Sonic Mania [Game PS4]

Ingat tak aku pernah tulis entri pasal game Sonic 3 & Knuckles [Game Sega] (aka S3&K)? Jadi entri kali ini adalah kesinambungan perjuangan Sonic tersebut (aku rasa la)..
"Sebenarnya ada banyak universe Sonic ada banyak sangat game sambungan (misalnya Sonic 4) atau siri selingan selepas terbitan S3&K dengan pelbagai cuba-cuba teknologi pembuatan serta aneka jalan cerita, namun sayangnya kebanyakan game tersebut tidak mendapat sambutan hangat seperti mana game S3&K.. Maka sampai la satu masa, sekumpulan peminat setia kini menjalin usahasama dengan penerbit SEGA untuk buat semula game berasaskan cara & design lama.. Hasilnya terjadilah sonic Mania..
Sonic Mania [SEGA dalam PS4/XBox One/Switch]
Jadi kalau berdasarkan trailer, game ini adalah episod ke-5 dalam garis masa (timeline) Sonic Classic (iaitu ikut urutan 1,2,3,K dan M).

Seperti game terdahulu (S3&K) , ada 3 watak utama yang klasik iaitu;
  • Tails - watak paling senang nak guna sebab dia boleh terbang (kalau dalam air, dia boleh berenang) tapi masih stamina terhad dan akan penat. 
  • Sonic - watak yang standard. Potensi lompat diperhebat kalau ada fire-/elec-/water- shield
  • Knuckle - daya lompatnya lebih rendah daripada watak yang lain. Tapi boleh panjat dinding serta glide. Jadi watak ini perlukan kreativiti dan skill yang baik untuk dikendalikan
--- mod permainan Mania ---
Nota - ini adalah mod permainan standard bagi game terbitan kali ini. Boleh dianggap sebagai sebagai story mode iaitu game berbentuk jalan cerita (tapi macam game Sonic klasik dulu, tiada dialog pertuturan antara watak ketika babak cerita)

Terdapat sejumlah 13 Zon permainan sepanjang dalam game ini, bertujuan memaksimumkan keseronokan bermain game ini sejak sekian lama dari siri asal (terakhir pada tahun 1993). Walau bagaimanapun, dari 13 Zon tersebut, hanya 5 zon darinya merupakan zon buatan asli (original) yang baru iaitu tak pernah lagi wujud dalam siri sebelumnya sementara baki 8 zon lagi adalah 'buatan semula' (remake) pelbagai zon dari siri yang terdahulu..

Opening scene buat teringat S3
#0 AIZ Angel Island Zone - buatan semula Sonic 3
Namun begitu, zon ini adalah sekadar pengenalan sahaja. Diperihalkan Sonic mendapati sesuatu sedang berlaku di Angel Island. Maka dia dan tail pun pergi ke sana untuk menyiasat hal tersebut. Maka dipertemukan dengan penjahat Robotnik serta tema utama game kali ini iaitu berkaitan dengan permata Phantom Ruby yang berkuasa misteri

Melalui kuasa permata tersebut, serta-merta Sonic dipindahkan (teleport) ke tempat lain. Nota - Knuckle kebetulan sedang bersantai di tempat yang berhampiran, turut sama dipindahkan seperti mana Sonic, tapi ke tempat yang berbeza..

#1 GHZ Green Hill Zone - buatan semula dari Sonic 1
Stage ini sangat popular dan mengimbau kembali kenangan kali pertama bermain game Sonic. Berlatarkan alam semula jadi yang indah menghijau. Terdiri daripada eksplorasi taman, jambatan, kolam air, air terjun dan juga gua..

ACT1 Nostalgia sangat main di stage ini
ACT1 Knuckle bermula dari cabang jalan yang berbeza (story related)

ACT2 ada pula rail bergayut..

Peralihan stage - Watak berjumpa semula permata Phantom Ruby, tapi sekali lagi dimanipulasikan oleh penjahat Robotnik & konco-konco barunya. Jadi watak dipindahkan lagi ke tempat baru.

#2 CPZ Chemical Plant Zone - buatan semula dari Sonic 2
Seperti namanya, stage ini berlatarkan kilang kimia. ACT1 melibatkan eksplorasi di persekitaran kilang. Juga terdapat saluran perpaipan & air kumbahan ^-^! ACT2 pula lebih kepada manipulasi bahan kimia
ACT1 menceroboh kilang secara umum
ACT2 di kawasan bahan kimia


Peralihan stage - Watak akan masuk ke saluran perpaipan keluar ke tempat baru

#3 SPZ StudioPolis Zone - original & asli
Stage buatan baru ini adalah berlatarkan bandaraya bertemakan hollywood dengan pelbagai peralatan berkaitan dengan perfileman.

