Jom Kalendar Hijrah!

Salam awal Muharram 1442Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik pada tahun sebelumnya..

Jadi bersempena tahun baru ni, semestinya ada promosi tentang kalendar baru. Begitulah piawainya. Kalendar Masihi bila masuk tahun baru, adanya jualan kalendar tahun baru.. Aku yakin kalendar Cina pun sama, tak mestilah kalendar Islam pun sama..

Jadi antara promosi yang terpapar melalui suap-berita media sosial Facebook aku ialah dari laman web rasmi ProductiveMuslim sendiri. Rujuk sini untuk artikel penuh --> [Artikel] Productive Muslim - Why Islamic Calendar Matters More Than You Think

Dari bacaan artikel tersebut, menariknya sejarah suatu masa lalu terdapat cadangan untuk menetapkan "kalendar dunia" agar setiap tahun sentiasa sama. Misalnya 1 Januari sentiasa bermula pada hari isnin tak kira tahun bila, Hari Natal (25 Disember) sentiasa jatuh pada hari yang sama, tiap-tiap tahun..

Kan bagus kalau sistem kalendar sama je macam sistem jam?? Sentiasa kekal dan tak berubah. Mudah untuk berurusan.

Idea dah nampak menarik, namun negara Islam dan beberapa agama / negara lain tak bersetuju. Jadi cadangan ini ditolak dan tidak dilaksanakan.

Setakat ini, seluruh dunia menerima kalendar Masihi sebagai kalendar utama bagi menetapkan aktiviti harian masing-masing. Walaupun kalendar Hijrah masih ada, namun tak begitu gah diamalkan melainkan hanya sekadar nak tentukan bilakah...

  1. Masuk bulan puasa wajib (Ramadhan)
  2. Hari Raya Aidilfitri
  3. Awal Muharram
  4. Maulid Nabi
  5. Hari Raya Aidiladha
Di luar lima perkara tersebut, kita tak ambil kisah pun kalendar Hijrah (Islam). Bahkan terdapat sebilangan kita begitu peka pada tarikh penting dalam versi kalendar Masihi, tapi langsung tak tahu versi kalendar Hijrah.. [contoh macam aku sendiri - rujuk penulisan aku Teori Birthday Hijri]. Memang kita acuh tak acuh tentang kalendar Hijrah..

Bacaan tentang asal-usul kepada penubuhan kalendar hijrah boleh rujuk sini --> [Artikel] SalamWebToday - Sejarah Kalendar Islam atau Takwim Hijrah
Boleh bayangkan - betapa penatnya pada zaman Saidina Umar r.a berusaha memperkenal kalendar Islam (sedangkan masa tersebut dah ada kalendar Masihi), supaya Islam tidak perlu bergantung kepada umat lain.. 

Bahkan dalam Al-Quran pernah tentang 12 bulan yang diterima di sisi (hukum) Allah.

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.  - Surah At-Taubah 9:36

Artikel Productive Muslim yang sama turut membincangkan betapa nama-nama bulan tersebut telah pun sedia ada sejak zaman nabi Ibrahim a.s (beserta 4 bulan terlarang dan lain-lain), namun amalan kaum kafir sebelum Islam ialah mereka sesuka hati menukar bulan terlarang mengikut keinginan dan kehendak mereka [ada kepentingan tersendiri]

Agaknya sama macam situasi tentang "Kalendar Dunia" juga? Pencetus idea kalendar tersebut semestinya perlu memilih kalendar siapa paling terbaik (dari aspek ekonomi, keagamaan dan lain-lain].. Boleh menimbulkan kepincangan buat Islam..

Cabarannya, sangat susah nak terapkan kalendar Hijrah dalam kehidupan kita seharian. Lagi-lagi melibatkan interaksi dengan pelbagai pihak. Temujanji doktornya, bayaran sewa dan bil lagi. Namun apa yang kita boleh buat ialah dari aspek kehidupan peribadi kita boleh mula serapkan kalendar Islam dalam pelan bulanan / mingguan.. Antara cadangan yang dianjurkan dalam artikel

  • Bagi golongan professional, rancang percutian dengan kalendar guna kalendar hijra
  • Bagi yang berkeluarga, luangkan aktiviti bersama ahli keluarga guna kalendar hijrah [hadiah hari lahir dan lain-lain]
  • Bagi yang berkerjaya sendiri (mempunyai pekerja) tetapkan hari gaji mengikut kalendar Hijrah (insya-allah, setiap 2 tahun pekerja anda lebih sayang anda sebab rupanya anda dah bagi gaji 25 bulan]. Nafkah isteri pun boleh guna idea yang sama..

Misalnya sambut Hari Lahir guna kalendar Hijrah & Masihi? (Siapa tak seronok sambut hari lahir lebih dari sekali setahun)??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)