[JomBaca] Bahasa Melayu - Kelebihan dan kekurangannya
Dah masuk bulan 8. Aku dipanggil lagi untuk menyertai barisan hadapan lantaran Kuching masih lagi zon covid yang belum reda. Jadi, jadual "membaca aku semasa rehat tengah hari" tergendala juga. Kena fikir jadual membaca di rumah pula.. Hm..
Bil halaman/ muka surat : 71 rumi + 32 lampiran artikel asal dalam jawi
Deskripsi (kulit belakang) - tiada
Apa-apa pun, ini buku ke-6 aku tahun ni (2020).. JOM BACA!
بهاس ملايو کلبيهنڽ دان ککورڠنڽ
Penulis : Za'ba
"Za'ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad (1875 -1973) ialah pendeta bahasa dan persuratan Melayu. Anugerah Pendeta disampaikan oleh Menteri Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu, Dato' Abdul Razak Husin dalam Kongress Bahasa & Persuratan Melayu ketiga di Johor Bahru dan Singapura pada tahun 1956. Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang bersepadu kerana menggarap beberapa bidang sekali gus iaitu bahasa, sastera, ekonomi, agama dan politik dalam kehidupannya.
Deskripsi (kulit belakang) - tiada
Markah (peribadi) : 4/5
Komen (peribadi)
Buku ni mengumpulkan semua artikel yang ditulis oleh Tuan Za''ba dalam majalah Qalam, pernah diterbitkan di Singapura/Johor pada sekitar tahun 1954. Jadi penulisan ni agak klasik, bahkan terdapat dalam artikel asal (tulisan jawi). Satu pendedahan yang menarik tentang bahasa Melayu terutamanya melibatkan tulisan jawi.
Boleh berlatih membaca jawi artikel lama untuk tengok kebolehan jawi anda. Dan tentulah, terjemahanan rumi juga disediakan. Tapi, apa barang baca rumi. Cuba la uji kemahiran jawi anda. Aku pun sangat kekok pada permulaan nak baca, tapi bila dah biasa alhamdulillah dapat baca dah.
Versi rumi (gambar kiri) dan versi jawi (gambar kanan). Berapa ramai yang rajin nak baca jawi agaknya? |
Agak sentap juga bila baca buku ni. Antara punca Bahasa Melayu tak begitu maju ialah kita terlalu mengutamakan bahasa dagang dalam kehidupan seharian. Terikut-ikut dengan bahasa mereka, dan tidak ada usaha untuk menterjemahkan dan amalkan dalam bahasa sendiri. Lagi seronok bercakap bahasa asing. Bahkan ada yang meremehkan bahasa Melayu berbanding bahasa inggeris.
"Jangan merasa sombong dan takbur akan pemgetahuan Barat yang telah ada pada diri masing-masing itu. ya'ni sebab diri sendiri telah mendapat degree yang tinggi di Oxford dan Cambridge dan Leiden, maka segala karangan-karang Bahasa Melayu itu rendah dan tiada berguna dibaca.."
Jadi buku ini memmang memberi kesedaran tentang pentingnya kita memartabat bahasa Melayu. Kalau bukan kita, siapa lagi? takkan nak tunggu warga asing datang buat kajian (dah terjadi dah pun di Pekan Cape) hingga Melayu hilang identiti sendiri..
-------- coretan tentang buku habis di sini ---------
Maka dengan itu, aku semakin kuat pendirian dengan projek aku ni.. Nantikan..
Sementara itu, jom tengok senarai bacaan aku yang lain. Semoga bermanfaat --> https://side8.blogspot.com/p/blog-page.html
Ulasan