Bertabahlah wahai ibu..

Baru ni Malaysia sedang hangat dengan berita bayi berumur "5 bulan meninggal di rumah pengasuh"
--> rujuk berita harian bertarikh 5 julai 2018 anak-nampak-pengasuh-goncang-badan-adam-rayqal

Sedih.. memang sedih kehilangan sang anak tercinta lagi-lagi semasa mereka masih kecil. Membuatku teringat akan kisah sendiri musibah 30.1.2017 yang mana anak lebih seronok bersama Ilahi. Maka timbulnya nasihat-nasihat oleh para agamawan yang berkait rapat dengan situasi ni..

-----sumber: (Blogspot) Oase Penyejuk Hati/Ayah,Bunda kutunggu di pintu surga-----
[nota - aku ada sedikit olah penyusunan artikel tersebut agar lebih faham melalui pembezaan warna dialog pelaku tertentu, supaya nampak siapa sedang bercakap apa]

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila anak seorang hamba telah mati, maka Allah swt berfirman kepada para malaikat-Nya, ‘Apakah kalian telah mematikan anak hamba-Ku?

Mereka menjawab, ‘Ya.’ 
Dia berfirman, ‘Apakah kalian telah mematikan buah hatinya?’ 
Mereka menjawab, ‘Ya.’ 
Dia berfirman, ‘Apakah yang diucapkan oleh hamba-Ku?’ 
Mereka menjawab, ‘Ia telah memuji-Mu dan mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali)
Maka Dia berfirman, ‘Bangunlah sebuah rumah di surga untuk hamba-Ku dan namakan Baitul Hamdi (rumah pujian) .’”

[HR Tirmidzi dan Ibnu Hibban]
-----------------------------

Daripada Abu Sa’id Al Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada kaum wanita:

Tidak ada seorang wanita pun di antara kamu sekalian yang kematian tiga orang anaknya, kecuali anak-anaknya itu akan menjadi pelindung baginya dari api neraka. 
Seorang wanita bertanya, ‘Dan dua orang anak?.’ 
Rasulullah menjawab, ‘Dan dua orang anak.'

[HR Bukhari & Muslim]
-------------------------------

Daripada Jabir r.a, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang kematian tiga orang anaknya, namun ia rela, maka ia akan masuk surga. 
(Jabir berkata), ‘Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan dua anak?’ 
Beliau menjawab, ‘Dan dua anak.

Salah seorang perawi berkata kepada Jabir, “Aku berpendapat, bahwa sekiranya engkau berkata satu, niscaya beliau akan mengatakan satu juga.” 
Jabir berkata, “Aku kira demikian.”

[HR Ahmad & Ibnu Hibban]
--------------------------------------


Di samping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud : “Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?
Jibril menjawab: “Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim a.s sampai orang tuanya datang.” 
[HR. Abu Daud]
-----------------------

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, Hisab, Mizan dan sebagainya. 
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : “Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah” [HR. Bukhari dan Muslim]
-------------------------------------

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya.

Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: “Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. 

Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: “Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?”

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka.”

Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: “Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu, apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: “Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad s.a.w.”

Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad saw, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu.

------------------------
Inilah syafaat Nabi Muhammad saw yang ketiga di akhirat.
  1. (Pertama) pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala,
  2. (kedua) pada waktu meniti Sirat
  3. (ketiga) ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka.
--------------------

Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira. Firman Allah s.w.t yang maksudnya : 
"Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).” (Surah Al-Insan 76: 11)
---------------------- 
Menurut Hadith Qudsi:

Allah swt berfirman pada hari kiamat pada anak-anak :“Masuklah kalian ke dalam Syurga.”
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk.
Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. 
Allah Berfirman lagi, “Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga
Mereka menjawab, “Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?”
Allah pun berfirman, “Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian.”

(Hadith Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi s.a.w)

Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi di atas adalah kata jama (kata ganda / pleural form). Mufradnya (kata tunggal / singular form) adalah “al-walid”, ertinya anak yang baru dilahirkan, (iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh) Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. 
---------------------------------------

Hal itu diterangkan dalam Hadith lain yang diriwayatkan

Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari, berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.

Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas air untuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagi selama di alam Masyar itu.

Demikian menurut beberapa Hadith.
  • Mulai proses Hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  • Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  • Meniti titian sirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padang Masyar itu. Kemudiannya Meniti titian sirat yang kedua bagi mereka pula..
Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:
“Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu”.
Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.
“Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami”.
Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah swt dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui:
Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian”.
Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat-Nya.

------------------------------habis copy paste----------------------------

cari-cari di Youtube ada juga penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang salah satu hadith tersebut juga..



Demikianlah kisah. Oleh itu, ke hadapan isteriku serta para ibu-ibu yang kehilangan anak-anak kecil (belum baligh) seperti yang ditakdirkan Allah. Semoga kalian semua banyak-banyakkan bersabar & berdoa agar kita semuakan dikumpulkan (dengan keluarga masing-masing) dalam syurga di akhirat nanti..


semoga suatu hari nanti..

-------------------------------------
Kebetulan hari ni aku ada share bacaan 'mula semula' (selepas ramadhan) sampai kepada ayat ni..
sekadar nota tentang fikiran yang terlintas sebenarnya tentang ayat ni ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)