Coretan fikiran seorang introvert. Aku tidak lantang bersuara dalam bersosial di dunia nyata mahupun sosial maya. Namun, pada setiap pengalaman aku mencoretkan fikiranku sendiri. Semoga bermanfaat buat semua
Sonic 3 & Knuckles [Game Sega]
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
[nota - Ok la, entri kali ni saja-saja santai balik. Asyik-asyik topik serius je blog aku ni..]
Baru ni masa cuti raya, aku pulang ke kampung sebelah isteri. Kebetulan bawa pulang laptop untuk tujuan peribadi. Jadi di kampung isteri, ada la anak buah yang seorang ni suka sangat minta isteri bagi dia main game smartphone, jadi sebagai satu alih-perhatian maka aku bagi la dia main game di komputer aku (supaya isteri lebih bebas dengan handphone dia serta tak best tengok budak main touchscreen ni ^-^!)
"Umur 5 tahun macam awal pula bagi main game ^-^! aku dulu main konsol microgenius dalam umur 6 tahun rasanya.. Erm, rasanya takpe je kot, lagi pun dia main game smartphone pun takde beza (game juga). "
Alamak, jangan kecam aku. Aku ada pegangan sendiri kalau nak bagi budak main game agar tak jadi ketagih sangat..Aku faham ada frasa Inggeris menyatakan it takes a whole village to raise a child(maksudnya perlukan peranan satu kampung untuk didik seorang budak). Maka aku pun kena main peranan agar tidak tunjuk/ ajar contoh yang tak baik..
Main game dengan penggunaan joystick berbanding touchscreen. Aku teringat pernah baca tentang touchscreen berpanjangan tak bagus untuk perkembangan budak
Hadkan penggunaan masa. Kebetulan aku guna laptop lama, bateri masih belum 'kong' tapi dah 5 tahun, maka prestasi bateri tak sebaik dulu. Tutup plug elektrik, bagi main selama mana bateri bertahan je.. (Tapi sengaja cucuk banyak USB supaya bateri cepat habis ^-^! )
Pemilihan jenis game adalah berdasarkan pengalaman aku kecil-kecil dulu. (Contohnya, aku ingat lagi kecil dulu ada main Sonic, maka game Sonic yang sama jugak la aku bagi dia main)
Kalau ada masa pantau dia main..
---------------------------------Ok, jom masuk pasal game-----------------------------------
"Game ini merupakan di antara game yang terbaik untuk konsol Sega"
menu ada tulis "& Knuckles"
Sonic 3 & Knuckles [Sega]
Game ini adalah dari genre action/platformer (lompat-lompat), merupakan siri ke-3 (dan ke-4) bagi game Sonic (selepas Sonic dan Sonic 2), yang mana bagi aku game ini masih lagi sebuah game yang terbaik bagi Siri Sonic secara keseluruhannya (walaupun terdapat banyak lagi terbitan game Sonic selepas siri ni, tapi masih tak dapat menandingi keseronokan main game ni)
Terdahulu, game ini diasingkan dalam siri tersendiri; iaitu Sonic 3(siri ketiga) dan juga Sonic & Knuckle(siri keempat) tape game masing-masing. Namun akhirnya tapi penerbit menggabungkan kedua-dua siri menjadilah Sonic 3&Knuckles(keseronokan juga berganda ^-^ yay~)
Secara umumnya tiada tetapan untuk tahap kesukaran, tapi pemain boleh memilih watak yang boleh menentukan susah/senang permainan:
Tails - watak yang paling senang digunakan, sebab dia boleh terbang untuk mencapai platform tinggi. Maka pemain lebih mudah untuk ekplorasi zon (stage) dengan watak ni. (namun tail ada stamina terbang yang terhad, jadi dia tak boleh terbang bebas untuk tempoh masa panjang).
Sonic - adalah standard. Walaupun takde kelebihan seperti Tails / Knuckles, namun potensi lompat Sonic diperhebat jika ada shield (Water Shield, Elec Shield, Fire Shield)
Knuckles - melompat lebih rendah(berbanding sonic) tetapi dia ada kelebihan memanjat dinding dan glide. Tapi knuckle akan melalui zon (stage) yang berbeza dan lebih susah. Malah, boss battle, boss lebih menyerang dengan lebih aggresif (Nota - diperihalkan plot jalan cerita knuckle adalah sejurus selepas sonic maka boss lebih ganas untuk membalas dendam atas kekalahan melawan sonic). Jadi knuckle lebih sesuai untuk pemain veteran yang berpengalaman.
