Harga Segelas Susu

Tiba-tiba aku teringat akan satu kisah (cerpen / cereka kot?) tentang segelas susu. Maka cari-cari di media internet terdapat pelbagai variasi cerita yang lebih kurang sama, namun nasihat dan pengajaran adalah masih sama. 

Takpe, jom tengok kisah tu dulu, baru sambung bincang.. 

---------------------------Jom mula!--------------------------------

Fokus - Harga segelas susu
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”
Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya” 
Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”
“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” 

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa belas tahun pun berlalu, wanita tersebut semakin berusia lanjut dan diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan penyeliaan doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih" – Dr Muhammad.
---------------------Kisah tamat--------------------------------

Jadi mesej nasihat yang ingin disampaikan dalam kisah ini ialah melalui sedeqah Allah akan membalas semula kebaikan pada jalan yang tak disangka..

kebetulan macam kena pula dengan Firman Allah dalam surah yang baru ni aku baca;

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Surah Al-Baqarah, 2:276)
Jadi dengan bersedekah, terdapat berkat pada cara yang tak nampak/terfikir oleh manusia. Antara kisah lain yang lebih kuat berkenaan dengan berkat sedekah ini ialah kisah perempuan, anak, roti & harimau (insya-allah, akan dikongsikan dalam entri yang lain)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)