ACT1 di kawasan bandar hollywood

ACT2 bermain-main dalam studio rakaman

Peralihan stage - Dari kaca TV, kelihatan warship melintasi bandaraya. Jadi watak terus kejar dan lompat panjat kapal perang tersebut

#4 FBZ Flying Battery Zone - buatan semula dari Sonic & Knuckle
Dalam kapal perang lagi.. Tapi kali ini kapal perang lebih besar & luas untuk dijelajah. Dan perbezaan ketara game ini dengan siri lama ialah

ACT1 kini shield electric bertindak sebagai magnet di medan yang tertentu 

ACT2 cuaca ribut di luar menyukarkan lagi pergerakan. Habislah kalau jatuh

Peralihan stage - watak akan capai peluncur angin (glider) dan terbang keluar dari warship dan mendarat di stage seterusnya..

#5 PGZ Press Garden Zone - baru dan original
Stage buatan baru berkonsepkan kilang penghasilan / percetakan..

ACT1 menjelajah struktur dalaman bangunan

ACT2 pula menjelajah halaman luar di taman (musim sejuk ni)
Peralihan stage - jumpa lagi robotnik yang sedang berhubung dengan Mecha-Sonic melalui komputer, tapi lagi sekali dengan kuasa permata phantom ruby watak dipindahkan ke tempat seterusnya..

#6 SSZ Stardust Speedway Zone - buatan semula dari Sonic 1
Stage berlatarkan singgahsana tinggalan yang dipenuhi tumbuhan menjalar. ACT1 eksplorasi binaan aras bawahan. Sementara ACT2 pula lebih kepada eksplorasi bahagian aras atas.
ACT1 eksplorasi di singgahsana lama
ACT2 ada roket pula
Peralihan stage - sikit lagi para watak hampir mencapai permata phantom ruby, tapi ada ulat gonggok musuh pula tolak jauh ke arah Robotnik, serta-merta diaktifkan untuk pindahkan lagi para watak utama ke tempat seterusnya

#7 HCZ Hydrocity Zone - buatan semula dari Sonic 3
Bandar tadahan air lagi! Tapi versi remaster ini terdapat banyak penambahbaikan selok belok laluan. Kedua-duanya masih banyak bermain dalam air. Terdapat beberapa penambahan gimik seperti perahu, suis kawalan air, suis pintu, arus deras.

ACT1 eh ada perahu dan suis pula
ACT2 hanyut dalam air. Aku paling suka lawan boss ini

Peralihan Zone - tiba-tiba ada tujahan air di dinding yang retak, jadi watak keluar melalui dinding tersebut.

#8 MSZ Mirage Saloon Zone - asli & original
Berkonsepkan padang pasir ala barat. Stage dimulai semua watak sedang menaiki kapal terbang. Tiba-tiba dilanggar oleh salah seorang konco Robotnik. Knuckle akan jatuh ke tanah sementara yang lain terus mengejar dengan kapal terbang..

ACT1 main atas kapal terbang, kini bertembung dengan kereta api
tapi knuckle ronda di tempat lain ACT1 (story related)
permulaan ACT2, kapal terbang ditembak musuh sehingga terhempas. Jadi pengembaraan di darat bermula. Knuckle pun sambung di sini..

ACT2 boleh jalan atas semburan air menuju tempat rahsia
Peralihan stage - watak akan masuk ke dalam pistol pelancar yang bersaiz besar, lalu ditembakkan jauh ke latar belakang (ada binaan kilang)

#9 OOZ Oil Ocean Zone - olahan semula dari Sonic 2
Bertempat di kilang pemprosesan minyak.
ACT1 meluncur minyak dengan Fire Shield menghasilkan pembakaran... Macam seronok tapi

ACT2 ada pencemaran udara akibat kebakaran. Ring terkumpul semakin berkurangan

#10 LRZ Lava Reef Zone - olahan semula dari Sonic & Knuckle
ACT1 kawasan lava bumi. Ada Fire shield sangat membantu di sini

ACT2 masih juga jauh dalam bumi (dengan batu galian warna biru)
Khas bagi watak Knuckle, pada pengakhiran ACT2 Knuckle akan melalui cabang laluan yang berbeza. Maka dia akan sampai ke tempat rahsia Master Emerald.

Knuckle mengimbau kembali kenangan ketika di S3&K dulu ketika bertempur boss
Peralihan stage - watak lain akan bertempur dengan boss di atas lif yang sedang bergerak. Akhirnya sampai puncak nampak satu kapal angkasa bulat sedang terapung (aku rasa mereka masuk situ). Sementara knuckle terus guna teleporter terus naik ke destinasi yang sama..

#11 MMZ Metallic Madness Zone- baru & original
Berlatarkan penjelajahan dalam kapal angkasa tersebut. Tapi kali ini bukan lagi manipulasi graviti macam S3&K. Tapi tempat baru.
ACT1 ada pula jalan lain di background
ACT2 pula ada gimik perubahan saiz menjadi mini
Peralihan stage - jauh di background para watak akan nampak satu robot besar.. Nampaknya kena pergi situ

#12 TMZ Titanic Monarch Zone - baru & original
Tempat yang baru juga. Dah masuk dalam robot kalau tak silap.

ACT1 masih berlatar belakang puncak bangunan tinggi. Jelajah menuju ke bilik kawalan

ACT2 knuckle dah sampai core robot. Tapi disebabkan adaptasi kuasa permata maka wujudnya banyak warp point
Kalau dalam main-sepintas-lalu (playthrough), gama akan tamat di sini selepas kalahkan boss ACT2 yang mana Robotnik dibantu konco-konconya.