Sonic 3 terbahagi kepada 6 zon sahaja yang setiap satunya ada 2 act (substage) yang mana diakhiri dengan subboss & boss.
Angel Island Zone - zon berlatarkan pulau, cantik dengan kepelbagaian landskap sungai/air terjun/hutan. Tapi zon ini diancam serangan penjahat Dr Robotnik (Eggman), sehingga terbakar.
ACT 1 dengan hutan masih menghijau indah
ACT 2 hutan dah terbakar T_T
Ni ha, si budak ni main.
Laluan KnucklesACT 1 sedikit berbeza dari biasa. Kemudiannya ACT 2 Knuckles akan melalui laluan di bawah tanah lebih kerap (jenis landskap gua) & lebih susah..
ACT 2 (knuckles) duri-duri atas bawah.. ^-^!
Peralihan zon - kalau watak Sonic/Tails, akan berjumpa Knuckles di jambatan yang mana Knuckles ni runtuhkan jambatan sehingga watak jatuh ke bawah.. Kalau watak Knuckles, di jambatan yang sama dia terus lompat terjun ke bawah..
Hydrocity Zone - zon berlantar bandar (tadahan air) dalam yang dipenuhi air. Jadi cabaran utama untuk mengharungi zon ini ialah risiko boleh lemas dalam air (kena rajin-rajin cari sumber oksigen melalui buih oksigen atau keluar je dari air). Kebanyakan laluan adalah di bawah air (underwater), namun laluan darat (atas air) masih ada, cuma kena pandai cari & jelajah sikit.
ACT 1 boleh luncur atas air kalau lari laju
ACT 2 lebih banyak dalam air
Peralihan zon - berlakunya tujahan air dari bawah, menolak watak ke udara..
Marble Garden Zone - zon ni bertemakan seperti taman landskap iaitu terdapatnya binaan hiasan dalam taman. Tapi zon ni diancam serangan Dr Robotnik sehingga runtuh. Jadi pada akhir zon ini. Sonic akan berlawan dengan boss di udara
ACT 1 masih banyak jelajah biasa
ACT 2 lebih melibatkan penggunaan peralatan (yoyo, gasing) serta adanya gimik runtuhan tempat
Peralihan zon - Tails / Sonic akan terus bertebangan sehingga malam & tiba di satu bandar..
Night Carnival Zone - berlatarkan karnival pada waktu malam (dengan adanya belon, permainan meriam, pinball bump), zon ni dikhabarkan zon paling lama untuk lepas. Serta ada satu bahagian memang kena struggle
ACT 1 jalan-jalan dalam carnival
ACT 2 ditambah gimik black out serta banjir/bah (air lagi)
Peralihan ke zon seterusnya, watak akan masuk ke dalam meriam & meriam pun tembak ke suatu arah (bergantung kepada pemain nak arah mana)..
Ice Cap Zone - bertemakan kawasan bersalji (pergunungan kot), yang mana watak dihumban meriam berlanggar dengan dinding tinggi sebelum mula.
ACT 1 lebih kepada eksplorasi dalam gunung ais
ACT 2 pula penjelajahan di persekitaran luar gunung ais
Peralihan ke zon seterusnya - watak akan guling masuk lorong bersalji dan muncul di zon baru..
Launch Base Zone - ni adalah pangkalan musuh (Robotnik). Nampaknya musuh sedang bersiap sedia untuk lancarkan roket / kapal angkasa. Kalau hanya tape game Sonic 3, zon ini adalah zon yang terakhir..
ACT 1 dah sampai pangkalan musuh. Ada projek kapal angkasa pada latar belakang
ACT 2 ada sistem perpaipan serta laluan dalam air (air lagi)
Boss akhir ni eksklusif Sonic 3 je (versi gabungan penuh takde boss ni)
Nota - dalam versi gabungan game penuh, perjuangan Sonic diteruskan dalam stage Sonic & Knuckle(siri game ke-4) pula dengan tambahan beberapa set zon lagi.
