Break out!

Dah agak lama, isteri saja-saja menyertai peraduan Tanjung Golden Village (TGV) di internet. Kebetulan pada masa itu, peraduan adalah berdasarkan filem wayang Escape Plan 2 : Hades iaitu berkisar tentang watak utama yang dipenjarakan sedang merancang lari dari penjara tersebut. (alang-alang tengok wayang cerita tersebut, maka ikut saja la sertai peraduan tersebut mana tahu menang ke..)
تيكت ڤرچوما أونتوق 4 أورڠ
"Rupanya memang rezeki kami menang ^-^! Alhamdulillah.. Jadi selang beberapa masa, kami dapat pos kiriman surat dari TGV berupa jemputan (tiket) percuma untuk satu game di Break out.."
Kena kumpul 4 orang. mulanya aku nak ajak bermain sesama adik-beradik lelaki saja nak bonding usia dewasa. Tapi abang ngah & adik kerja pula pada hari tersebut. Jadi ubah rancangan 4 orang pemain kali ini ialah aku, Ayin (isteri), Abang Chik (abang), kak Fiza (kak ipar) je..

Fokus - Breakout (boleh rujuk laman web rasmi Breakout untuk perincian rasmi)


(كامي داڤت چابرن يڠ سوسه. (ميمڠ سڠاج إين
Breakout adalah satu rekreasi berupa permainan melarikan diri dari bilik kurungan. Buat masa ini, rekreasi BreakOut Malaysia ini hanya terdapat KL iaitu Avenue K (mall berhampiran KLCC) atau Nu Sentral (mall berhampiran KL sentral). Masing-masing (Avenue K/ Nu Sentral) mempunyai bilik/senario unik tersendiri (tak sama) dengan tahap kesukaran perangkap yang berbeza.
"Jadi mesti pergi ke kedua-dua tempat untuk mengalami semua tahap permainan.. Pandainya.."
Permainan ni mesti dimainkan secara berkumpulan sama ada 2 orang sehingga 8 orang. [Nota - harga juga berbeza mengikut bilangan pemain.] Boleh rujuk laman web tentang bayaran
2 pemain = RM100 (RM50 seorang)
4 pemain = RM160 (RM40 seorang)
"Aku perasan sebilangan senario hanya boleh dengan jumlah pemain yang tertentu saja. Misalnya senario/bilik yang aku dapat Mr Oswald Greatest Show - macam hanya boleh dapat dimainkan oleh 4 orang maksimum (sebab hanya ada 4 gari je dalam bilik tersebut)"
Setiap pemain akan diberi kebolehan (ability) yang berbeza agar dapat membantu untuk lepaskan diri dari bilik. Sebab kami main 4 orang je maka ability yang disyorkan ialah:
  • LightBringer (all time) - pemain dapat lampu suluh. sangat berguna sebab dalam bilik sangat gelap terutamanya kena perhati betul-betul puzzle yang diberikan
  • Time Bender (one time) - rewind masa 5 minit sebagai tambahan masa untuk menyelesaikan semua puzzle & kunci
  • Oracle (one time) - sebelum permainan dimulakan, pemain ini diberi beberapa gambar klu yang penting untuk melepaskan diri. Jadi pemain ini akan dapat gambaran bilik yang bagaimana akan dilalui kejap lagi
  • Lockmaster (one time) - pemain ini mempunyai special password yang boleh diguna untuk buka kunci (tanpa perlu menyelesaikan puzzle). Sangat berguna kalau dah pening & tak tahu nak buat apa..
Kalau ada lebih pemain, maka tambahan ability akan diperkenalkan dalam senarai;
  • Scholar (One time) - dikatakan boleh tahu ada berapa jumlah puzzle dalam sesuatu bilik
"Misalnya senario kami rupanya ada 2 bilik yang bersambungan.. Mungkin scholar dapat tahu bilik pertama ada berapa puzzle, bilik kedua ada berapa puzzle.."
  • Assasin (One time) - boleh bunuh kawan untuk dapatkan jawapan/hint. Jadi kawan yang terbunuh akan dipindahkan sementara ke luar selama 8 minit
"سياڤ يڠ ترݢامك بونوه أورڠ لاءين سمات٢ أونتوق جاوڤن؟ ڤرماءينن إين موڠكين داڤت تونجوقكن ڤريبادي يڠ سبنر"
  • Healer (One time) - boleh hidup semula kawan yang terbunuh.
  • Gemini (depends..) - boleh tiru salah (satu dari) semua ability yang lain kecuali assasin & healer.
Jadi, pemain diberi masa total 45 minit untuk bekerjasama menyelesaikan puzzle dan keluar dari bilik perangkap tersebut.