Normal ending - watak utama akan melepaskan diri di tempat tersebut. Kemudiannya dari jauh mereka meraikan tempat tersebut dah meletup.
"Tapi kalau nak dapatkan true ending yang betul kena kumpul 7 chaos diamond dulu.. Nak dapatkan melalui special stage di Ring yang Besar.."


--------------------------- [Final Battle] Egg Reverie Zone --------------------- 

Berupa tambahan sekiranya dah berjaya kumpul 7 chaos emerald. Jadi selepas boss yang terakhir, kelihatan Sonic & Robotnik diserap masuk ke dimensi asing. Di sini kelihatan Robotnik & salah seorang konconya sedang berebut Phantom Ruby. Maka Sonic ambil kesempatan menjadi Super untuk menewaskan kedua-dua sekali gus.

Final Battle kena jadi super sonic (hanya available bila dah kumpul semua chaos emerald)
True ending - Apabila dah berjaya tumpaskan kedua-dua musuh. Phantom ruby sekali lagi menyerap Sonic, tapi kali ni 7 chaos diamond tertinggal (tak ikut sekali). Sonic dipindahkan ke suatu dunia baru..
Sambung ke [game] Sonic Force, untuk bergabung tenaga dengan Sonic Moden pula.. Jom tengok trailer ini..

Nota - aku tak buat entri pasal [game] Sonic Forces sebab aku tak main ^-^!

---------------------------- edisi Sonic Mania Plus ------------------------------------
Sonic Mania Plus adalah versi keluaran fizikal game ini dalam bentuk DVD Blue-Ray di pasaran setahun selepas keluaran digital. Jadi disebabkan kos penerbitan game versi fizikal lebih tinggi (melibatkan tambahan kos bahan lagi), pihak penerbit telah menambah isi kandungan dalam game untuk menarik minat ramai (yang dah ada versi digital hanya perlu beli DLC dengan sedikit harga tambahan).

Jadi antara penambahan dalam game ini ialah (1) beberapa watak baru..
  • Ray - tupai terbang ini sangat stylo dan mempunyai kelebihan terbang tapi perlukan ruang kawasan yang luas & terbuka. Perlukan skil yang mantap untuk kendalikan watak ini. 
  • Mighty - tenggiling ini mempunyai kulit yang keras. Jadi dalam keadaan guling, dia mampu menahan serangan musuh atau halangan berduri sekali sahaja. Dalam mod permainan encore (lebih banyak duri dan musuh), watak ini sangat berguna. 
(2) turut juga diperkenal mod permainan baru bernama..

--- Mod permainan Encore ---
Lebih kepada 2nd playthrough. Garis masanya ialah..
  • Pada true ending 1st playthrough --> Sonic diserap masuk ke dunia game Sonic Force
  • Apabila perjuangan dalam dunia Sonic Force dah tamat, maka Sonic berjaya kembali semula ke dunia asalnya..
Jadi bermulanya 2nd playthrough game Sonic Mania. Plot cerita kali ini, selepas pulang ke Angel Island Zone, Sonic menjumpa Ray & Mighty terperangkap dalam kapsul Robotnik lagi. Seraya membebaskan mereka maka bertemu lagi dengan konco Robotnik yang membawa lari Phantom Ruby..
"Tapi aku rasa seolah-olah dalam realiti* yang berbeza (stage & jalan cerita masih sama cuma terdapat perbezaan pada suasana & landskap asal)
  • Taburan lokasi Giant Ring dah berubah. Kena rajin mencari semula
  • Bilangan musuh berganda serta banyaknya duri & ranjau di sepanjang stage 
  • Pengembaraan secara berjemaah oleh kesemua lima watak (Sonic-Tails-Knuckle-Ray-Mighty) tapi kena kumpul dulu semua orang la. Dan hanya 2 watak aktif dan baki watak jadi pasif & standby. (bertukar watak perlu kepada item box switch/ unknown). Kalau mati, watak seterusnya akan ambil alih game dari checkpoint berhampiran.
  • Tidak ada sistem extra life selepas dapat 100 ring. Maksimum percubaan dalam game adalah 5 diwakili oleh watak berbeza
  • Watak yang mati boleh dapat semula melalui item box atau main 'mini-game' di checkpoint. 
watak knuckle di lokasi yang sama tapi suasana yang berbeza (kiri = mania, kanan = encore) Giant Ring dah takde T_T
Banyak perbincangan di media internet tentang perihal Encore mod. Terdapat teori menyatakan 2nd playthrough hanya sekadar ilusi oleh salah seorang konco Robotnik (dengan bantuan Phantom Ruby). Jadi pengakhiran 2nd playthrough ini agak tergantung iaitu penjahat masih lagi terlepas (tak musnah lagi)..
"Mungkin ke akan ada lagi sambungan game Sonic (klasik) lagi?
-----------------------------------------------------

Dah update [page] Game. Jemput la lawat ^-^


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)