[JomBaca] Fotografi Gaya Mukmin

"اکو ڤراسن کالاو باچ بوکو برکنأن فکتا، کنا توليس چاتتن سيکيت بارو علمو لبيه ماسوق اڤ يڠ کيت باچ. جادي کنا بوات نوتا سيکيت٢ سمبيل ممباچ.

Baiklah, buku yang ketujuh (ke-7) untuk tahun ni.. JOM 

Fotografi Gaya Mukmin - Panduan Fikah Seni Foto

Penulis 

1) Ustaz Azhar Idrus
  • Seorang tokoh agamawan yang dikenali ramai.
  • Berwatakan bersahaja, menjadikan beliau disukai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda.
  • Beliau juga menulis beberapa buah buku antaranya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat, Deme Wasap Ambe Reply, Tazkirah senafas, dan yang terbaru Jihazul Madihah (= persiapan yang terpuji)
  • Selain berdakwah, beliau juga aktif dalam bidang fotografi. 
2) Imran Burhanuddin
  • Lepasan dipoma dalam bidang pengajian Tahfiz Al-Quran.
  • Baru menjinakkan diri dalam bidang fotografi sejak tahun 2010 dan berminat dengan fotojurnal, potret dan kandid, serta berminat dalam bidang penulisan
  • Menjadikan kedua-dua platform dalam menyampaikan Islam secara santai.
Penerbit    : PTS

Bil halaman/ muka surat: 109 (halaman bergambar)

Deskripsi (kulit belakang)
Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi. Ia lebih menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap jurufoto-jurufoto muslim

Antara topik menarik buku ini
  • Betulah pencipta kamera pertama adalah Muslim?
  • Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?
  • Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?
  • Apakah jenis gambar yang terbaik dalam islam?
  • Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?
"Doh kalu nak tahu lebih, kena bace la.."

Sedikit perkongsian dari buku ini.. 
Tidak boleh menggunakan foto sebagai niat untuk fitnah!
Terutamanya dalam dada akhbar atau suapan media sosial, ramai menyalah gunakan gambar tertentu untuk tujuan fitnah. Terkadang cepat tangan kita ambil gambar dan menyebarkan cerita yang kita tak ketahui benar sahihnya secara penuh hanyalah untuk mendapatkan perhatian (like) di media semata-mata..
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah
Siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat kelak. Dan Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya
Markah (peribadi) : 3/5 

Komen (peribadi)
Benar seperti penjelasan kulit buku belakang. Buku ni tentang fikah. Takde perkara kemahiran teknikal dalam fotografi. Tapi bukanlah bermaksud kita tak boleh ambil ilmu buku ini. Sebab sebagai muslim, kita sentiasa tertakluk kepada landasan Islam dalam melakukan sesuatu aktiviti, tujuannya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Semoga kita ni tidak terjebak dalam dosa, bahkan boleh kaut saham pahala pula untuk akhirat nanti. 
Namun selepas menelaah buku ni tak disebutkan pula tentang "meminta izin ambil gambar" secara jelas. Halnya, ramai orang suka ambil gambar secara sorok-sorok lepas tu kongsikan di media sosial dan chat. Terutamanya pada situasi "tidak yang diredhai" - kakitangan hospital tidak mahu disebarkan gambar pesakit demi menjaga aib pesakit, situasi kemalangan waris tak mahu gambar parah keluarganya disebar-sebar dengan sebab yang sama..

Semoga iman kita jaga kita dari dosa sesama manusia..  

-----------------------

Senarai bacaan yang lain boleh rujuk sini --> JOM BACA. Mana tau kot-kot ada yang kena dengan citarasa anda.. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)