Sebelum bermula, game master akan beri taklimat tentang semua ability, masa, perintah dan larangan sepanjang permainan.

---- Senario kami : Mr Oswald's Greatest Show [tahap kesukaran 8/10] ----
[nota - untuk kekalkan keseronokan untuk pemain akan datang, tiada spoiler akan diterangkan dalam blog ini] 

Plot - diperihalkan semua watak pemain menghadiri satu pertunjukan boneka sarkas dengan harga 15sen (murah?). Namun, semasa dalam pertunjukan tersebut, entah macam mana semua watak tertidur. Apabila terjaga, masing-masing didapati digari pada sangkar besi dan diperhatikan oleh semua boneka.. Jadi pemain perlu bekerjasama melepaskan diri..

Pemain perlu perhatikan sekeliling untuk klu & petunjuk. Biasanya pemain akan mendapati arahan atau mangga kombinasi nombor (yang diiringi puzzle). Jadi pemain perlu memerah otak untuk menyelesaikan puzzle dan dapatkan nombor kombinasi mangga. Ada beberapa mangga yang perlu dibuka satu per satu yang mana akhirnya membawa kepada pintu akhir lari keluar..

Tips - Jangan malu untuk panggil game master untuk dapatkan hint kalau sangkut dan tak tahu. Gamemaster akan datang tolong dan bagi hint.

ݢمبر كنڠن ماءين ڤرماءينن إين
 "Kami first-timer main game ini, jadi memang tak berharap sangat la untuk berjaya main tahap kesukaran 8/10. Tapi 45 minit memang terasa berlalu cepat. Walaupun ada tambahan masa (efek kelebihan Time Bender) 5 minit pun masih tak berjaya juga..

"Tapi kami diulas antara kumpulan yang maju agak jauh untuk percubaan kali pertama. Kalah pada second last puzzle. Maka game master itu dengan baik hatinya bagi peluang kami habiskan (beserta klu petunjuk)..

Sambung balik pun kalah jugak sebab ada satu bahagian, pintu keluar dah jumpa (dah boleh keluar) tapi Abang Chik pula terperangkap (memang gimik permainan macam tu..) Jadi permainan ini menguji sama ada pemain lain penting diri dan selamatkan diri atau bagaimana..
"سموا تق سمڤاي هاتي نق تيڠݢلكن ابڠ چيك. ريضا كاله سهاجله"
Tentulah ada cara untuk dapat happy ending (semua selamat) tapi kena bijaksana sikit.. ^-^!

Tapi ok la, sangat berpuas hati dengan permainan Break Out ini sebab mengharungi banyak puzzle. Sangat recommended kepada family atau kawan-kawan yang ingin buat bonding session (selain main boling/futsal/ makan-makan) atau kawan sekerja yang buat team building..
"Cuma, kena pertimbangkan belanjawan sendiri juga sebab bayarannya bukan calang-calang.. Kalau bayar melalui Maybank QR pay ada sedikit diskaun.. ^-^
------------------------------------
Disebabkan permainan ini special ada kat KL saja buat masa ni.. Aku update dalam page kembara untuk rujukan akan datang. Selamat mencuba semua.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)