Bumerang kebaikan
catatan kemas kini
26.9.2018 - tambahan fokus B kebetulan jumpa ayat (Al-An'am 6:160) dalam Al-Quran
4.2.2019
- antara salah satu usaha aku memupuk jawi dalam diri dan juga pembaca, maka aku tukarkan beberapa isi penting ke tulisan jawi. Selamat berusaha menelaah jawi ;)
- baca-baca Al-Quran sampai lagi ayat yang sama tapi ada penerangan baru lagi iaitu tambahan hadith Qudsi sebagai sokongan terhadap ayat al-Quran 6:160
13.5.2019
- tambahan satu ayat Al-Quran 4:40
9.10.2019
- tambah sikit isi fokus A beserta gambar Meme, dan ayat Al-Quran 21:47
Spoiler alert! Berlatarkan di perkarangan jalan kedai yang sibuk, dimulai dengan budak pelajar sedang main skateboard lalu terjatuh, maka datangnya lelaki vest oren membantunya bangun (sambil angkat buku yang terjatuh sama) dan beredar. budak pelajar kemudiannya membantu makcik tua sedang membawa barang shopping yang berat untuk melintas jalan. Setelah berpisah arah, makcik tua kemudiannya terjumpa perempuan muda sedang mencari-cari syiling dalam beg tangannya untuk membayar sewa parking di mesin, maka makcik tua pun menghulurkan syiling untuk membantunya sambil berlalu pergi. perempuan muda tersebut senang hati dan berjalan, nampak pula lelaki bersut terjatuhkan dompet, maka dia segera mengambil dan memulangkan kepada lelaki bersut tersebut dan berlalu pergi. lelaki bersut berjalan dan melalui sebuah kereta, kelihatan seseorang lelaki bertopi pula sedang berusaha mengangkat bagasi besar yang berat dari bonet kereta. lelaki bersut lalu membantunya mengangkat bagasi bersama-sama dan berlalu pergi. lelaki bertopi pun kemudian berehat lalu membeli roti hotdog di gerai berhampiran. Dia ternampak lelaki rambut panjang di kerusi bersebelahan lantas membeli tambahan roti hotdog untuk diberikan kepada lelaki rambut panjang tersebut dan berlalu pergi. Sedang lelaki rambut panjang menjamah makanan, dia perasan ada remaja perempuan tertinggal handphone pula, lalu segera dia mengambil dan memulangkan kepadanya dan berlalu pergi. remaja perempuan itu kemudian berjalan melalui kawasan restoran, ternampak seorang wanita berumur sedang bersedih di meja makan. Maka dia membeli sejambak bunga di gerai berhampiran untuk dihadiahkan kepada wanita tersebut bagi memujuknya lalu berlalu pergi. Wanita berumur tersebut sudah bertenang dan beredar di restoran sambil meninggalkan bayaran makanan di atas meja kepada pelayan restoran. Pelayan restoran terkejut kerana wang bayaran berjumlah besar sedangkan wanita berumur tadi sudah hilang diri. Kemudia Pelayan restoran memberikan air minum kepada lelaki vest oren yang sedang membaiki jalan di depan restoran.
Fokus A - Bumerang kebaikan yang lagi panjang..
Jadi yang menariknya kebaikan yang ditunjukkan dalam video ini saling berpindah kepada orang lain. tapi pada akhirnya kebaikan akan sampai semula kepada pihak pertama (kalau dalam video ini tadi ialah lelaki vest oren). Kejadiannya ini dipanggil 'kindness boomerang', yang mana kebaikan yang kita beri kepada orang lain, satu hari nanti akan dikembalikan semula kepada kita..
Baru-baru ini, aku terjumpa satu perkongsian berupa MEME tentang dunia ini tampak tak adil. Jadi, kalau aku nak kaitkan dengan bumerang kebaikan ini, Allah tengah buat kitaran bertahap Tuhan (mungkin melibatkan 5000000 orang merentasi pelbagai daerah/negara) sebelum sampai semula giliran kita. Jadi kena faham la bukan esok-lusa dah dapat balasan.. Kalau tak sempat merasa balasan bumerang kebaikan, yakinilah Allah akan simpan untuk akhirat nanti.