Peralihan zone - Sonic akan dibawa terbang oleh Tails turun ke zon yang baru..
Mushroom Hill Zone - seperti namanya, zon ni banyak cendawan dan gunung (landskap yang tinggi).
ACT 1 menjelajah bukit cendawan yang menghijau
ACT 2 tiba-tiba berubah jadi musim luruh pula
masih ACT 2 tapi dah musim sejuk. Siapakah gerangannya yang buat semua ini?
Peralihan zon - satu kapal terbang perang (war airship) besar melintasi Mushroom Hill Zone. watak akan ternampak Dr Robotnik mengiringi kapal terbang perang, maka watak terus kejar dan panjat kapal terbang tersebut...
Flying Battery Zone - berlatarkan kapal terbang perang yang besar
ACT 1 banyak main di luar kapal terbang. Jatuh terus mati >_<
ACT 2 main di dalam kapal terbang, misi nak sabotaj bilik kawalan
Peralihan zon - kapal terbang nak meletup, jadi watak akan meloloskan diri keluar dan jatuh..
Sandopolis Zone - sampai di padang pasir ala mesir.
ACT 1 lebih kepada jelajah padang pasir secara umum
ACT 2 dah masuk dalam piramid. ada hantu kat sini, jadi kena cepat tarik suis lampu
Peralihan zon - Sebahagian lantai dalam piramid runtuh. Watak akan jatuh ke bawah sampai ke zon baru..
Lava Reef Zone - bertempat di kawasan lava
ACT 1 jumpa lava dengan kawasan berbatu warna biasa..
ACT 2 lebih masuk jauh lagi dalam, batu dah warna biru..
Laluan Knuckles sedikit berbeza dan lebih pendek, takde boss pun. Mungkin sebab Sonic dah kalahkan, tapi masih susah nak lepas.
Hidden Palace Zone - zone ni pendek saja dan tidak ada act yang berasingan. Kalau guna watak Sonic, stage ni akan diakhiri dengan pertarungan dengan boss Knuckles (Knuckle salah faham takut Sonic yang nak curi permata).
Laluan Knuckles sangat pendek dan takde apa-apa pun. Jalan sikit dah jumpa teleporter, yang mana terus masuk zon seterusnya..
Sky Sanctuary Zone - sini hanya satu ACT saja kot.. tak ingat.. Seperti namanya, zon ni adalah di langit berawan. Tetap ada risiko jatuh & mati.
Kapal bulat (latar belakang) sedang berlepas ke angkasa. stage ni kena Sonic tengah berusaha nak kejar masuk
Kalau watak Knuckles, zon ini adalah zon pertempuran akhir (masa ni Sonic dah berjaya masuk kapal angkasa zon seterusnya, jadi watak Knuckles hanya berjuang di daratan)
pertempuran akhir (Knuckles) lawan robot Sonic
Peralihan zon hanya untuk watak Sonic/ Tails, Sky Sanctuary mengalami keruntuhan, Sonic/Tails cepat-cepat berlari panjat untuk kejar kapal angkasa Dr Robotnik (yang cuba pergi ke angkasa lepas) dan sempat lompat masuk dalam..
Death Egg Zone - zon ni adalah eksplorasi dalam kapal angkasa.
ACT 1 kena bermain dengan pelbagai mesin canggih
ACT 2 ada manipulasi graviti >_<! pening aku..
Boss akhir zon ni. Game boleh jadi tamat di sini atau ada sambungan lagi..
Peralihan ke zon istimewa *hanya untuk watak Sonic(hanya bila dah berjaya kumpul 7 biji mutiara naga, chaos/super emerald dan menjadi Super/Hyper Sonic). Dr Robotnik masih degil dan melarikan Diamond besar dengan Jet perang, jadi Sonic kena la dapatkan semula..
The Doomsday Zone - zon ni hanyalah sesi boss battle semata-mata (takde eksplorasi). Sonic aktifkan kuasa emerald dan menjadi Super/Hyper lalu terbang mengejar Dr Robotnik. Terbahagi kepada 2 fasa pertempuran
Perlawanan akhir yang epik di ruang angkasa, dengan halangan asteroid pun ada ^-^!
