Borneo Highland Resort

Hujung minggu tiba lagi, saja aku bawa isteri jalan-jalan kawasan sini.. Jadi destinasi kami kali ini ialah Borneo Highlands Resort..

Fokus - Borneo Highlands Resort
Borneo Highlands Resort [BHR] ini adalah satu pusat peranginan percutian yang terdapat di Sarawak. Boleh bayangkan umpama Genting Highland atau Cameron Highland tapi ada keunikan tersendiri. Bagi yang meminati sukan golf, tempat ini menyediakan banyak padang golf dengan pemandangan awan. Jadi sesuatu pengalaman yang berharga buat mereka. Bagi orang lain, terdapat rekreasi dalam bentuk eksplorasi hutan (jungle trekking), night safari, serta tentulah menikmati pemandangan & suasana sejuk di kawasan tanah tinggi.. ^-^!

ڤتا ڤرجالنن كامي 
Seperti mana Pasar Serikin (entri kembara Pasar Serikin-Tasik Biru-Gua Angin) & Tebedu (entri klinik bergerak), Borneo Highland juga terletak di sempadan Kalimantan Barat (Indonesia), tetapi pada 'bahagian' (baca: daerah) yang berbeza; iaitu Serikin di bahagian Bau, Tebedu di bahagian Serian, dan Borneo Highland di bahagian Siburan. ^-^!

سوده سمڤاي ڤينتو ݢربڠ دڤن

Sepanjang perjalanan cuaca hari ni agak mendung, tidak panas. Alhamdulillah tak sesak sangat bila dah masuk ke persimpangan keluar jalan besar. Jadi perjalanan ambil masa dalam total 2 jam juga. Sejam lebih dari rumah untuk sampai ke pintu gerbang di kaki bukit (gambar sisipan). Di sini ada pengawal keselamatan untuk lapor diri. Kalau ada buat tempahan penginapan, hotel akan berikan senarai nama untuk disemak. Kalau takde pun, beritahu saja pengawal nak masuk melawat.

Di pos keselamatan ini disediakan kawasan parking kereta yang luas ^-^!

ڤندو سنديري أتاو تيدق؟؟
"Hmm, aku tak nampak apa-apa bangunan di persekitaran. Kenapa ada parking pula walhal belum sampai lagi.?? Ada 8 km lagi nak naik atas.."
Rupanya ada khidmat shuttle bus untuk pickup bagi sesiapa yang tidak mahu memandu naik. Tapi kami bercadang untuk pandu naik jadi tak nak parking dan teruskan perjalanan. Oh, kena mengharungi 8km naik bukit pula, darjah cerun >10'.
Alamak kereta kami setakat Myvi versi lama dah, jadi risau kereta tak dapat bertahan, kami hanya pandu gear rendah saja. Mungkin kalau pandu 4WD memang satu kelebihan di sini..
"Menyesal pula pandu sendiri T_T harap kereta aku ni bertahan.. 8km dengan kelajuan 20km sejam.. Anggaran 20 minit juga perjalanan ini..  Oh ya, pada 3km terdapat satu perhentian Air Terjun Simangga. Boleh mandi-manda di sini bagi yang ingin berkelah. Parking kereta agak terhad, tapi boleh je parking kereta di sepanjang jalan.

أدا أير ترجون د ڤرتڠهن جالن ناءيق بوكيت
Tapi risaukan cuaca nak hujan serta takut kereta rosak, jadi kami tak berhenti check point singgah di Air Terjun Simanga ni. lepas 30 minit struggle, akhirnya sampai ke pos perhentian tengah. Kat sini ada petugas akan buat pemeriksaan pengunjung. Kalau takde buat tempahan hotel, petugas akan tunjuk arah ke kawasan parking kereta. Maka di sini boleh la bergambar sebagai kenangan, pemandangan yang ada..










