelenggaraan lagi. Aku kena selusuri semula blog sendiri dari mula sampai akhir untuk kumpulkan. Tapi setakat ini. dah habis semak sampai 2017. lepas ini sila tengok 2018

Buku sepanjang masa: Al-Quran (tiada spesifik penulisan tentang AlQuran tapi boleh rujuk semua penulisan lain yang berlabel AlQuran atau Nasihat)
"Alhamdulillah Al-Quran masih menjadi 'buku' utama aku setiap hari. Dan insyaAllah, aku doakan diri dan semua agar sentiasa berdamping dengan Al-Quran mukjizat terhebat"
Bacaan terdahulu yang disebut dalam entri blog aku:
(bukan ulasan penuh buku, sebaliknya lebih kepada sisipan sampingan... kecuali jika dinyatakan 'ulasan penuh')

  1. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi (entri trust)
  2. Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit (entri solat dan kesihatan)
  3. Senjata Mukmin (entri istikharah)
  4. Khutbah Rasulullah Wasiat agung buat umat terakhir (entri nasihat dari kematian)
  5. Bekalan Kebahagian Dan Petunjuk Jalan Menuju Syurga (entri psikologi tinggal solat?)
  6. Himpunan kisah-kisah menarik dari Al-Qur'an (entri permudah dan jangan menyusahkan)
  7. Add Pahala Delete Dosa (entri ayat 1000 dinar)
  8. Stop! Syurga (entri qarin (entri 2))
  9. For One More Day 
  10. Ensiklopedia Al-Quran edisi jimat (entri Bulan Al-Quran)
  11. Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah 
  12. Ajaibnya Sedekah - Semakin bersedekah semakin kaya (entri Sedeqah)
  13. Antologi Sehijau Warna Daun Tingkatan 1 (entri hadiah terbaik)
  14. Literature for upper secondary school The Pearl (entri kaya
  15. Selected Poem and Short Stories form 1 (entri Of Bunga Telur & Bally Shoes)
  16. [UlasPenuh] Mars & Venus Together Forever (Edisi Bahasa Melayu)
Kategori Komik/Santai
  1. Penyiasat Remaja
  2. Lukisan Tarbiah 2 - REFLEKSI
  3. 3-Minit Fakta Ciptaan Hebat
Senarai bacaan tahun 2019
Senarai bacaan tahun 2020
  1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas #kewangan
  2. Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual #karisma
  3. Anda & Kereta - Cantik Belum Tentu Selamat #automotif
  4. Parent, Think! #melayu #keibubapaan
  5. Pengantar 'Ilmu Jawi #bahasa #jawi
  6. Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangannya #bahasa #jawi
  7. Fotografi Gaya Mukmin - Panduan Fikah Seni Foto #fotografiXagama
  8. P.K.P - Publish Komik Pertama #ebook #teknikkomik
  9. Muhammad s.a.w Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan #agama
  10. Cycling Fun & Easy #english #cyclingbasic
  11. Fikah Perubatan #perubatanXagama
  12. Urus Rumah With Hani #homemanagement #kitchenmanagement #moneymanagement
Senarai bacaan tahun 2021 (sasaran 15 buku)
  1. Bukan Doktor Gugel #soaljawabperubatan
  2. 7 Hari Ingat Makna Bacaaan Dalam Solat #agama #solat
  3. Sila Baca, Jangan Tidur #agama
  4. Sebelum Aku Bernikah - Memeluk Sempurna #agama #perkahwinan
  5. Sebaik-baik Nasihat Dari Seorang Mentor
  6. Psikologi Si Kecil #keibubapaan #psikologi

جوجور چاكڤ, اكو سوك باچ بوكو سبنرڽ چوم سريڠ دكالهكن اوليه ڤراسأن مالس سرتا هيبورن دنيا يڠ ملالايكن. كنا لاون دوݢاءن ايت هابيس-هابيسن



--- Sedikit panduan buat diri ---
Tajuk buku
Penulis
Penterjemah (jika ada)
Penerbit
Bil halaman/ muka surat
Deskripsi (kulit belakang)
Markah (peribadi)
Komen (peribadi)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)