Don't Judge Others..
Baik, dah lama tak tulis entri pasal nasihat. Jom kita mula lagi.. Baru ni aku jumpa satu video nasihat di laman facebook. Yang mana di YouTube pun ada juga video yang sama, maka sampailah hasrat aku untuk kongsikan di sini. Jom tengok video pendek ini..
Jadi dari video itu tadi, pengajarannya;
"Video ni ada subtitle maka tak perlu la aku tulis sinopsis spoiler. selamat menonton, 3 minit.."
- Jangan terlalu cepat menilai (pandang rendah) seseorang dari paras rupa. Boleh jadi orang yang dinilai itu sebenarnya lebih baik dari mereka.
Buat aku teringat akan satu nasihat agama (dalil Quran) dalam entri yang lalu (check it out entry Mr Bean menonton wayang)
Sedikit tambahan dari satu buku yang aku baca baru ini..
Abdullah bin Amr r.a berkata - Kami ada berhampiran Nabi, lalu beliau berkata kepada anaknya sebelum ajal, " Sesungguhnya aku menyampaikan wasiat kepadamu, aku menyuruhmu dua hal dan melarangmu dua hal.
Aku berkata, "Wahai Rasulullah, kami sudah tahu syirik. Lalu apakah takabbur itu? Apakah kerana salah seorang di antra kami mempunyai sandal yang bagus dan dua tali yang bagus?"
Baginda menjawab, "Tidak"
"Apakah kerana salah seorang di antara kami mempunyai haiwan yang ditunggangi"
"Tidak", jawab beliau
"Apakah kerana salah seorang di antara kami mempunyai teman-teman yang biasa duduk-duduk bersamanya?"
"Tidak" Jawab beliau
Ada yang bertanya," Wahai Rasulullah lalu apakah takabbur itu..?"
Beliau menjawab "Iaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.."
---------------------------------------------salin tamat -----------------------------------
Cuma aku tak jumpa kisah ini adalah hadith & perawinya.. Hm, cari-cari di internet pun tak jumpa kisah sebegini, namun yang paling hampir dijumpai dari sumber blogilmubaru.blogspot.com. Hadithnya seperti berikut:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yg melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (dari perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Hujurat 49:11)
-- Salin dari khutbah ke -77 bertajuk Wasiat Nabi Nuh kepada Anaknya--
Abdullah bin Amr r.a berkata - Kami ada berhampiran Nabi, lalu beliau berkata kepada anaknya sebelum ajal, " Sesungguhnya aku menyampaikan wasiat kepadamu, aku menyuruhmu dua hal dan melarangmu dua hal.
- Aku menyuruhmu mengucapkan لا إله إلا إلله (La ilaha ill-Allah) dan سبحن الله وبحمده (Subhan-Allahi wa bihamdihi). Kerana ucapan ini merupakan solatnya segala sesuatu dan kerananya makhluk diberi rezeki.
- Aku melarangmu dari syirik dan takabur.
Aku berkata, "Wahai Rasulullah, kami sudah tahu syirik. Lalu apakah takabbur itu? Apakah kerana salah seorang di antra kami mempunyai sandal yang bagus dan dua tali yang bagus?"
Baginda menjawab, "Tidak"
"Apakah kerana salah seorang di antara kami mempunyai haiwan yang ditunggangi"
"Tidak", jawab beliau
"Apakah kerana salah seorang di antara kami mempunyai teman-teman yang biasa duduk-duduk bersamanya?"
"Tidak" Jawab beliau
Ada yang bertanya," Wahai Rasulullah lalu apakah takabbur itu..?"
Beliau menjawab "Iaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.."
---------------------------------------------salin tamat -----------------------------------
Cuma aku tak jumpa kisah ini adalah hadith & perawinya.. Hm, cari-cari di internet pun tak jumpa kisah sebegini, namun yang paling hampir dijumpai dari sumber blogilmubaru.blogspot.com. Hadithnya seperti berikut:
“Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan.” Seorang laki-laki bertanya, Sesungguhnya laki-laki menyukai jika baju dan sandalnya bagus (apakah ini termasuk kesombongan) ?’ Beliau menjawab, Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai yang indah, kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR.Muslim)
Ulasan