-----------------------------------------masuk hotel---------------------------------------

Tapi sebab kami bercadang menginap (dah buat tempahan), maka petugas akan buka laluan berpalang dan beri kami lalu. ^-^! kena pandu naik bukit lagi cari rumah rehat. Oh ya, kawasan atas ini sangat luas. Terdapat beberapa kawasan perumahan banglo di persekitaran (tiada kawasan kedai di atas ini), maka kami agak berpusing-pusing mencari blok bangunan yang betul (dengan jalan cerun lagi >_<!).

Baru jumpa. Dah pukul 2 lebih, jadi boleh check-in bilik. Proses check-in sangat mudah sebab dah siap bayar online (tiada deposit diperlukan)
"Cuma masuk bilik je terus cuaca hujan lebat T_T maka kami berehat di bilik saja.."
 Tempahan kami hanyalah bilik standard untuk couple iaitu PAR (penamaan jenis bilik adalah bertemakan permainan golf iaitu PAR < BIRDIE < ALBATROS)
"Aku rasa susun atur bilik ini dibuat dengan mindset penginap lebih menjalankan aktiviti di luar (sepert jungle trekking) maka sebab itu kemudahan dalam bilik adalah sangat asas; Tiada TV, meja tulis, kerusi duduk.
Aircond juga tidak disediakan namun disebabkan suhu & hawa di kawasan bukit secara umumnya memang dah cukup sejuk, jadi takde masalah pun walaupun hanya berkipas siling. Terdapat set minum 3-dalam-1, cerek elektrik & almari. Lampu bilik agak malap, jadi tak sesuai nak dibuat baca buku atau menulis apa-apa nota/catatan..

Di bilik air, kelengkapan mandi asas hanya sabun & syampu disediakan. Alhamdulillah air panas pun ada.
Aku perasan adanya WIFI tapi tak explore WIFI hotel, sebab dah terbiasa bawa modem sendiri dengan pakej internet DIGI postpaid. Aku dapati daya internet DIGI sangat laju di sini ^-^! seronok online sementara hari hujan lebat.. 
----------------------------------------------------------------------

أكتيۏيتي يڠ دتاوركن د هوتيل
Hujan sampai malam.. ^-^! memang tak boleh buat apa la.. Berehat saja di hotel. Jadi aku ada jalan-jalan di lobby hotel, rupanya ada beberapa aktiviti berbayar yang ditawarkan di hotel (tengok gambar). Kalau malam adanya "guided night safari walk" dalam RM25 seorang untuk melihat fauna persekitaran. Kalau tengok poster / papan pameran, nampaknya terdapat pelbagai spesis katak di sini. Juga adanya burung enggang dan lain-lain..
"Tapi malam-malam ni masih hujan, memang tak dapat nak buat apa-apa pun.."
Annah Rais Cafe (Hotel) - satu-satunya restoran yang ada di kawasan sini. beroperasi 6petang - 9 malam untuk sesi makan malam secara ala carte. Aku pernah bertanyakan status makanan pada pihak pengurusan dan alhamdulillah makanan yang disediakan adalah halal. Namun, harga yang ditawarkan adalah standard di pelbagai hotel lain (lebih tinggi dari restoran tempatan).
"Memang isteri sudah peka akan kemungkinan hal ini, jadi dia siap-siap masakkan bekalan makan malam kami.. ^-^! takpe la, makan malam je pun.."
Sambung jalan-jalan melihat kawasan hotel. Jumpa peta..

