Jom Main Game "Overcooked! 2"

Catatan kemaskini
14.4.2019 penamaan semula tajuk entri "Jom Main Game Overcooked!2", tambah ulasan isi kandungan DLC

Tatkala aku bermain game bersendirian, terkadang aku rasa kasihan juga isteri tak merasai keseronokan bermain game. Jadi cuba-cuba juga la aku google search untuk cari game yang boleh dimainkan berdua. Maka sampailah aku ke game ini.. Overcooked?!
"Dengarnya game ini boleh bawa gaduh ^-^! Jadi memang aku risau dan fikir banyak kali dulu baru beli..
Kebetulan siri nombor 2 baru diterbitkan Ogos 2018, jadi ambil kesempatan beli yang ni dulu. Nanti baru cari siri lama..

Overcooked! 2

wallpaper
Game ini adalah terbitan Team17 Digital iaitu berkisar sekumpulan chef mengembara dan memasak resipi. Game ini lebih kepada jenis casual tapi strategical, lebih seronok dimainkan 2-4 orang serentak.
Plot - berkisarkan Raja Bawang (nama watak) sedang mencuba satu resipi baru daripada satu buku lama. Jadi, hasil percubaan tersebut ternyata telah menghasilkan segerombolan penjahat roti hantu (Unbread the Undead) yang ingin menyerang kerajaan bawang tersebut.

Maka bergantunglah kepada watak chef untuk memasak & menyediakan hidangan secukupnya untuk menangani penjahat ini.. Namun, nampaknya menu yang ada tak cukup untuk memuaskan penjahat tersebut, jadi para chef mesti mengembara ke pelbagai kawasan untuk belajar banyak lagi menu yang ada.

Cara permainan - pemain akan diwakili oleh watak chef pilihan masing-masing (sekadar watak, tiada keistimewaan pun), ambil bahan mentah yang diperlukan dari kotak bekalan tersedia --> bawa ke tempat pemotongan/masak --> susun atas pinggan --> hantar ke kaunter pengumpulan (dapat markah).
  • Pinggan yang disediakan agak terhad tapi adanya sinki untuk cuci pinggan kotor (kena cuci sendiri)
"Macam senang?"
Tak juga, sebab terdapat beberapa dugaan berdasarkan latar tempat memasak masing. Antara latar tempat terbahagi ke beberapa jenis dengan dugaan/gimik tertentu..
  • Dalam kedai - sama ada percikan api yang menyebabkan kebakaran atau 'conveyor belt' sehala mengehadkan capaian bahan
ننتي أدا ڤرچبكن أڤي داري تڠه كاوسن
  • Kawasan atas jalan raya di bandar - dengan orang awam lalu lalang atau kenderaan melintas. Ada juga latar yang melibatkan pekerja binaan (construction worker) sentiasa mengalihkan kawasan dapur & bahan ke lokasi yang berbeza. Serta tiupan angin kipas yang kuat menghalang pergerakan. 

كجڤ لاݢي أدا كريتا دان لوري نق لالو
  • Sungai - masak atas rakit dengan arus deras. Rakit selalu berubah tempat & posisi. Watak pemain dan bahan ada kemungkinan boleh jatuh dalam sungai
ماسق أتس راكيت يڠ سلالو برݢرق٢ سوسه
  • Belon udara - terdapat percikan api pembakaran.  Belon udara juga boleh terumbang-ambing menyebabkan kedudukan berubah. Kadang-kadang ada belon terhempas terus masuk ke dalam kedai (tapi bersepah la barang-barang) 
ماسق أتس بيلون اودارا
  • Sekolah Magic - adanya jambatan magic yang sering berubah-ubah. Sementara pintu magic pula akan sampai ke tempat yang berbeza. Terdapat juga bahan-bahan akan diapung dan ditempatkan di tempat yang berbeza. Sangat leceh~ 
ڤنيڠ دڠن جالن يڠ مڠليروكن
  • Dalam gua/perlombongan - ada landasan troli yang sentiasa bergerak, atau ada suis pengerak untuk kawal pergerakan kren pembinaan
دالم ݢوا, كريتاڤي باهن سلالو برجالن ڤد سلا٢ ماس ترتنتو
  • Planet yang asing - dengan permukaan tenggelam timbul, ada masa tiba-tiba masuk ke dalam dimensi asing..
أدا لنتاي يڠ تڠݢلم تيمبول, دڠن باهن دان داڤور سموا ڤون سام سهاج
Jadi sepanjang mengembara kumpulan chef akan belajar banyak menu baru secara beransur-ansur. Menu tersebut ialah pasta, sushi, sashimi, ayam goreng (fried chicken), kentang goreng (fries) , buritos, kek, lempeng (pancake), masakan stim (steamed), salad

Sejumlah 6 jilid (chapter) dengan setiap satunya 6 cabaran selama 4 minit masa hakiki (real-time).
[Jadi ada 6 x 6 = 36 stage cabaran] + 8 tambahan cabaran (susah) yang perlu dihadapi
"Walaupun boleh buat gaduh, tapi seronok main ramai-ramai! Cubalah semua, boleh main dengan isteri atau adik-beradik rapat.."

--------------------
dalam game Overcooked! 2 ini terdapat juga stage tambahan berupa DLC (downloadable content)

[DLC #1] stage bertemakan musim/perayaan tertentu (FREE UPDATE)
  • Hot Chocolate Time (sempena musim sejuk / sajli) - berlatarkan salji. Terdapat sejumlah 5 cabaran 
  • Chinese New Year (sempena perayaan tahun baru Cina) - bertemakan cina dengan tarian naga dll. Juga terdapat 5 cabaran
[DLC #2] Surf 'n Turf (PAID UPDATE)
Bertemakan percutian di kepulauan tropika. Diperihalkan Raja Bawang dikenakan hukuman dan dihantar ke kepulauan tropika akibat peristiwa hantu roti yang lalu. Jadi, Raja Bawang meminta para chef mempelajari menu baru bagi menawan hati pihak berkuasa.
Menu baru yang dipelajari ialah : smoothies, satay

Terdapat sejumlah (3 stage x 4 cabaran =) 12 episod baru dengan gimik tersendiri berlatarkan kehidupan pantai tropika. Antara dugaan yang bakal menghalang ialah
  • orang awam yang datang berkelah dan menari di pantai
  • Ombak besar boleh menghanyutkan semua barangan di tepi pantai
[DLC#3] Campfire Cook Off (PAID UPDATE) *juga terdapat dalam pakej season pass 
Memasak bertemakan kawasan hutan dan perkhemahan



[DLC#4] Night of the Hangry Horde (PAID UPDATE) *juga terdapat dalam pakej season pass 
Sekali lagi bertemakan Zombie & Hantu. 





------------------
Dah update page (game). Jemput la melawat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)