Ada satu Firman Allah dalam KitabNya
Jadi, jom berbuat baik kepada orang ramai..
(sumber salin tampal - www.rumasyo.com/faedah tauhid(6) satu kebaikan minimal dibalas 10 kebaikan)
26.9.2018 - tambahan fokus B kebetulan jumpa ayat (Al-An'am 6:160) dalam Al-Quran
4.2.2019
- antara salah satu usaha aku memupuk jawi dalam diri dan juga pembaca, maka aku tukarkan beberapa isi penting ke tulisan jawi. Selamat berusaha menelaah jawi ;)
- baca-baca Al-Quran sampai lagi ayat yang sama tapi ada penerangan baru lagi iaitu tambahan hadith Qudsi sebagai sokongan terhadap ayat al-Quran 6:160
13.5.2019
- tambahan satu ayat Al-Quran 4:40
9.10.2019
- tambah sikit isi fokus A beserta gambar Meme, dan ayat Al-Quran 21:47
------- blog, mulai! -------
Lagi, aku terjumpa satu perkongsian di facebook lagi dan aku dapati ianya menarik. Maka ingin sekali aku kongsikan di sini pula menjadi ingatan diri dan pembaca sekalian. Jom tengok video klip ini;Spoiler alert! Berlatarkan di perkarangan jalan kedai yang sibuk, dimulai dengan budak pelajar sedang main skateboard lalu terjatuh, maka datangnya lelaki vest oren membantunya bangun (sambil angkat buku yang terjatuh sama) dan beredar. budak pelajar kemudiannya membantu makcik tua sedang membawa barang shopping yang berat untuk melintas jalan. Setelah berpisah arah, makcik tua kemudiannya terjumpa perempuan muda sedang mencari-cari syiling dalam beg tangannya untuk membayar sewa parking di mesin, maka makcik tua pun menghulurkan syiling untuk membantunya sambil berlalu pergi. perempuan muda tersebut senang hati dan berjalan, nampak pula lelaki bersut terjatuhkan dompet, maka dia segera mengambil dan memulangkan kepada lelaki bersut tersebut dan berlalu pergi. lelaki bersut berjalan dan melalui sebuah kereta, kelihatan seseorang lelaki bertopi pula sedang berusaha mengangkat bagasi besar yang berat dari bonet kereta. lelaki bersut lalu membantunya mengangkat bagasi bersama-sama dan berlalu pergi. lelaki bertopi pun kemudian berehat lalu membeli roti hotdog di gerai berhampiran. Dia ternampak lelaki rambut panjang di kerusi bersebelahan lantas membeli tambahan roti hotdog untuk diberikan kepada lelaki rambut panjang tersebut dan berlalu pergi. Sedang lelaki rambut panjang menjamah makanan, dia perasan ada remaja perempuan tertinggal handphone pula, lalu segera dia mengambil dan memulangkan kepadanya dan berlalu pergi. remaja perempuan itu kemudian berjalan melalui kawasan restoran, ternampak seorang wanita berumur sedang bersedih di meja makan. Maka dia membeli sejambak bunga di gerai berhampiran untuk dihadiahkan kepada wanita tersebut bagi memujuknya lalu berlalu pergi. Wanita berumur tersebut sudah bertenang dan beredar di restoran sambil meninggalkan bayaran makanan di atas meja kepada pelayan restoran. Pelayan restoran terkejut kerana wang bayaran berjumlah besar sedangkan wanita berumur tadi sudah hilang diri. Kemudia Pelayan restoran memberikan air minum kepada lelaki vest oren yang sedang membaiki jalan di depan restoran.
Fokus A - Bumerang kebaikan yang lagi panjang..
Jadi yang menariknya kebaikan yang ditunjukkan dalam video ini saling berpindah kepada orang lain. tapi pada akhirnya kebaikan akan sampai semula kepada pihak pertama (kalau dalam video ini tadi ialah lelaki vest oren). Kejadiannya ini dipanggil 'kindness boomerang', yang mana kebaikan yang kita beri kepada orang lain, satu hari nanti akan dikembalikan semula kepada kita..
