Game PS4 yang Aku Main Bersama Isteri

Seperti yang diketahui, aku seorang pemain video game. Dan sekarang ini aku memiliki konsol PS4 di rumah. Alhamdulillah isteri aku tidak begitu membantah aku bermain game sangat.
والاوڤون اكو ݢمر برماءين ڤرماءينن جنيس ڤرسأورڠن, كادڠ٢ ايستري نق جوݢ چوبا٢. جدي دالم سيتواسي ڤرماءينن يڠ موده٢, اكو باݢي ڤلواڠ داي تونجوق كهيبتنڽ دالم برماءين. تاڤي بيار داي تاهو جوݢ بهاوا ماءين ڤرماءينن تق سموده سڠكاءن



Maka sekali-sekala, aku cari juga game yang dapat dimainkan bersama-sama. Jadi penulisan kali ini adalah senarai game PS4 yang aku main bersama-sama isteri. Mungkin boleh dijadikan sebagai idea buat kawan-kawan sekalian untuk ajak isteri masing-masing main game..

[Nota - sistem penomboran TIDAK merujuk kepada urutan kegemaran]


wallpaper
[#1] A Way Out
Plot game ini berkisar 2 orang banduan yang berbeza telah dipenjarakan atas satu kes pembunuhan yang sama. Diperihalkan bahawa mereka tidak bersalah sebenarnya. Jadi mereka perlu menjalin kerjasama untuk lari dari penjara dan seterusnya menyelesaikan penjenayah dengan tangan sendiri.

Game ini MESTI dimainkan oleh 2 orang serentak sama ada online coop atau couch coop. Alhamdulillah isteri bersetuju untuk turut serta main ^-^! 

[#2] Overcooked! & [#3] Overcooked! 2 
    Ini adalah game masak-masak dan pengurusan dapur. Boleh dimainkan sehingga 4 orang sekali gus mengharungi semua cabaran dapur. Sangat sesuai dimainkan oleh ahli keluarga atau sesama kawan.

    aku pernah tulis entri Jom Main Overcooked! 2
    Plot cerita secara umum ialah Raja Bawang telah diserang makhluk gergasi yang sangat lapar, jadi bergantung kepada para chef untuk kembara ke pelbagai tempat belajar memasak pelbagai menu (sementara Raja Bawang sedang bertahan dari serangan makhluk gergasi tersebut)

    Overcooked! 2 juga menyampaikan tema yang sama, iaitu para chef perlu kembara dan belajar memasak bagi menangani serangan zombi roti pula yang.
    "Secara peribadi aku suka overcooked! 2 lagi.."  


    [#4] Sky Force! Anniversary Edition
    ni adalah game jet perang tembak-tembak musuh. Asalnya hanya dimainkan berseorangan, namun pemain kedua boleh turut serta untuk bantu perjuangan sebab memang susah main sorang-sorang. Namun, kelengkapan atau peluru bom/shield/mega-bom dikongsi bersama..

      [#5] Unravel TWO 
      [nota Unravel (ONE) hanya dimainkan seorang diri jadi tak tersenarai dalam penulisan ini]

      Secara umumnya siri Unravel ialah game dari genre action 'platformer' dan sedikit 'puzzle'. Yang mana pemain perlu berfikir kreatif & kritis untuk melepasi halangan yang diberi. Jadi untuk Unravel TWO, pemain perlu mengawal patung benang masing-masing merentasi stage yang diberi. Boleh dimainkan dua orang serentak (tapi perlu 2 pad berbeza)

      "Eh pandai pula isteri main! Boleh teka tak mana satu watak aku mana satu watak isteri dalam permainan di atas?"

      [#6] Beyond : Two Souls
      Game ini aku muat turun percuma (bagi ahli PSN). Game ini adalah dari genre interactive drama+ action adventure. Game ini bertemakan hal paranormal. Jadi ada unsur entiti halus/ hantu dalam game ini (namun, digambarkan sebagai corak hitam, tak nampak muka seram/ngeri pun). Jadi takde la takut sangat.

      Pemain masing-masing akan memilih kawalan untuk watak:
      • Jodie (perempuan) sebagai watak penggerak. Kawalan watak ini banyak melibatkan interactive drama (eg pilihan skrip ketika bersosial) dan Quick Time Event QTE ketika melompat atau mengelak
      • Aiden (entiti halus) yang merupakan pendamping Jodie. Kawalan watak ini lebih mudah iaitu hanya memerlukan 'button-prompt' untuk mengerakkan barangan atau tewaskan musuh sahaja. 



      [#7] Rayman Legend
      Game ini jenis platformer (action). Pada mulanya aku tak tahu pun game ini boleh dimainkan 2 pemain. Sebab dari skrin utama (title screen), tiada apa-apa yang menunjukkan pemain kedua boleh masuk. Tapi bila dah masuk dalam game, dalam menu pemain kedua boleh turut serta atau keluar (join in/out) bila-bila masa dan suka hati.

      Ni ha, contoh aku main dengan isteri.. [aku gemar stage ni sebab lagu rock dia menarik dan senang agak dengan aksi lompat]


      [#8] Taiko no Tatsujin - Drum Session
      Game jenis rentak muzikal. Jujurnya, aku bukan minat game ni, tapi masih boleh diajak bersama. Oh ya, seperti namanya, game ini menekankan lagu Jepun semata-mata, boleh ada anime, game, Pop, variety, klasik, vocaloid (hatsune miku) dan Namco original.

      Ni ha, contoh aku main dengan isteri. Lagu pembukaan anime Doraemon (siri 2005) ketiga..



      [baru sampai sini setakat ini. Insya-allah akan kemaskini lagi kalau ada tambahan game lagi]

      Ulasan

      Catatan popular daripada blog ini

      Kamus bahasa melayu Sarawak

      Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

      Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)