------------------------------------------------
"Rindu tak nak main game sonic ni balik?"
Game ni masih merupakan game sonic yang terbaik, walaupun dah banyak siri Sonic yang baru diterbitkan dengan kepelbagaian percubaan teknik. Namun, tak lama lalu, SEGA akhirnya sekali lagi terbitkan game sonic dengan mengekalkan banyak elemen & teknik dari siri ini.. jom tengok trailer
----------------
Antara nostalgia game lain yang pernah aku tulis boleh rujuk laman (page) Game ^-^! tapi belum habis kemas lagi..
Aku tinggal di Sarawak sejak 2007 sehingga 2012 (belajar di universiti sini) . Kemudian pulang ke rumah 3 tahun sebelum dihantar semula bertugas sini 2015 sampai mutakhir. Dah lama rupanya aku tinggal di Sarawak, sedikit demi sedikit aku belajar tentang bahasa sini. Jadi penulisan ini adalah sekadar nak berkongsi perbendaharaaan kata di Sarawak.. "Setinggi-tinggi penghormatan kepada cikgu Sarifudin Hasbullah dalam blog pendidikan beliau [ http://sarifudinhasbullah.blogspot.my/ ] atas sedikit ulangkaji penggolongan kata bahasa melayu standard (kata hubung/kata adjektif dan sebagainya) . Dan juga setinggi-tinggi perhargaan kepada semua kawan-kawan, keluarga & staf seperjuangan di bumi Sarawak yang mengajar aku sedikit sebanyak bahasa di sini." Semoga bermanfaat.. Nota - kata-kata yang TIDAK tersenarai dalam ni ada dua kemungkinan, iaitu sama ada; Perkataannya sama je dengan perkataan Bahasa Melayu Standard [ CONTOH Aku = Aku] Aku masih belum tahu lagi. ...
Teringat aku akan satu topik perbualan dengan pakcik aku suatu ketika dahulu: " Pernah dengar kisah tentang Luqman Al-Hakim (dan anaknya) dan keldai tak? ", tanyanya " Pernah, tapi dah lupa la.. Ayah Cu boleh ingatkan semula tak? ", aku menjawab -------------------------------------------< kisah mula! >------------------------------------------- ( nota - cerita ni aku tulis semula berdasarkan sumber berikut: kisah tauladan Luqman Al-hakim, anaknya dan keldai ) Luqman al-Hakim telah membawa anaknya dan seekor keldai melalui pasar tempat orang ramai. Pada mulanya, beliau menunggang keldai tersebut sementara anaknya berjalan kaki sambil mengendalikan keldai tersebut. Melihatkan keadaan tersebut, maka orang ramai berkata: "Tengok tu! Itulah orang tua yang tidak mengasihani anaknya - dia bersenang-lenang di atas keldai sedangkan anaknya bersusah-payah berjalan kaki.." Kemudian, Luqman al-Hakim meneruskan perjalanan. Kali ni beliau menaikkan...
Catatan kemaskini: 20.12.2018 - tambahan panduan setting dalam telefon pintar 4.1.2019 - nota tentang beberapa huruf jawi bagi android (telefon pintar) 26.1.2019 - tambah video demo tukar jawi dalam telefon pintar 26.5.2019 - tambahan pautan penulisan baru tentang Jawi Phonetic Keyboard - --------- [Blog, mula!!] ----------- Tiba-tiba timbul kesedaran tulisan Jawi, maka barulah nak cari bagaimana setting tulisan jawi.. "Dulu masa universiti, ada kawan pernah tolong buat setting tulis jawi/Arab maka dapatlah buat artikel surau Syifa'ul Qalbi bertajuk jawi. Lepas tu, bertukar komputer dah 2 kali (dan aku juga bukannya begitu 'hebat-teknologi' sangat ^-^!) maka langsung tak pandai nak tulis jawi di komputer. sehinggalah timbul kesedaran ini.. Cari-cari baru la jumpa. Aku dah cuba dan berjaya buat. Jadi, saja-saja aku nak kongsikan dalam blog ini, mana tahu masa depan aku beli komputer baru lagi nak kena install baru juga, leceh nak cari bagaimana nak buat p...
Ulasan