كالاو دالم ؤيديو يڠ دلاكونكن إيت تادي, كيترن بومرڠ كبإيقن تله مليبتكن11 أورڠ يڠ بربيزا. يڠ مان للاكي برباجو أورين موڠكين تق ڤراسن ڤون كبإيقن ده كمبالي سمولا كڤدڽ سبب راماي سرتا ماس يڠ لام. بݢيتو جوݢ دڠن رياليتي كهيدوڤن إين الله سدڠ مڠوروسكن لبيه راماي إورڠ يڠ ترليبت. كاو إيڠت اين كرجا سنڠ ك؟؟
--- kemaskini 9.10.2019 ---
Baru-baru ini, aku terjumpa satu perkongsian berupa MEME tentang dunia ini tampak tak adil. Jadi, kalau aku nak kaitkan dengan bumerang kebaikan ini, Allah tengah buat kitaran bertahap Tuhan (mungkin melibatkan 5000000 orang merentasi pelbagai daerah/negara) sebelum sampai semula giliran kita. Jadi kena faham la bukan esok-lusa dah dapat balasan.. Kalau tak sempat merasa balasan bumerang kebaikan, yakinilah Allah akan simpan untuk akhirat nanti.
بوات اڤ اد اخيرة کالاو سموا بندا سلساي د دنيا لاݢي؟
“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun, dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung), dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.” (Surah al-Anbiya’, 21:47)
--- habis kemaskini 9.10.2019 di sini ---
Jadi, jom berbuat baik kepada orang ramai..
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yg terlantar, dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur lagi membangga diri" (Surah An-Nisa' 4:36)Fokus B - pahala berganda..
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)." (Surah Al-An'am 6:160)
"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar." (Surah An-Nisa' 4:40)Kebetulan aku sampai kepada ayat ini ketika aktiviti perkongsian sehari satu ayat Al-Quran di media Facebook. Ketika sesi tadabbur, terdapat hadith sokongan pula seperti berikut..
(sumber salin tampal - www.rumasyo.com/faedah tauhid(6) satu kebaikan minimal dibalas 10 kebaikan)
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejahatan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejahatan tersebut, maka catatlah satu kejahatan yang semisal. Jika ia meninggalkan kejelekan tersebut kerana-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal hingga 700 kali ganda.” (HR. Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 129).
Hmm, nampak sedikit berbeza dari yang aku dapat, maka aku nak salinkan juga dalam ini;"Sesungguhnya Tuhan kalian Azza wa Jalla adalah Dzat yang Maha Penyayang. Barangsiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kebaikan dan dia tidak jadi mengerjakannya, maka dicatatnya dengan satu kebaikan. Dan jika dia jadi mengerjakannya, maka ditulis baginya dengan 10 sehingga 700 kali ganda, bahkan berlipat-lipat. Dan barangsiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan dan tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kebaikan. Dan jika dia jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kejahatan atau Allah akan menghapusnya. Dan tidak ada yang binasa di hadapan Allah, kecuali orang yang binasa (barang siapa yang kejahatannya melimpah-limpah hingga mengalahkan kebaikannya, maka dia adalah orang yang binasa) [HR Al-Bukhari Muslim Tafsir Ibnu Katsir 2/196)Bila cuba didalami, maka timbul persoalan dan tanda tanya;
ڤرنه ترقيكير تق كناڤ عملن بإيق دبري ڤهالا لبيه؟؟Dan bila kuteringat akan video di atas maka mungkin boleh dikaitkan bahawa setiap amal baik akan menjadi penggerak kepada orang lain berbuat baik. Dari sedutan video tersebut, disebab lelaki vest oren telah membantu budak pelajar maka budak pelajar berkeadaan mood baik untuk membantu orang lain, seterusnya makcik tua dan seterusnya perempuan muda, lagi dan lagi-lagi berterusan.. Jadi pahala kebaikan adalah berterusan..
"Seolah-olah efek resonans kebaikan yang berterusan. Allahu akbar. Wallahu a'lamu.."
Ulasan