The curious-killer

Baru ni secara rawaknya aku terjumpa satu perkongsian di laman sosial Facebook yang agak menarik perhatian aku. Jadi aku kongsikan semula di sini untuk difikirkan bersama..

-------------------------- di'petik' dari laman facebook The Science Explorer ---------------------
[nota - kalau paparan di facebook terdapat beberapa siri gambar dengan ayat persoalan yang berbeza, tapi di blog ni aku hadkan satu je la, yang bakinya aku salin tampal quote padanya..]

چوبا تاڽ بودق تاديكا, مستي راماي يڠ راس إيڠين تاهو
"And they ask deep question.."
"They ask, what is dream? Why do we have toes? what is the birthday of our world? Why the moon round, why is grass green?"
"These are profound, important question. They just bubble right out of them.."
"You go talk to 12th grader (18 years old) and there is none of that. They've become incurious. Something terrible has happened between kindergarten and 12th grades"
------------------------------------------- sesi salin tampal tamat --------------------------------------------------



Jadi aku ulangi semula persoalan dari perkongsian tersebut (versi terjemahan);
"Pernah terfikir tak apa yang terjadi sepanjang tadika (kindergarten) sehingga remaja 18 tahun (12th grade)? "
Pada kala aku membaca ayat persoalan tersebut, aku boleh terfikir jawapannya adalah berpunca dari faktor persekitaran itu sendiri.. Bayangkan..
  • Kalau budak tadika yang tanya soalan tersebut? --> ibu bapa atau sesiapa saja akan cuba menjawab sebaik mungkin
  • Kalau remaja 18 tahun bila tanya soalan yang sama... agaknya apa jawapan orang persekitaran??
"KAU NI TU PUN TAK TAHU KE? KAT SEKOLAH KAU BELAJAR APA?? CIKGU TAK AJAR KE..??" - Jawapan 1
"KAU NI TAK NAMPAK AKU SIBUK KE?? DAH BESAR PANJANG PERGI GOOGLE SENDIRI LA.." - Jawapan 2
"BANYAK TANYA PULAK.. DIAM BOLEH TAK.." - Jawapan 3 
تيڠوق بوت د سوڠاي إيت, ڤرنه ترفيكير تق كناڤ اي تراڤوڠ؟
Dan teringat aku satu pengalaman lama ketika bantu dalam mendidik seorang anak muda berusia 8 tahun. sedang dia kebosanan menunggu makan malam di luar (tepi sungai), sengaja aku tarik perhatian dia suruh berfikir..
"See that boat in the river over there? ever wonder why the boat float and does not sink? Why don't you go ask (your) daddy why is so.."   
Bila budak tu bertanya bapanya, nampaknya jawapan sarkastik pula yang didapatinya..
"WHAT? WOULD YOU RATHER IT SINK AND ALL THE PASSENGER ALONG DIE DROWNING??" - Jawapan 4
Dari contoh jawapan 1-4, semuanya ialah 'curious-killer' jadi kesannya budak-budak tidak berminat lagi untuk rasa ingin tahu dan bertanya..
اونتوق ديديق سأورڠ بودق ڤرلوكن كرجاسام ساتو كمڤرڠ

Jadi baru aku faham akan satu pepatah inggeris yang aku belajar ketika pengenalan kepada Jabatan Paediatric masa belajar dulu..

Bukan seorang je yang berperanan untuk didik seorang kanak-kanak menjadi baik, tapi perlukan seluruh warga kampung untuk tunjukkan contoh yang baik. Kalau nak kaitkan topik entri ini, walaupun ibu bapa dah berusaha sehabis baik, tiba-tiba masa raya makcik bawang malas nak layan soalan budak tersebut maka habislah peribadi dan minat dia nak bertanya..
"Susah, kan?"
Hari ni, aku jumpa lagi satu perkongsian menarik di Facebook, mungkin memberi sokongan (jawapan) tentang situasi tadi.. Maka sekali lagi aku nak salin & tampal status tersebut sebagai nasihat buat diri dan kawan terdekat (mahupun jauh)

-------------------- petikan status Facebook oleh Annshafeera Ibrahim bertarikh 31 Ogos ------------
Kenapa kita selalu tanya GOOGLE?
...sebab GOOGLE tak pernah memperlekehkan kita.
Tanyalah apa saja soalan, dia akan bagi jawapan.

Tak pernah dia kata..
“ soalan ni pun nak tanya ka..?”
That’s why, semasa dibawah supervision Dato’ Prof Dr Anuar Zaini dan Prof Iekhsan, kedua dua mentor ini selalu kata..
“ Ann, there is no silly question..”
Dihadapan mereka saya tidak pernah rasa bodoh. Setiap soalan yang ditanya, mereka menerangkan dengan baik.
Saya ingat satu hari, saya lost dah 4 hari..lost sebab saya stuck dan tak faham kenapa finding saya begitu. Saya dah baca semua. Cari buku, baca journal dah tanya orang dah google masih tak de jawapan.
Hari Rabu, saya ketuk pintu bilik Prof Iekhsan. Saya beritahu situasi. Prof senyum dan kata, "You might forget the basic chemistry Ann"..
Dalam hati, "alamak..matila.."
"Ok, lets us recall". Saya terkejut beliau jawab begitu. Prof bangun terus ke rak di belakang saya, amik satu buku 3 inchi tebalnya, terus bukak page untuk penerangan tersebut.
Prof explain satu-satu sampai saya faham. Dia tak tanya takkan tak tahu, tak baca ke, or pegi balik google sendiri apatah lagi marah.
Ya Allah. Tingginya nilai orang-orang yang hebat ni.
Prof pernah kata, we as a lecturer perlu ingat, setiap student yang bertanya jangan perlekehkan. Tiada soalan bodoh. Raikan pertanyaan itu dan bantu. Mereka dalam proses belajar sebab itu mereka ada di universiti.
Saya betul-betul belajar VALUE yang besar dari beliau.
Saya relate dengan kehidupan.
Ilmu Allah sangat luas. Banyak cabang. Hatta PhD yang paling tinggi pun ilmunya hanya seperti setitik air dalam lautan. Maka ada banyak lagi yang kita tidak tahu.
Jangan pernah rasa hebat. Rasa bagus.
Kita rasa mudah, kita tahu sebab itu bidang kepakaran kita, kita buat hari-hari, kita dah pernah experience.
Tetapi tidak bagi mereka yang first time dengar atau baru pertama kali melaluinya.
Apabila ada orang datang bertanya,
1. Mereka dah hilangkan malu untuk bertanya dengan kita
2. Pasti orang tu yakin kita ada jawapan.
3. Orang itu yakin kita boleh bantu.
Elak menjawab pertanyaan dengan, "Alah senang je kot, google je la..."
Saya terpanggil menulis sebab tiba-tiba ada orang tanya saya selamba,
"Apa beza aloe vera dengan avocado?".......dalam hati, alhamdulillah ada peluang tambah sikit lagi pahala.
Sebab guru saya pesan, kongsila walaupun dengan sekecil-kecil perkara
----------

Jom bermuhasabah ke arah mengubah dunia menjadi lebih baik?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)