ڤيتا سلوروه كاواسن تانه تيڠݢي إين
Nampaknya kawasan BHR ni sangat luas. Siap terdapat kawasan perumahan (sebab ada unit-unit rumah banglo) lagi. Dan beberapa cadangan projek lagi yang sedang dirancang..
"Masih ada potensi untuk dibangunkan. Asalkan semua orang menyokong & melawat tempat ni, aku yakin suatu hari nanti tempat ni boleh jadi macam Genting Highland.."
------------------------------------------------
  سدڤ .أكو ماكن ناسي ݢوريڠ دان إيستري ماكن ناسي لمق. 
Esoknya, selepas bangun dan bersiap, kami pergi makan sarapan. Tempahan penginapan hotel selalunya disertakan dengan pakej sarapan pagi.
"Walaupun dalam itinerary bertulis makan secara buffet, namun aku faham pengunjung tak cukup ramai untuk penyediaan makanan buffet, maka makan secara ala carte disediakan"
Perkhidmatan sangat efisien. sampai je di podium sambut tetamu, lantas ditunjukkan tempat kami (dah disediakan cawan & kutleri), lalu diambil pesanan. Menu makan adalah sama ada Malaysian-style (berupa nasi lemak/nasi goreng/ bihun goreng / kueh teau goreng) atau Western (aku rasa English-style). Minum kopi atau teh (susu & gula layan diri) panas. Buah-buahan tembikai merah & tembikai susu akan disajikan di pertengahan..

---------------------------------------------------
Alhamdulillah cuaca baik, jadi kami pun ingat nak keluar sikit. Tapi risaukan keadaan kereta kami memilih khidmat shuttle bas dengan bayaran RM10 seorang. Kebetulan tunggu penumpang lain datang jadi kami bergambar sikit di persekitaran hotel






ريكا بنتوق باس يڠ أونيق

Pergi mana? Oh ya, kalau dah sampai sini ada satu tempat yang mesti singgah - Kalimantan Border viewpoint

Tempat ni adalah di puncak (tempat paling tinggi di kawasan tanah tinggi ini) yang menghadap bahagian Kalimantan Barat. Jadi selain mempunyai panorama yang indah, tempat ini juga mempunyai garis sempadan antara Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Barat).
"Jadi dapatlah merasa berada di dua negara sekali gus..^-^"
Jarak ke tempat ini dari hotel dianggarkan 2km..
"Ada papan tanda yang menyarankan berjalan untuk kesihatan.. "^-^!
Kalau bergambar saja, mungkin 30 minit cukup dah. Tak perlu lama-lama sangat. Di sini disediakan tapak yang luas. Boleh buat berkhemah atau berkelah, kot kalau rombongan yang besar. Ada juga tandas disediakan (cuma aku tak dapat masuk sebab berkunci, mungkin kena atur dengan pengurus tempat)


ڤمندڠن إينده ألله أكبر

kami sekarang di Indonesia - membelakangi Malaysia 

kami sekarang di Malaysia - membelakangi Indonesia
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum check-out, kami pusing jalan yang berbeza untuk turun ke pos perhentian tengah. Lalu berjumpa beberapa lagi tempat yang khas..

horticulture nursery ^-^! tapi tak boleh masuk

taman organic
------------------------------------------------------------------------

video pendek perjalanan pendakian ke Borneo Highlands..kelajuan video 2x jadi nampak kereta laju pula ^-^!

Secara keseluruhan, aku rasa tempat ini unik & berpotensi untuk maju lebih lagi pada masa hadapan. Yang pasti sesuai untuk golongan..
  • Peminat golf (ada dalam 18 binaan padang golf yang berbeza untuk diterokai)
  • Explorer (ada beberapa tempat jungle trekking yang ambil masa 3-4 jam juga)
  • Sekadar honeymoon untuk nikmati pemandangan & suasana damai atas gunung (ke bukit sebenarnya? aku pun tak pasti la..)
Jom sama-sama sokong pembangunan tempat ini. Semoga satu hari nanti ia menjadi satu pusat pelancongan dan daya tarikan menarik di kuching..
"Oh ya, perdana menteri pernah tulis promosi pasal tempat ni ^-^! Tak percaya cuba klik sini --> http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2012/01/borneo-heights.html
-----------------------------------------------------------------------------
Notice - Alhamdulillah tambah satu entri baru untuk (page) kembara. Dah update pengembaraan terbaru buat semua. Jom la tengok ^-^!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)