[Jom Baca] Mars & Venus Together Forever (Edisi Bahasa Melayu)

Bismillah. Jom kita membaca. Oh ya, buku kali ini aku baca tahun lepas (2018), yang mana aku dapatinya sangat menarik maka aku rekomenkan kepada sahabat & para pembaca sekalian..


Mars & Venus Together Forever (Edisi Bahasa Melayu)


Lebih Lama Berkahwin, Lebih Manis Rasanya

Penulis : John Gray
Penterjemah : Norliza Abu Bakar
Bil halaman : 307 

Deskripsi (kulit belakang buku)

"Semoga kekal bahagia sepanjang hayat" "Moga cinta kalian kekal abadi"
Inilah antara ucapan yang seringkali disampaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bunyinya indah, namun dengan perbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita, mampukah sebuah cinta dan perhubungan yang terbina itu kekal hingga ke akhirnya?

Menerusi buku Mars & Venus Together Forever Edisi BM ini, kita akan memahami dan menyelami setiap perbezaan antara lelaki dan wanita, supaya yang terbina kekal utuh. Antara initpati yang menarik dalam buku ini ialah
  • Perkara yang ibu kita tidak dapat ajarkan dan bapa kita tidak tahu
  • Apa yang wanita perlukan, dan lelaki paling mahukan
  • Bagaimana lelaki dan wanita berbeza dari segi perasaan dan cara berfikir
  • Skil mendengar bagi orang lelali supaya tidak rasa tersinggung
  • Skil bercakap bagi wanita supaya orang lelaki mendengar 
Menyemai kasih sayang supaya ia terus segar dan mekar hingga ke akhir usia memerlukan usaha yang berpanjangan. Sentiasalah bercinta. Teruskanlah berkenalan dengan pasangan kita agar langkah tetap senada hingga ke hujung nyawa

Markah (peribadi) : 4.5/5


Komen (peribadi)
جوجور چاكڤ: ڤد ماس اكو بلي بوكو اين, اكو سوده لڠكاو 2 تاهون ڤركهوينن. دالم تيمڤوه ترسبوت, ترداڤت باڽق سيتواسي دان ڤركارا يڠ اكو تق فهم دان كليرو تنتڠ وانيتا. ميمڠ وجود ساله فهم دان ڤرݢادوهن كادڠكالا. تاڤي لڤس باچ بوكو اين اكو سماكين فهم دان لبيه برتولق انصور ترهادڤ ايستري. الحمدلله


Beberapa pembelajaran & pengajaran yang aku nak kongsikan dalam penulisan kali ini.. 

#1 [khas untuk golongan wanita untuk lebih mengenali pasangannya (lelaki)]
Tahukah anda tentang "Masa Gua" (terjemahan langsung Cave Time)?

ݢمبر هياسن 
Pada zaman awal dulu, selain melakukan kerja pemburuan dan melayan keluarga, golongan lelaki akan meluangkan masa bersendirian dalam gua atau merenung api. Tempoh ini dinamakan Cave Time (aku rasa bahasa moden boleh disama ertikan sebagai Me-Time (waktu sendirian)). Pada masa tersebut, selalunya mereka akan merenung api atau langit malam.  

Tapi zaman sudah berubah, tiada lagi merenung unggun api atau langit, namun mereka tetap ada CaveTime melalui cara yang lain pula iaitu sama ada menonton TV / 'membelek' surat khabar / lukis-lukis (aku macam ini ^-^!) dan lain-lain (biasanya aktiviti santai yang tidak perlukan perhatian sangat)
"Jadi apakah kepentingan Cave Time ini sebenarnya? "
سبنرڽ والاوڤون ڤد ڤندڠن وانيتا, للاكي نمڤق ماچم سدڠ برسنڠ-لينڠ دان مليڤك, نامون ڤد هقيقتڽ دالم ميندا للاكي سدڠ براليه مود (مود كرجا كڤد مود ڤرهوبوڠن) .جادي للاكي سدڠ منچاري نيلاي ديري, تنتوكن ڤريوريتي دان مرڠكا ڤلن تيندقن (مود ڤرهوبوڠن) سبلوم كمبالي مڠهادڤي ايستري


Beberapa fakta tentang Cave Time..
  • Tempoh masanya tak tentu. Boleh jadi sekejap 5 minit, boleh jadi jam lama juga (bergantung kepada individu dan situasi semasa)
  • Tempoh ini mohon jangan diganggu atau sibuk nak tanya. Kalau terganggu, kesannya akan lagi melambatkan persediaan lelaki atau lelaki akan beremosi lalu senangnya jadi konflik dalam selang ayat perbualan..
  • Namun, terdapat cara bagi wanita agar pasangannya akan tamatkan Cave Time lebih cepat.    [^-^! kena baca la buku ini baru tahu..]
#2 [khas untuk golongan lelaki untuk mengenali pasangannya (wanita)]
Tahukah anda bahawa bebas meluahkan perasaan kepada pasangan adalah sangat penting bagi wanita"?

Secara fitrahnya, wanita suka bercakap (banyak). Selain bertujuan membina perhubungan, mereka juga perlu bercakap (banyak) bagi menjamin emosi mereka.
توهن مڠورنياكن سباڽق 6000 ڤركاتاءن دالم سهاري كڤد وانيتا دان 2000 ڤركاتاءن كڤد اورڠ للاكي. ڤد ڤڠهوجوڠ هاري بكرجا, ماسيڠ٢ سوده ڤون  مڠݢوناكن 2000 ڤركاتاءن. اڤبيلا وانيتا ڤولڠ كرومه, داي ماسيه ادا باقي 4000 ڤركاتاءن لاݢي. جادي كتيك وانيتا ايڠين بربوال درومه, كواتا ڤركاتاءن سوامي ده هابيس. مك وانيتا سلالو راس سوامي تيدق ماهو ملاينيڽ
  • Oleh itu, mereka akan sentiasa cakap berbelit-belit (tidak terus-terang) dan meleret-leret. [Misalnya kalau bercerita pasal nampak kemalangan jalan raya, selalunya akan dimulakan pakai baju kat rumah dulu --> pakai kasut --> masuk kereta --> buka pagar --> tertinggal handphone --> masuk rumah balik --> ulas keadaan rumah jiran --> keluar simpang mana --> baru la sampai topik nampak kemalangan
انتارا يڠ مناريق دالم بوكو اين

  • Mereka sangat seronok dan rancak mendominasi perbualan (kalau sembang lelaki dan perempuan, lelaki perlu tanya sedikit sahaja sebagai pencetus dan perempuan akan jawab panjang lebarnya) 
"Walaupun dalam keadaan beremosi, wanita akan bertanya (dengan tujuan SEBENARNYA agar pasangan bertanya balik lalu mereka dapat meluahkan perasaan sendiri)"
  • Luahan perasaan wanita bukan suatu fakta, bahkan hanya satu proses untuk mengenal pasti perasaan yang sebenar. (Dengan kata lain, wanita 'tidak bermaksud betul-betul' dalam ayat mereka)
"SEMUA LELAKI SAMA"
"AWAK (lelaki) SELALU TAK NAK DENGAR CAKAP SAYA (wanita)"
"AWAK (lelaki) TAK PERNAH NAK FIKIRKAN PASAL SAYA (wanita)" 
  • Dan bagi lelaki, bagi menghadapi fitrah wanita pentingnya belajar terdapat satu teknik mendengar "Tunduk dan mengelak" agar tak terasa dipersalahkan dalam setiap ayat perempuan 

جوݢ ترداڤت ڤنجلسن دسباليق چورك للاكي دان وانيتا بلي-بله
---

Namun, pada akhirnya bukanlah kita bertujuan mencari perbezaan ini untuk membanding lalu memperlekeh atau merendahkan kemampuan pihak lain, tapi sebaliknya, dengan pemahaman demikian kita lebih harmoni dengan pasangan dan bertindak secara sinergi dan melengkapi mereka..

Jadi, semoga kita lebih memahami pasangan kita masing-masing.. Jom Baca!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)